Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


Kami menawan Bukit Broga .




Rasanyaa entry kali ini pasti panjaanggg punyaa. Okay mari mulakan cerita. Hari khamis malam jumaat, tepat tepat pukul dua belas aku masuk bilik tidur. Kononnyaa nak tidur awal sebab nak bangun awal lah kan. Ruparupanyaa dalam diam aku sms Nabihah Nizam. Haha :D . Kami merepek, merepek, merepek, dan merepek lagi, dan lagi, sampai lahh pukul dua pagi. Tefaaakkkk dye. Haha Biha, kaw sonyap ! LOL terkeluar dah bahasa negeri kebanggaan akuu x)



Keesokan pagi, ibu kejut bangun pukul sembilan pagi. Tapi apabila bunyi kentut yang kedua kedengaran pada pukul sembilan setengah pagi, yakni bunyi ibu aku memekak, barulah aku dengan liatnya bangun terus menuju ke tandas dengan mata yang sedia sepet ni sekejap bukak sekejap tutup supaya tak terhantuk apa apa masa on the way ke toilet. Okay sila lempang saya sebab buat ayat majmuk yang terlalu panjang x) . Okay okay, dah excited excited aku ni bersiap paling awal, rupanya bertolak lambat lagi. Macam apetahh. Heshh, kalau aku tawu laa. Agak agak nyee mesti aku masih membutaa lagi tuu. Hehee kantoi sukaa bangun lambat :D



Then, lepastu, thenlepas, lepasthen, haha ayat india x) . Okay for the real one, after that, woah speaking giteww. After that, dalam lebih kurang pukul sebelas setengah lah kod baru laa kami nak bertolak ke Broga :) . Aku tak tidur pun dalam kereta tuu. Maybe sebab excited terlebih. Hehe. Hurm, kitorang sampai Beranang pukul satu setengah. Singgah dekat Masjid Beranang tu sebab ayah aku nak solat jumaat. Then kami makan dekat kedai berdekatan. Ramai sudah kawan ayah aku yang datang dekat situ. Ibu and me pon nak beredar dari situ lepas tu menuju ke masjid untuk solat zohor sekejap :) . Lepas solat, nampak kereta Nina dah sampai siap parking dekat dalam masjid tu. Sms Nina sekejap lepas tu kitorang berhenti sms. Ahha :D



Pukul empat petang bila dah ramai yang kumpul dekat kedai makan tuu, then baru laa kami semuaa bertolak ke Broga bersama-sama :) . Sampai jea dekat sana, dah ramai yang ada. And dah siap terbentang tikar lebar plus khemah plus kayukayu untuk buat unggun api malam nanti :) . Kitorang sempat rehatrehat lagi, makanmakan and minumminum sikit. Kalau minum banyak kang, dekat mane pulak mahu kenching ? Dekat tepi jalan on the way ke hutan ? Tefaaakkkk =.=" Wohoii sedarlah anda tu perempuan. So, pahampaham lah sendiri wahai kaum Hawa sedunia. Bahaha :D . Okay lepastu pukul empat setengah ayah aku bagi taklimat kejap pasal nak mendaki Bukit Broga tu. Ayah aku dah pernah naik, so dye ade la pengalaman sikit kan daripada tak ada. HEHE :D .



Pukul lima, kami semua dah siap sedia berangkat memulakan perjalanan mendaki bukit :) . Ayah aku kata tak lama pon. Dalam lebih kurang setengah jam aje kalau mendaki laju, and kalau kita daki lambat dalam lebih kurang empat puluh lima minit sahaja :) . Nampak sangat yang Bukit Broga ni tak berapa jauh and tak berapa tinggi sangat pun :) . Sebelum PMR haritu, ayah aku ada bawak aku daki Gunung Datok dekat Melaka. Aku nasihatkan korang, jangan naik lah yea. Masa tawan Gunung Datok tu, fuhhh~ Allah jea laa yang tahu macam mane. Dari pukul sembilan pagi mula mendaki, petang dalam pukul berapetah baru berjaya turun dengan selamatnyaa. Tiga jam naik, berape jam entah lepaklepak dekat puncak, and tiga jam turun. Tapi memang puas dapat tawan Gunung Datok tuu sebab scene dye cantik gilaaa ! ^o^ ... dan curam. LOL x)



Okay back to basic, eh eh. Back to main point, aku tengok orang yang excited nak mendaki macam aku ni, semuanyaa dah ready dengan shirt dorang plus seluar track and what so ever lah kan. Tapi aku chill saje. Aku pakai baju butang tengah kaler pink (Tak tawu pulak namenyee. Hehe) plus dengan jeans ketat nyee. Haha, korang cebik lahh aku. Aku tawan Gunung Datok haritu pon pakai macam tu jugak okay. Weehuuu cayalaa dora ^..^v








Dah sampai separuh jalan tuu, kitorang berhenti dekat buaian yang dah sedia ada dekat atas bukit tuu. Dekat situ tempat Sheikh Muzaffar snap gambar kahwin dye dengan isteri dye. Okay sila bangga ^,,^v *pissss, HEHE. Ape lagi, kitorang pon berposing sakan bagai nak rak buku pon ade laa lan. Hahaha okay itu tipuu :D . Yea, kami berposing-posing sahajaa. Scene dye cantikk sangat laa weyhh. Yep, rugi tak pergi ^^ . Lepas dah penat jadi unofficial model sementara, kitorang bergerak lagi macam semut mendaki bukit ke puncak pulak. Sumpaaa aku cakap aku gayat gilaa masa tu. Aku merangkak dah rupe macam cicak atau macam cicakman atau nak sedap lagi macam cicakgirl pon boleehhh. Dududududuuu~ :D . Masa on the way naik sambil merangkak tu, macammacam lah perkataan yang termuntah daripada mulut aku. Woah ayat, giteww :D . Dan yang pelik, semua ayatayat yang keluar semuanya yang bahekbahek belaka. Tiada satupun yang buruk. Antaranya ialah...

- " Astagfirullahalazim "
- " Ya Allah "
- " Oh my God " , " Ohhemjii " , " Oh emm gee "
- " Opocot mak kau ! "

Dan yang last sekali tak boleh belah dan tak mahu belah...

- *hati dengan penuh yakin dan tenang berkata, " InsyAllah aku takkan mati awal awal. Ajal maut di tangan Allah. Aku pasti sempat ambik slip PMR sebelum aku mati. InsyAllah.. Ya Allah, lindungi lah aku dan keluargaku. Aminn :) "



Okay sila tutup mulut dan jangan gelak lagi mencarut, LOL x))





Dah separuh jalan nii :)



And heaven-yeahhh, selepas bertungkus-lumus memaksa diri naik ke puncak. Akhirnyaa sampai juakk. Saya bangga dengan diri sendiri yang berjahyee sampai dengan jayanyaaa. Dengan berbekalkan tiga botol air kosong yang satu botol setengah nyaa sudah berjaya dilahap oleh aku :D . Dah sampai atas, scene nyaa tersangat lahh cantik bak gunung yang mekar dengan bungabunga lalang dan awan awan yang membiru tanpa seekor burung pun yang terbang melayang. Erkk, pujian ke tu ? =.=" Ohh, maybe banyak burung dah mati sebab air pollution. Okay, aku teringat pula dekat The Dead Crow. Hey hello ? PMR dah habis lah sayang oii. Hehe saje jee :D





Dah berjaya sampaiiii~ :D



Dan dalam kegembiraan, pasti ade terselit kesedihan dan kekecewaan. Giteww~ Nina and her whole family belum senja lagi dah nak turun balik. Aku macam.. Erkk, macam mane dengan aku ? WUWUWUU T____T" . Tapi tak ape lah, ibu and ayah aku still ade lagi pon dah bagus. And kawankawan ayah pon ramai yang ade. Anak anak acik acik yang ikud naik pon ramai kan, so ape nak risau ? HEHE :) So aku happy, BUAT SEMENTARA. Tetibe, duhh. Teringat pulak macam mane mahu turun ? Haiyoo laaa~ Resah gelisah dah ade dalam diri. Tapi aku gagahkan diri jue sambil berkata " InsyAllah aku pasti hidup. Slip PMR kan belum ambik. InsyAllah dora, insyAllah ! Allahuakhbar ! " . Okay yang Allahuakhbar tu aku tipuu. HEHE gedik sahajee, dudududududuuu~ :D



Fuhuu~ Hell yeah. Dah lepas maghrib tu, tetibe tangan kaki aku sejuk semacam. Aku pon chill sajee. Dalam firasat hati berkata, " Mungkin angin bertiup, tu yang sejukk " . Lepas lame lame, aku pergi mengadu dekat ibu. Ibu cakap mungkin aku sejuk sebab peluh aku. Aku pon chill saje lagii. Tidak mengharapkan ape ape ayat pon yang keluar daripada mulut ibu aku. Then aku mengadu lagi. Ibu pon rase tangan aku. Woahh, tangan ibu hangat ! Fuhh ayat, hangat giteww. Kenape tangan aku sejuk ? Acik yang dekat sebelah ibu aku pun dah tolong genggam tangan aku kasi kehangatan sikit. Aku pon terharuu.. Tskk tskk =') . Hehe. Acik tu cakap mungkin aku demam. Tefaaakkkk =.=" . Sejarah dalam hidup aku demam atas bukit. Haha best kod. Dah jeki aku merasa demam atas bukit. Hah korang ade ? *menghanjengg, LOL x) . Scene dekat atas bukit malam malam tuu memang best ! Boleh nampak ada bunga api yang cantikcantik meletupletup bebeyhh. Mentangmentang Deepavali Day kan. Korang yang india india boleh lah happy. Aku nii agak sedeh lah jugak tengah busy memikirkan cara untuk turun bawah kan.








Yeeehaaa. Pukul lapan malam, waktu yang dinanti-nantikan akhirnya datang juaa. Kitorang bergerak turun ke kaki bukit. Rasa tak sabar ade, risau pon ada. WUWU. Banyak group yang dah berpecah-pecah sebab mereka semua tak sabar sangat nak turun bawah atau lebih sedap lagi, diorang takut nak turun bawah lewatlewat malam. Giteww :) . And berita gembiranyaa, group ayah aku jadi group terakhir turun. Beri tepukan semuaa~ *clapclap, maka keluarlah lagu Teen Top-Clap. Ohh Neil.. * . Haha apakah ? Okay tukar balik cerita asal. On the way nak turun mula mula, aku dengan beraninya lead perjalanan. HAHA okay aku tipu lagi. Aku kedua lead lah. Lepastu tiba tiba orang yang lead dekat depan aku hilang kemanetah, jalan cepat sangat. The conclusion is, aku lah yang lead diorang semua. Sila bangga ^..^ . Hehe. Hah, ni part curam punya bebeyh. Aku takut nak jalan sebab takut tergolek. So aku slidee~ Yeehuuu. Kawan ayah aku cakap kalau takut nak bongkok badan sikit, slide aje. Daripada tergolek, lebih baik kotor baju. Kan ? Bijakk bijakk~ :D . Okay ada sekali tu tak tahu lah aku maybe terlebih excited, aku terslide jaoooohhhh punyaa. Haha, bestbest ^o^ . Rasa macam ski ice jee, LOL berangan :D





Huhh, ponekkk~ x))


Alhamdulillah syukur kepada-Nya, kitorang semua selamat sampai ke kaki bukit. Just ada sorang kawan ayah aku tuu kaki dye kejang masa nak turun bukit. Eff Wai Aii, nak turun bukit lagi payah daripada daki bukit yea. Harap maklum :) . Okay kitorang sampai bawah jea, makanan yang sedapsedap semua dah sedia. Tapi sorry lah, KFC McD semua tu tak ada lahh yea. HAHA x) . Yee, unggun api pun dah ada. Teringat masa camping form 1 dulu. Rindu rindu~ Tsk tsk =') . Weehuuu, demam aku bersambung balik bila sampai dalam kereta. And sampai rumah jea, dah bertambah dengan selesema yang dah macam bersarang *tiputipu* . Hehe saya ber-hiperbola sekejap, LOL. Woahhh, panjang gilaaa entry aku kali ni. Memang terbaik dari ladang apak hampa. Keke terima kasih sudi meluangkan waktu membaca entry saya sambil makan popcorn bersama air coke macam dalam cinema. Giteww. HEHE, sekian :D



Gambar dekat sini sikit aje aku taruk. Nak lagi banyak, click bawah ni. Banyak gambar aku dah taruk dekat Facebook aje. Jangan risau, link bawah ni bukan link hantu *perli diri sendiri x))


Bukit Brogaaa, Sheikh Muzaffar ♥





Pee Ass : Aku taip entry ni pagi semalam, malam ni baru siap sebab ade probs dalam meng-upload gambar. So, ade sesetengah gambar aku terpaksa guna photobucket jee :)


BYE ! :D


No comments: