Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


Tomorrow .


Tomorrow is the day. MRSM Serting, here I come~! Wish best of luck for me~







BYE~! ~_________________~"

Reunion ex-SKKP batch ‘07 ♥

Nie entry semalam sebenarnyaa, 25/11/2♥1♥ ^^




Hehe, alhamdulillah~ Akhirnyaa dapat pergi jugak reunion nie. Dah baca entry aku bawah ni ? Belum ? Haa pergi baca sekarang ! Haha takdelaa~ Sebenarnyaa aku risau tak dapat pergi reunion dekat JJ nie sebab ibu aku demam semalam. Sebab tu semalam aku ala ala nurse giteww merawat ibu aku yang demam dengan sepenuh perhatian. Ada dua orang cakap aku anak mithali. Haa, cakap lah lagi. Memang saya tidak ponn. Dudududududuuu~ *kejam kod =.=" hehe :P



Sebenarnyaa pagi pukul 9 tu, ibu aku still demam lagi. So, dah contact budakbudak ni bagitau yang aku tak dapat pergi sebab tak ada sape yang boleh hantar. Haa, aku apa lagi. Terus online jelah. Mood nak pergi hang out pon dah hilang sebab dah digantikan dengan mood Tumblr baru sayaaa. Kihkih ^O^ . Best pulak guna Tumblr nie *gayat* . Dah terbiasa dah sekarang ni, tapi post dekat Tumblr tu masih sikit. Hehe, ekh ekh ape lari tajuk nie ? LOL :P . Haa, balik kepada cerita. Dalam pukul 10 masa tengah syiok syiok post dekat Tumblr, ibu cakap dye dah sihat. Aku pon rasa lah dahi ibu aku, and tengoktengok dah reda sikit panasnye :) . Then ibu cakap dye boleh hantar pergi JJ. Terus text Mimi, tibe tibe dye cakap dye dah bertolak pergi Port Dickson dah pon =.=" . Lastlast, Teha dengan Laila jea yang jadi tumpang aku pergi JJ tu ^^


Kitorang sampai JJ lambat sikit. Dah sampai JJ, terus jumpa dekat foodcourt. Diorang semua tengah sibuk makan. Serius aku cakap segan gilaaa nak mati masa tu =.=" . Yelah, dah 3 tahun tak jumpa, tuptup dapat jumpa pulak tetiba kan. Haa, semua senyum tersengihsengih jea masa nampak kitorang bertiga datang. Haha comel je masingmasing *erk, comel ke ? =.=* LOL x) . Ramai gilaaa yang pergi reunion tu. Meh aku list eh. Kalau perempuan.. Aku, Teha, Laila, Nisa, Azza, Afiqah, Syafiqah, Jiha, Zurina, Hana, Miera and sorang lagi kawan sekolah Syafiqah. Haa, kalau lelaki pulak.. Fikhri, Ammar, Farhan, Sulhi, Qairil. Lelaki tak ramai sangat tapi perempuan jea yang ramai gilos =.=" . Haha tak apa lah, bak kata orang the more the marrier kan ? *betol ke ni ? haha yelah kod :P



Then aku, Teha, Laila tak join pon diorang makan. Kitorang terus ke cinema cepatcepat sebab diorang kata diorang SEMUA dah beli tiket wayang dah, kitorang je belom =.=" . Nisa dengan Azza tengok Harry Potter, tapi bebudak lain semua tengok Ngangkung =.=" . Aku dengan Laila nak tengok Harry Potter tapi Teha tak mahuuu T______T" . Lastlast beli tiket Ngangkung jugak. Tak ape lah, naty Harry Potter aku tengok lain kali :) . Cinema crowded gilaa macam dekat pasar malam. Nak pilih seat dalam panggung pun dah tinggal ciput. Kitorang ambik seat C, yakni 3 baris dari bawah =______=" . Dah tu jea yang sesuai. Risau jugak, dah lah tengok cerita hantu. Lepastu pilih seat nak yang depan jugakk tuu. Tefaaaaaaaaaakkkk =.=" . Sumpah aku cakap, Ngangkung lawaks babis *opps termencarut x)* . Ending cerita tu, hantu perempuan couple dengan hantu lelaki. LOL, okay maybe tak lawak =.=". Korang tengok lah sendiri :P . Okay, aku bagi 4/5 bintang lah kan. Hehe, korang try lah tengok yeah. Best~ :P


Tiga gambar dekat atas nie masa kitorang pergi main bowling after wayang habis. Actually, solat zohor dulu baru main bowling *nak jugak selitkan tu* . Hehe ^^ . Rasanyaa dalam dua jam kot baru kitorang habis main bowling sebab yang main tu 10 orang. Ada jugak yang tak main, jadi photographer jelah diorang kan. Haha :D . Daripada pukul 3 petang, sampailah pukul 5 petang main bowling.


Then dah habis main, kitorang blank dah tak tawu nak pergi mana. Takkan nak balik kod. Tak puas hang out lagi =.=" . Lastlast kitorang decide nak pergi karaoke dekat Greenbox. Tapi malangnyaa tak jadik masuk sebab RM10 seorang~ Mahal poitt T_________T" *name pon Greenbox, memang la mahal kaw ni pon =.=* . Haha, dah tak jadi tu semua blank lagi tak tawu nak buat ape. Tetibe Ammar kasi idea bernas dye dengan berkata, "Apa kata kite semayang asar dulu ?" . Hahaha, bijak kan ? LOL x))



Lepas solat, bebudak ni ajak aku, Teha, Laila lepak Term1 jea jalanjalan sana. Aku pon dah berhasrat nak pergi ikot diorang pergi Term1 naik bas even aku tawu mesti ibu aku tak kasi T__________T" . Eh eh, gambar atas ni gambar aku dengan Azza masa stop by dekat Speedy. Hehe :P



And and, ini pulaa kami bertiga di Speedy. Boleh pulak snap gambar pakai timer. Aunty aunty kedai tu pon dah pandang semacam jea. Hahaaa x) . Haa, after that kitorang pon pergi laa keluar JJ nak tunggu bas. Then tetibe on the way nak tunggu bas tu ibu aku call. Aku mintak izin nak pergi Term1. As expected, ibu aku tak kasi. Wuhuhuuu~ =.=" Sedih memang sedih, tapi nak buat macam mane kan. Dah dapat tengok wayang and main bowling dengan diorang pun dah kira okay lah kan ? ^^ . Lastlast kitorang bertiga patah balik masuk JJ. Ibu aku dah sampai MPH dahh pon. Endingnyaa, ibu aku belanja Teha dengan Laila makan McD. Haha, ada hikmah jugak tak ikut diorang pergi Term1 tu. Kalau kitorang ikut diorang, mesti tak merasa makan McD free kan ? HAHA, Allah memang sentiasa mahukan yang terbaik untuk hambanyaa. Keke, apocito pulak aku macam baik semacam nie ? Haha, aku tak tahuu~ xD


Korangkorang, rindu korang gilaaaaaa weyh ! Dah tiga tahun tak jumpa korangkorang, sekarang baru dapat jumpa =') . Masingmasing bentuk fizikal semuaaa dah berubah, hehe biasa lah tu kan ^^ . Aku happy dapat memekak tepekik telolong dengan korang macam orang tak betul masa main bowling semalam x) . Hope tahun depan kalau buat reunion lagi, kita dapat jumpa lagi eh eh ? Kalau boleh, dekat JJ jugak lah. Senang lah nanti~ *haha boleh pulak aku yang demand xD* . Kihkih sayang korang semuaaaaaaaa~ ^O^v


Okay lahh korang. Jam aku dekat sini pun dah tunjuk tepat pukul 2.45 pagi. Aku tak boleh nak tidur lambat sangat sebab esok petang nak jemput abang aku dekat airport, then terus ke rumah makcik belah ayah aku sebab ada majlis berinai malam tu dekat rumah dye. Kami pon kena lah datang kan, untuk bantu bantu apa yang patut. Dah nama pon esok tu akak sedara nak kahwin kan, takkan nak duduk tercorok online tak henti jea dekat rumah ni kan. Hehe, better off now. Byeee~ ^o^

Untuk tengok lebih gambar, click sini : Reunion ex-SKKP batch '07 ♥



KoolFever untuk ibu saye satu please !


Ouhh, bad luck. Harini dengan tidak semenamena, ibu aku demam. Tapi, kenapa mesti harini ? Okay, aku jahat. Tak kira lah harini ke, semalam ke, esok ke, lusa ke, tulat ke, tayah laa demam =( . Nak sehad sehad aje laaa. Sedeh tawu taa ? =.=" . Tadi aku telah berusaha sedaya upaya dan mencurahkan segala bakat yang ada supaya ibu aku tak demam *ok finee, macam lah pandai kan =.="


Haa, aku urut urut bahu ibu, then aku carikkan ubat yang DAEBAK(awesome) yang pernah ibu kasi masa aku demam dulu and dalam setengah jam aku dah pulih tuu. Lepastu masa on the way ke dapur nampak pulak KoolFever yang dah berhabuk tak berusik yang dulunya dibeli secepat mungkin oleh abang aku masa sehari sebelum hari raya sebab aku merengek tak tentu pasal sebab demam hinggap dekat aku yang sebenarnya tengah dalam mood rajin nak membantu ayah dan abang aku yang sedang sibuk mengemas rumah nak raya esok tu. Aku terus ambik KoolFever yang tinggal seketol eh bukan, yang tinggal sekeping tu lepastu terus tepek dekat kening ibu dengan lafaz Bismillah. Then ibu mintak pulak inhale untuk melegakan hidung tersumbat tu.Aku punya lah carik inhale tu sampai ke lubang rebbit. Okay aku tipu. Aku carik inhale tu daripada dalam purse, sampai ke dalam beg sekolah, daripada dalam beg sekolah, sampai pulak ke dalam almari, sampai lah aku jumpa inhale tu dekat dalam cawan hiasan comel momel dekat almari sebelah bilik =.=" . Pheeewwwww~! Nasib baik jumpa :D . Okay sila lempang saya sebab buat ayat majmuk yang tiada berpenghujung. Woahh ayat giteww :P


Ahhah, buat pertama kali dalam hidup, yes aku mengaku buat pertama kali, aku melayan ibu yang sedang demam tu dengan baik sebegitu rupaa. Terasa amat baik lah diriku ini *apokah* pada malam yang gelap gelita ini *eh mana lampu ? o.O


Ibu cakap,

Ibu : Eh yang dye ber-iye iye sangat nie kenapa ?

Aku : Hehehe..

Ibu : Hmm.. *ibu paham maksud aku tu x))


HEHE, okay~ Sekarang ibu saya sudah tidur. Dan saya pula di sini yang masih online mendoakan agar ibu saya sihat sentiasa dan panjang umur selalu. Ayah jugee, abang jugee ^O^ . Oh yea, cakap pasal abang, jumaat nie dye balik. Yeyehh, tak excited ponn. Okay tipu lagi. Hik hik tehik tehik, panjang pulakk entry kalinie :D


Semua orang tertanyatanyakah mengapakah idorakah inikah terlalukah baikkah malamkah inikah kankah ? *apokah =.="*

Hehe, sememangnya ada udang disebalik mee, ada Oh Ha Ni disebalik Baek Seung Jo,
dan ada Park Gae In disebalik Jeon Jin Ho. Kihkihkih ^O^v


KFC aje yang mampu .


Gambar diculik daripada album Aten *lagi sekali :P


Testing testing, one two three, one two three. Ehem, actually ini entry semalam. Tapi semalam mood tak datang datang untuk taip entry. Penat dah aku tunggu untuk mood tu datang tapi mungkin mood tu merajuk, sebab tu dye tak muncul muncul. Okay, itu saya tipu. Maaf :) . Hehe, gambar dekat atas ni aku ada crop sikit bagi nak nampak same macam entry dekat bawah ni. Haa, posing kami ada sedikit persamaan tak ? Kahkah, okay tak lawak =.=" .


Gambar ni pon daripada album Aten ~_~"
Sorry aku masukkan gambar yang tak ada Aten. Sebab tu aku letak gambar Aten awal awal dekat atas ni. Hehe :D


Semalam sebenarnya ada jamuan kelas untuk 3 Ibnu Khaldun 2010 (Jjang!) . Sepatutnya dah lama buat dekat sekolah dah. Tapi masa tak mengizinkan kod. Mula mula plan dengan cikgu nak pergi celebrate dekat Pizza Hut Bahau aje. Tapi tibatiba tuka plan celebrate dekat KFC pulak. Sebab takut kalau buat dekat Bahau tu, ramai yang tak dapat pergi :) . Cikgu pulak semalam, tak dapat datang. Macam yang korang dah baca dekat blog aten, itulah yang sebenarnya berlaku. Woahh ayat skema giteww. Yepyep, tidak dinafikan lagi, cikgu bawak orang gaji dye pergi shopping. Percaya tak ? Baik sungguh cikgu kami kan kan kan ? Aku terpikir jugak, daripada bawak orang gaji dye, baik bawak kamikami nie shopping terus je. Tak giteww kan ? Hik hik tehik tehik, gedik nak mengekor samee :P


Buat pertama kali gambar daripada album sendiri. HAHA


Kalinie entry aku takmao lah panjang panjang sangat. Malas nak taip ni, tapi kena taip jugak sebab esok nak buat entry baru dah. Hehe ^O^ . Okay, gambar dekat atas ni agak sengal sebab Fikri buat muka yang macam first time jumpa camera dan itu telah mencacatkan gambar ini. Tapi masih ada perasaan excited di situu. Hehe, baiklah mari berterima kasih kepada Fikri sebab telah mendatangkan mood happy dalam gambar ni~ *clapclapclap* Tak perlu puji lebih sangat. Nanti dye explode, susah nanti :)


Hell yeah, gambar daripada album Aten lagi. Banyak betul credit untuk dye nih. Haha :P


Ohho~ Ini gambar yang last. Actually nak upload banyak lagi tapi malas meyh. Kalau korang rajin, korang carik lah sendiri dekat dalam album Facebook aku okay. Dah dah. Lima belas minit aje aku taip entry kali nie. Tak penah penah dibuat oleh aku betol. Sekejap aje. Haha okay memang tak lawak kan ? Fineeeeeeeeeeeee =.=" . Dududududududuuu~ ^O^

Ouh harinie last day sekolah . Ohh tidak , ohh yes , ohh tidak , ohh apakah , panjang nyea tajuk =="


Gambar ni ciplak dekat album Aten :D

Baca tajuk entry jea dah tawu yang aku memang tengah rajin sekarang ni. Heh daripada manakah kau dapat semangat nak taip entry nie hah dora woih ? Selama ni kan engkau pomalehh. Haa, kan keluar dahh loghat noghoghi akuu. Heh ape aku merepek ni. Sila abaikan :P . WUWU, last day sekolah dah tamat bila bergemanya bunyi loceng kebakaran dan semua murid turun berebut rindu nak beratur dekat padang yang besar godang tu. Alamak, lari tajuk. Hihi maafkan saye kerana menipuu :D . Memang ada bunyi loceng tadi tapi bukan loceng kebakaran. Loceng tandanya balik actually.. giteww :) .


Sebelum balik, sementara waktu masih ada, kitorang posingposing lahh dekat camera yang ditangkap oleh photographer yang tak professional langsung iaitu kami sendiri. Contohnya macam Teha yang berbaju sukan biru putih dekat gambar atas tu haa, busy jadi photographer lahh tu. Hihi, kitorang mestilaa bergilir-gilir kan jadi photographer. Nanti tak ada gambar mereka nanti ada yang merajuk pulak kan ? Ngehhh :D . Haihh, tadi tak dapat tangkap gambar dengan Aainaa pon =( . Dye asyik merayau ke mane entah, aku pon tak tawu. Dah jumpa tadi pon, lupa jugak nak mintak snap gambar. Hesh hesh, apelaaa. Hurm tak ape lah kod. Ibu aku cakap, aku boleh pergi jamuan kelas selasa depan dekat KFC tuu. Hehe, dapat laa jumpa korang lagi. InsyAllah :) . Nanti snap puaspuas dengan Aainaa. Yeyeh, hik hik tehik tehik *gedik lagi :P


Gambar ni ciplak dekat album Aten :D

Waaaaa~ Tengok gambar dekat atas ni Rindu nyea aku dekat korang nanti kan kan ? Tsk tsk ='( . Nanti kalau masing-masing dapat tawaran tukar sekolah nanti, mesti rindu kan ? (tu pon kalau dapat :P) Hisk hisk, tak bestnyeaaa~ Hesh hesh ape aku emo jea ni. Rilex ler bro, nantinanti ade laa tu jodoh kite jumpa lagi kan ? Hihi, macam nak carik teman hidup lah pulak giteww x) . Peace yawww~ (^^)v



Entry kalinie diakhiri dengan lelaki Beast saya, Woonie
Alamak, alamak.. Yeollie saya merajuk sebab tak ada gambar dye. Haih mengadenyee~ Kejapkejap...




Ahha ! Gediknyaa L pon tak malu nak menyibuk dalam gambar Yeollie saya. Hahaha :P .
Love you all friends ! Saranghae chingu ! LOL (Lots Of Love) ♥ ♥ ♥



Bye ! ^-^v


Finally, finished already ..



Dah habis tengok dah Playful Kiss. Give me a big clap~ *clapclapclap* . Hee, seminggu kod aku tengok cerita ni, dah habis dah. Erm, start sabtu haritu eh aku tengok ? Haa, yelah kod. Aku pon dah lupaa :D . Tapi even dah habis, banyak lagi drama nak kena tengok lepas ni. Yep, banyakkk gilaa ! Heh, lepas ni nak tengok Playful Kiss Special pulak. Nasib baik ada 7 episod jea. Ngeh :P . Lepastu lepastu, bila dah habis, aku nak tengok Personal Taste pulak. Then, aku nak layan drama Mary Stayed Out All Night. Cerita ni aku dengar nak keluar KBS tak lama lagi after cerita Sungkyunkwan Scandal. Tapi tak tau bila nak keluar. Geun Suk berlakon babe. WOOTS :D



Hush hush, aku tak ada nak cakap ape lagi dah. Nak heboh tu jaa. Yeahh aku tawu laa korang semua dah habis tengok kan. Tapi aku apadahal, layan jelaa. Hik Hik Tehik Tehik *gedik


BYE ! :D

Surat dari MARA .

Harini aku pergi sekolah macam biasa. Tapi sebenarnya, tak biasa sangat pon sebab dalam seminggu cuma datang dua hari jee. Haha kami memang pelajar yang rajin :D . And yeay ! Adli Teo cakap harini balik pukul duabelas. Heaven yeahh :D . Tapi kitorang keluar lambat sikit. Saje nak lepak lepak :) . Sampai rumah awal lah jugak dalam pukul satu suku giteww. Cadang nak balik nak terus membutaa jea. Tapi bila dah nampak laptop depan mata, terus segar bugar balik. Tak jadi tidur. Endingnya, aku stream PK jee satu episod. Laju woahh stream harini, hehe :D . Petang kang habis stream aku tengok lah kan ^^v .


Actually tu semua yang aku merepek dekat atas ni bukan topik utama. Maafkan saya kerana telah membuang masa anda semua. Ehh SEMUA ke ? Macam lah ramai jee yang bace blog aku ni. HAHA perahsan x) . Okay back to the main point, tadi ibu aku balik daripada sekolah dalam nak dekat pukul dua giteww. Ibu aku pelik sebab aku balik awal. Then ibu aku cakap ada surat daripada MARA untuk aku. Hohh, aku pelik =.=" . Takkan diterima masuk mrsm kod. Hesh hesh tak mungkinn. Rupanya aku salah anggap. HAHA, okay saya malu *sorok muke* :P . Mari lihat... Jjang~!




Ouhh, surat dari MARA untuk Ujian Kecenderungan tu rupanyaa. Hesh hesh lega kod. Tak payah lah aku susah susah lagi nak pergi check dekat web mrsm kan. Aku pikir nak kena check balik dekat web yang cikgu bagi tu ke hape. Rupanyaa dak pon :D . Tapi tapi, aku tak ready lagi laa nak buat ujian tuu. Formula math pon dah lupaa kod. Science apatah lagi. Terpaksa lah jugak study nanti. Huwuu ==" . Haa, saya punye dah confirm baybeyh. Korangkorang pulak macam mane ? :)


S to the O to the double R to the Y ='(

Saya, yang bernama Nuraida Idora binti M.Ramlee.. Yang sah berumur 15 tahun pada 31 Ogos 2010.. Juga masih bersekolah di SMK Tuanku Muhammad, sekolah menengah yang saya tak berapa nak bangga sangat pon.. Nombor IC yang sah, 950831-**-**** iaitu nombor private yang tak boleh saya nak share nombornya.. Di sini, ingin melutut dan meminta maaf sebanyakbanyak yang mungkin kepada sahabat saya, Fatin Farhana Midzan ='( . Yakni dimana, pada tarikh 15/11/2010.. Saya telah terlupa untuk kasitahu beliau bahawa harini tidak sekolah.


Okay pembetulan, bukan terlupa. Sebenarnya saya dah cuba call malam tadi banyak kali tapi tak ade seorang pon yang sudi angkat call saya yang suci lagi murni tu. Okay sila muntah =.=" . Dan, saya juga dah tunggu sampai subuh untuk call beliau pada pagi subuh itu tapi akhirnya saya tertidur di depan laptop sendiri. Alangkah sedihnyaa T^T . Sedih kan kan ? Jum nangis samesame~ WUWU ToT . Rancangan yang telah dibuat dengan teliti bersama Nabihah Nizam pon tak menjadi. Tefaaaakkkkk =.=" . Lastly, saya mintak maaf lagi sekali. Aten, kaw nak ape supaye tak marah lagi ? *konon ade duit* HEHE ^^v


Meh kiss mehh.. Woohyun said, i am sooooooo sorry~! *smbil buat muncung* Kisskiss ^^
*comel pulak aku tengok gambar ni, KEKE :D*


Sedeh aku sebab plan yang dirancang tak menjadi. SOBS~ T..T
*bapak hensem kan laki baru akuu ??! haha sempat jugakk :P*


Okay gambar di atas ni untuk Biha sebab kasi idea pagi tadi. Kamsahamnidaa :)
Jangan pengsan yee nek ! HAHA, bye ! ^.^v


Hoya - Yeol .

YOU


Dimulakan dengan menyejukkan mata anda dengan melihat crushed baru saya, dari kiri.. Duguduguduguu... Sungyeol dan Hoya . Okay, sila muntah :P . Waaaaaaa, rindunyeee Infinite~ Ada variety show yang ada diorang lagi tak ? Sila bagi aku. Aku rasa macam semua variety show diorang aku dah habis tengok yaw. Hesh hesh, tau laa diorang baru debut kan. Tapi takkan ciput jee variety show diorang. Hishh~ Okay aku ulang semula, kalau ada lagi, sila bagi aku ! HAHA desperate enough ? YES ! LOL x)



Hehe, tu cerita pertama. Yang kedua, aku dengan riaknya nak bagitahu semua yang aku sudah sampai episod 6 untuk Playful Kiss ! Okay rakanrakan, sila bangga. Sila bangga dengan rakan anda seorang ni yang masih tak sedar diri yang sebenarbenarnya masih ada lagi 10 episod untuk dye habiskan Playful Kiss tuu. Tefaaaakkkkk =.=" . HAHA okay aku dah sedar diri sekarang. Tsk tsk ='( . Cemni ahh. Merajuk lah cemni. Keke okay menggedik kejap x) . Tapi aku tetap bangga poit. 6 episod dalam dua hari memang unbelieveable ! LOL, unbelieveable lah sangat kan. Haha :D .



Lagi lagi, aku sempat habis 6 episod sebelum mula cerita My Mom, Super Mom tau tau. BAHAHA, yaa saya sangat bangga ! Dah lah dora. Tak habis habis dengan bangga engkau tuu. Haha okay then, nak sambung tengok My Mom, Super Mom :D



BYE !


I want this badly !


Ouhh, please ! Nak gilaa Slim Dynamic Headset niy okay. Cantik gilaa. Tak dapat MixStyle pon tak ape asalkan dapat headset niy. Grr geget kang. Haha :D . Aku sudah order semalam and sudah dapat response yang baik daripada pihak sana tadi. Duit pon dah ada yaw. And and, tadi baru aje mintak izin dekat ibu untuk bank in duit. Ibu kate esok bolehhh. Ibu kate lagi, dye tak kisah kalau aku nak bank in duit ke hape asalkan bukan duit dye yang keluar. Haha, fineeeeeee ='D



Oyeahh, oyeahh, oyeahh oyeahh oyeahh~! ( Mblaq-Oh Yeah )



Hahaha, tetibe teringat dekat lagu tuu x) . Hope dapat lah nanti. Aminn =')



BYE ! :D

Saya sedang mencari SAYA yang dulu *smilee


Uhhuuuu~ Esok aku sekolah. Ada jamuan pengawas dekat sekolah esok. Jadi terpaksa lah pergi walaupun tidak mahu. Aku malas sebenarnyaa. Sekarang patutnyaa aku dah ada atas katil membutaa dengan enaknyaa. Tapi entah, tak boleh pulak rasa. Banyak aku dah habiskan masa aku tak datang sekolah ni dengan tengok movie melayu dekat YouTube. Tapi aku masih rasa bosan. Yeah, aku tutup semua window dan aku bukak balik Google Chrome. Aku menuju lagi ke YouTube. Hati aku meronta-ronta mintak bukak 2PM - I'll Be Back Music Bank [101105] punya. Ouhh, aku rindu 2PM =') . Yep, paling rindu 2PM dibandingkan SuJu :) . Rindu rindu rindu~ =') . Lepastu aku bukak pula 2PM - Heartbeat. Ouhh alangkah rindunyaa lagu tuu ='D



Taecy sayaaa~ Rindu Taecy yang hottie ^o^ , rindu Wooyoung yang suka menari ssanti dance xP , rindu Nichkhun yang suka buat winky dye ;) , rindu Chansung yang selalu kena drop dekat member lain x) , rindu Junsu yang suka senyum nampak gusi dye :D , last sekali rindu Junho yang suka senyum macam iras Rain tuu :D . Waaaaa~ Rinduu gilaaa~! Aku nak gilakan Korea balikk. Dulu sebelum pmr bukan main rajin layan tu layan ni. Tapi lepas pmr, semuanyaa jadi malas. Uhhuuuuu~ Rakan-rakan, sila bantu sayaa~ Nabihah Nizam, Fatin Farhana Midzan, Nor Diyana Jeno, and Laila Syaza Khairul Anwar... Sila bantu saya buleh ? =') SOBS .



Nantikan kemunculan saya akan datang, coming soon.. I'll Be Back - still Dora ^o^v

Saya jeles lah tahu tak ?



Kenapa mesti dye ? Kenapa ? Kenapa ? Kenapa dye jugak yang awak pilih ? Awak tahu tak yang saya tak suka dye ? Sampai hati awak buat saya macam ni. Awak sukaaa lah dapat patahkan hati saya ? Dulu awak lain, sekarang awak dah lain. Kenapa awak berubah sampai macam ni sekali ? Saya tak sangka sangatsangat. Ramai tau yang dah tawu pasal kita. Tapi awak berubah fikiran. Dulu awak pilih saya. Sekarang, awak dah berpaling dekat orang lain. Kenapa awak mesti jadi macam ni. Dari dulu lagi saya masih setia dekat awak. Tapii...hurmm. Saya tak suka diri awak yang sekarang. Tolong and please kembalikan Shahir saya yang dulu boleh. Saya benci Adira T___________T"










Pee Ass : Aku menjerit terpekik terlolong tengok Konsert Reunion AF8 semalam. Ibu aku pon dah pikir aku ni merepek aje. Ahaha aku happy dapat jumpa Shahir si pecinta hati setelah sekian lama dye menghilang. Ohh my... Im patiently waiting for your new song beybeyh ! HEHE ^o^v






HAHA sape cuak bace entry ni ? ROFLOL ! xDD

Kami menawan Bukit Broga .




Rasanyaa entry kali ini pasti panjaanggg punyaa. Okay mari mulakan cerita. Hari khamis malam jumaat, tepat tepat pukul dua belas aku masuk bilik tidur. Kononnyaa nak tidur awal sebab nak bangun awal lah kan. Ruparupanyaa dalam diam aku sms Nabihah Nizam. Haha :D . Kami merepek, merepek, merepek, dan merepek lagi, dan lagi, sampai lahh pukul dua pagi. Tefaaakkkk dye. Haha Biha, kaw sonyap ! LOL terkeluar dah bahasa negeri kebanggaan akuu x)



Keesokan pagi, ibu kejut bangun pukul sembilan pagi. Tapi apabila bunyi kentut yang kedua kedengaran pada pukul sembilan setengah pagi, yakni bunyi ibu aku memekak, barulah aku dengan liatnya bangun terus menuju ke tandas dengan mata yang sedia sepet ni sekejap bukak sekejap tutup supaya tak terhantuk apa apa masa on the way ke toilet. Okay sila lempang saya sebab buat ayat majmuk yang terlalu panjang x) . Okay okay, dah excited excited aku ni bersiap paling awal, rupanya bertolak lambat lagi. Macam apetahh. Heshh, kalau aku tawu laa. Agak agak nyee mesti aku masih membutaa lagi tuu. Hehee kantoi sukaa bangun lambat :D



Then, lepastu, thenlepas, lepasthen, haha ayat india x) . Okay for the real one, after that, woah speaking giteww. After that, dalam lebih kurang pukul sebelas setengah lah kod baru laa kami nak bertolak ke Broga :) . Aku tak tidur pun dalam kereta tuu. Maybe sebab excited terlebih. Hehe. Hurm, kitorang sampai Beranang pukul satu setengah. Singgah dekat Masjid Beranang tu sebab ayah aku nak solat jumaat. Then kami makan dekat kedai berdekatan. Ramai sudah kawan ayah aku yang datang dekat situ. Ibu and me pon nak beredar dari situ lepas tu menuju ke masjid untuk solat zohor sekejap :) . Lepas solat, nampak kereta Nina dah sampai siap parking dekat dalam masjid tu. Sms Nina sekejap lepas tu kitorang berhenti sms. Ahha :D



Pukul empat petang bila dah ramai yang kumpul dekat kedai makan tuu, then baru laa kami semuaa bertolak ke Broga bersama-sama :) . Sampai jea dekat sana, dah ramai yang ada. And dah siap terbentang tikar lebar plus khemah plus kayukayu untuk buat unggun api malam nanti :) . Kitorang sempat rehatrehat lagi, makanmakan and minumminum sikit. Kalau minum banyak kang, dekat mane pulak mahu kenching ? Dekat tepi jalan on the way ke hutan ? Tefaaakkkk =.=" Wohoii sedarlah anda tu perempuan. So, pahampaham lah sendiri wahai kaum Hawa sedunia. Bahaha :D . Okay lepastu pukul empat setengah ayah aku bagi taklimat kejap pasal nak mendaki Bukit Broga tu. Ayah aku dah pernah naik, so dye ade la pengalaman sikit kan daripada tak ada. HEHE :D .



Pukul lima, kami semua dah siap sedia berangkat memulakan perjalanan mendaki bukit :) . Ayah aku kata tak lama pon. Dalam lebih kurang setengah jam aje kalau mendaki laju, and kalau kita daki lambat dalam lebih kurang empat puluh lima minit sahaja :) . Nampak sangat yang Bukit Broga ni tak berapa jauh and tak berapa tinggi sangat pun :) . Sebelum PMR haritu, ayah aku ada bawak aku daki Gunung Datok dekat Melaka. Aku nasihatkan korang, jangan naik lah yea. Masa tawan Gunung Datok tu, fuhhh~ Allah jea laa yang tahu macam mane. Dari pukul sembilan pagi mula mendaki, petang dalam pukul berapetah baru berjaya turun dengan selamatnyaa. Tiga jam naik, berape jam entah lepaklepak dekat puncak, and tiga jam turun. Tapi memang puas dapat tawan Gunung Datok tuu sebab scene dye cantik gilaaa ! ^o^ ... dan curam. LOL x)



Okay back to basic, eh eh. Back to main point, aku tengok orang yang excited nak mendaki macam aku ni, semuanyaa dah ready dengan shirt dorang plus seluar track and what so ever lah kan. Tapi aku chill saje. Aku pakai baju butang tengah kaler pink (Tak tawu pulak namenyee. Hehe) plus dengan jeans ketat nyee. Haha, korang cebik lahh aku. Aku tawan Gunung Datok haritu pon pakai macam tu jugak okay. Weehuuu cayalaa dora ^..^v








Dah sampai separuh jalan tuu, kitorang berhenti dekat buaian yang dah sedia ada dekat atas bukit tuu. Dekat situ tempat Sheikh Muzaffar snap gambar kahwin dye dengan isteri dye. Okay sila bangga ^,,^v *pissss, HEHE. Ape lagi, kitorang pon berposing sakan bagai nak rak buku pon ade laa lan. Hahaha okay itu tipuu :D . Yea, kami berposing-posing sahajaa. Scene dye cantikk sangat laa weyhh. Yep, rugi tak pergi ^^ . Lepas dah penat jadi unofficial model sementara, kitorang bergerak lagi macam semut mendaki bukit ke puncak pulak. Sumpaaa aku cakap aku gayat gilaa masa tu. Aku merangkak dah rupe macam cicak atau macam cicakman atau nak sedap lagi macam cicakgirl pon boleehhh. Dududududuuu~ :D . Masa on the way naik sambil merangkak tu, macammacam lah perkataan yang termuntah daripada mulut aku. Woah ayat, giteww :D . Dan yang pelik, semua ayatayat yang keluar semuanya yang bahekbahek belaka. Tiada satupun yang buruk. Antaranya ialah...

- " Astagfirullahalazim "
- " Ya Allah "
- " Oh my God " , " Ohhemjii " , " Oh emm gee "
- " Opocot mak kau ! "

Dan yang last sekali tak boleh belah dan tak mahu belah...

- *hati dengan penuh yakin dan tenang berkata, " InsyAllah aku takkan mati awal awal. Ajal maut di tangan Allah. Aku pasti sempat ambik slip PMR sebelum aku mati. InsyAllah.. Ya Allah, lindungi lah aku dan keluargaku. Aminn :) "



Okay sila tutup mulut dan jangan gelak lagi mencarut, LOL x))





Dah separuh jalan nii :)



And heaven-yeahhh, selepas bertungkus-lumus memaksa diri naik ke puncak. Akhirnyaa sampai juakk. Saya bangga dengan diri sendiri yang berjahyee sampai dengan jayanyaaa. Dengan berbekalkan tiga botol air kosong yang satu botol setengah nyaa sudah berjaya dilahap oleh aku :D . Dah sampai atas, scene nyaa tersangat lahh cantik bak gunung yang mekar dengan bungabunga lalang dan awan awan yang membiru tanpa seekor burung pun yang terbang melayang. Erkk, pujian ke tu ? =.=" Ohh, maybe banyak burung dah mati sebab air pollution. Okay, aku teringat pula dekat The Dead Crow. Hey hello ? PMR dah habis lah sayang oii. Hehe saje jee :D





Dah berjaya sampaiiii~ :D



Dan dalam kegembiraan, pasti ade terselit kesedihan dan kekecewaan. Giteww~ Nina and her whole family belum senja lagi dah nak turun balik. Aku macam.. Erkk, macam mane dengan aku ? WUWUWUU T____T" . Tapi tak ape lah, ibu and ayah aku still ade lagi pon dah bagus. And kawankawan ayah pon ramai yang ade. Anak anak acik acik yang ikud naik pon ramai kan, so ape nak risau ? HEHE :) So aku happy, BUAT SEMENTARA. Tetibe, duhh. Teringat pulak macam mane mahu turun ? Haiyoo laaa~ Resah gelisah dah ade dalam diri. Tapi aku gagahkan diri jue sambil berkata " InsyAllah aku pasti hidup. Slip PMR kan belum ambik. InsyAllah dora, insyAllah ! Allahuakhbar ! " . Okay yang Allahuakhbar tu aku tipuu. HEHE gedik sahajee, dudududududuuu~ :D



Fuhuu~ Hell yeah. Dah lepas maghrib tu, tetibe tangan kaki aku sejuk semacam. Aku pon chill sajee. Dalam firasat hati berkata, " Mungkin angin bertiup, tu yang sejukk " . Lepas lame lame, aku pergi mengadu dekat ibu. Ibu cakap mungkin aku sejuk sebab peluh aku. Aku pon chill saje lagii. Tidak mengharapkan ape ape ayat pon yang keluar daripada mulut ibu aku. Then aku mengadu lagi. Ibu pon rase tangan aku. Woahh, tangan ibu hangat ! Fuhh ayat, hangat giteww. Kenape tangan aku sejuk ? Acik yang dekat sebelah ibu aku pun dah tolong genggam tangan aku kasi kehangatan sikit. Aku pon terharuu.. Tskk tskk =') . Hehe. Acik tu cakap mungkin aku demam. Tefaaakkkk =.=" . Sejarah dalam hidup aku demam atas bukit. Haha best kod. Dah jeki aku merasa demam atas bukit. Hah korang ade ? *menghanjengg, LOL x) . Scene dekat atas bukit malam malam tuu memang best ! Boleh nampak ada bunga api yang cantikcantik meletupletup bebeyhh. Mentangmentang Deepavali Day kan. Korang yang india india boleh lah happy. Aku nii agak sedeh lah jugak tengah busy memikirkan cara untuk turun bawah kan.








Yeeehaaa. Pukul lapan malam, waktu yang dinanti-nantikan akhirnya datang juaa. Kitorang bergerak turun ke kaki bukit. Rasa tak sabar ade, risau pon ada. WUWU. Banyak group yang dah berpecah-pecah sebab mereka semua tak sabar sangat nak turun bawah atau lebih sedap lagi, diorang takut nak turun bawah lewatlewat malam. Giteww :) . And berita gembiranyaa, group ayah aku jadi group terakhir turun. Beri tepukan semuaa~ *clapclap, maka keluarlah lagu Teen Top-Clap. Ohh Neil.. * . Haha apakah ? Okay tukar balik cerita asal. On the way nak turun mula mula, aku dengan beraninya lead perjalanan. HAHA okay aku tipu lagi. Aku kedua lead lah. Lepastu tiba tiba orang yang lead dekat depan aku hilang kemanetah, jalan cepat sangat. The conclusion is, aku lah yang lead diorang semua. Sila bangga ^..^ . Hehe. Hah, ni part curam punya bebeyh. Aku takut nak jalan sebab takut tergolek. So aku slidee~ Yeehuuu. Kawan ayah aku cakap kalau takut nak bongkok badan sikit, slide aje. Daripada tergolek, lebih baik kotor baju. Kan ? Bijakk bijakk~ :D . Okay ada sekali tu tak tahu lah aku maybe terlebih excited, aku terslide jaoooohhhh punyaa. Haha, bestbest ^o^ . Rasa macam ski ice jee, LOL berangan :D





Huhh, ponekkk~ x))


Alhamdulillah syukur kepada-Nya, kitorang semua selamat sampai ke kaki bukit. Just ada sorang kawan ayah aku tuu kaki dye kejang masa nak turun bukit. Eff Wai Aii, nak turun bukit lagi payah daripada daki bukit yea. Harap maklum :) . Okay kitorang sampai bawah jea, makanan yang sedapsedap semua dah sedia. Tapi sorry lah, KFC McD semua tu tak ada lahh yea. HAHA x) . Yee, unggun api pun dah ada. Teringat masa camping form 1 dulu. Rindu rindu~ Tsk tsk =') . Weehuuu, demam aku bersambung balik bila sampai dalam kereta. And sampai rumah jea, dah bertambah dengan selesema yang dah macam bersarang *tiputipu* . Hehe saya ber-hiperbola sekejap, LOL. Woahhh, panjang gilaaa entry aku kali ni. Memang terbaik dari ladang apak hampa. Keke terima kasih sudi meluangkan waktu membaca entry saya sambil makan popcorn bersama air coke macam dalam cinema. Giteww. HEHE, sekian :D



Gambar dekat sini sikit aje aku taruk. Nak lagi banyak, click bawah ni. Banyak gambar aku dah taruk dekat Facebook aje. Jangan risau, link bawah ni bukan link hantu *perli diri sendiri x))


Bukit Brogaaa, Sheikh Muzaffar ♥





Pee Ass : Aku taip entry ni pagi semalam, malam ni baru siap sebab ade probs dalam meng-upload gambar. So, ade sesetengah gambar aku terpaksa guna photobucket jee :)


BYE ! :D


Bosan punya pasal .


Ohh, tajuk dekat atas tu merujuk kepada Danbo dalam gambar dekat atas yea. Disebabkan dye bosan sangat, sebab tu dye ajak Domo main game ular tuu. Aku lupa pulak apa name game tuu. Yea lah, budak menghadapi PMR lah katakan. Tak layan lahh game budakbudak tu lagi kan ? Haha *konon* :D . Okay aku menipu lagi~ Memang tajuk tu merujuk kat aku. Tapi tak aci lah kalau aku sorang jee kena. So untuk fair, Danbo pon bosan jugak. Hehe ape aku merepek ni. Nampak sangat aku dah bosan tahap max =.="



Serius aku tak tawu nak buat apa dekat rumah ni. Percaya tak sekarang aku sorangsorang dekat rumah nie ? Dah nak senja tapi aku masih sorangsorang tanpa ditemani sesiapa pon dekat rumah. Haha, woah berani sungguh anda dora. Tabik springgg andaa. Tott tottt :D . Dalam masa dua hari ni aku tak pergi sekolah, aku masih bangun awal. Yes, bangun awal. Aku bangun macam orang ready nak pergi sekolah jea kan. Dah terbukti lahh aku penakot macam apetahh nak cakap =.=" . Sebab, malam sebelum tidur lagi aku dah bagitau ibu aku suruh kejut aku awal awal pagi sebelum ibu ayah aku pergi kerja. So, pagipagi lagi aku baring dekat ruang tamu sambil tengok tv sambil online sambil selubung selimut. Beshh ! :D . Tapi pagi tadi, aku penat sangat. So, aku tidur dekat ruang tamu sambil tv menonton aku. Ahaha :D . Lepas tu aku sambung tengok 3 Idiots. Rindu pulak dekat Aamir Khan , LOL xD



Fuhahhh, lupalupa. Tadi aku bosan, aku usha YouTube. Lepas tu jumpa lagu and terus tukar lagu belog niy :) Then aku editedit sikit mana yang patut dekat belog niy. Entah apa yang aku edit, aku pon lupe. Hehe :D Urmm, haa.. Tadi aku scroll banyakbanyakk kali belog aku ni. And buat pertama kali baru aku perasan ada satu entry aku ni, ramai yang like. Aku macam, erkkk... Dekat entry " Hampeh Betol . " pulak tuu. Tefaaaaakkkk =.=" . Dah lah aku benci entry tu, tapi ramai pulak yang like. Haiyaaarrkkkkkk T________T" . Yang pelik tu, lebih 34 orang like entry aku, tapi kurang 20 orang like belog aku. Hah, ape cer pulak tu ? Ke belog aku ni memang ada stalker ? Dudududududuuu =.=" aku tak tahu. Haihh tak sangka aku ehh korang ni pelik. Ehh, korang yang pelik ke aku yang pelik ? Haha, nevermind lahh :P



Nahh, bukti x) .






Motif entry niy = Entah , BYE ! :D

Trick or Treat .


Ehh dah Halloween ? HAPPY HALLOWEEN ! Ehh, entahh. Memandai jea kaw tukar tarikh Halloween heh dora ? Yeahh, memandangkan aku memang tak sambut and tak hingin nak sambut pon Halloween tu, sebab tuu aku tak tawu bile hari Halloween niy. Hee :) Tapi yang pasti, semenjak minggu lepas.. Bersambung lagi minggu niy.. Merupakan hari Halloween untuk aku. Yes, serious aku cakap *Anggukangguk mengIAkan* Korang tak percaya ekh ? Tak apa, aku pon tak perlukan kepercayaan korang. Haha :D Macam yang aku dah penat membebel dekat entry bawah nii, sejak hari khamis malam jumaat tulaaa aku sambut Happy Halloween. Aku pergi rumah orang satusatu mintak gulagula tawu ? Yeahhh, hebadd sungguh aku menipu.



Emm emm, hari khamis dah jumpa seekor hantu. Dah mula trauma plus fobia plus tak tahu nak kata apa dah sampai tertekan nak kena pikir dua tiga kali bila ada orang kasi link rase macam nak bukak ke tidak. Tu jee masalah akuu T_____T" Aku tak tawu lah macam mana kawankawan aku yang terkena jugak boleh melalui harihari yang mendatang dengan tenang dan aman. Yang aku tawu, hati aku sentiasa resah gelisah dan tak tenang. Dah banyak kali aku memohon diberikan semangat oleh-Nya tapi entah lahh *Ayat tak mahu blahh. Sila muntah x)* Ehh, aku cakap yang betol okay. Kalinie tak menipu punyaaa. Hehe :)



Aku baru sahaja dapat melepasi harihari trauma aku dengan melupakan HANTU KHAMIS haritu tapi telah ditambah lagi dengan HANTU ISNIN. Apakah ? Tapi Hantu Isnin ni muka dye memang tak sama lah dengan Hantu Khamis ni sebab hantu niy memang tak ada muka pon. Jangankan muka, kepala pon tak adaa. Tefaaakkkk -.-" . Ni pon kerja budak lelaki kelas aku yang tidak semena-mena meng-tagged aku dekat hantu, or boleh dikatakan manusia yang mati tiada berkepala. Woah, sedap ayat tuu dora. Thumbs up untuk anda ! :D Aku malas nak bagitahu siapakah gerangan lelaki yang buat dajal sedemikian sebab kalau aku bagitahu pon mungkin korang tak tahu. Kepada yang dah tahu, sila ambil seletip dan tutup mulut anda. Tenkiu :)



Okay hantu hantu, aku memang membenci korang semua T__________T"


Ni contoh hantu yang pertama, MARI HIV SAMA-SAMA


Ni pulak contoh yang kedua, MARI MALARIA SAMA-SAMA


Ni contoh yang ketiga, MARI HISTERIA SAMA-SAMA



Kepada orang yang berpenyakit semput tuu, diharapkan jangan lah bukak salah satu yeahh. Nanti dah elokelok dapat bernafas, tengok hantu jea, terus semput. Dah semput nanti terus sesak nafas. Dah sesak nafas tu nak kena call ambulans mintak hantar hospital. Bil telefon sekarang pon dah naik. Nak sms hospital, tak tawu pulak nombor handphone dekat sana. 3G apatah lagi. HAHA x)



Dan cara aku untuk menyedapkan hati aku supaya tak histeria macam haritu lagi, ade gambargambar untuk aku bagi penyedap hati :) Hehe, semuanyaa yang comelcomel macam HeeChul ! Mesti HeeChul sayang aku lebih bila aku puji dye macam ni. Teheee :-* muahx ! *gedikgedik*


- UNTUK YANG COMELCOMEL KELIK SINI

- UNTUK YANG KAWAIIKAWAII KELIK SINI


Huhuhu, dua jea lah aku kasi ea ? Banyak sangat benda comelcomel ! :D Nanti penuh pulak entry aku niy dengan link kan ? Hehe, lastly.. TRICK OR TREAT ! *winky



T__________________________________________________________________________________T"







BYE !