Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


A 2nd family day I guess ?

Hello ladies, gents, gays and lesbs semua. Ada entry baru lagi. Kalinie memang nak kena post awal sebab lepasni ada something more important nak post lagi. Hehe just wait and see :) . Mari mula potpetpotpet...


Sabtu pagi, sedang enak tidur berkeruh kruihh kruihh kruihh tetibe ade bunyi air yang sedang dijerang lupa nak tutup api. Okay tu tipu. Ibu aku sebenarnyaa yang dah terjerit terpekik terlolong suruh aku bangun. Padan muka hampa lah dora. Sapa soh hampa tiduq lambat malam tuu. Terima padahnyaaa *bila masa aku jadi orang Kedah nii =.=" . Ibu jerit jerit suruh bangun awal tapi aku dengan senang hati tutup telinga. Then ayah aku pulak masuk bilik, kejutkan. Ibu memang, kalau aku tak bangun bila dye kejut, sikit sikit nak panggil ayah. Tawu lah ayah garang kan. Err tak ada lah garang mana pon. AGAK garang jee. Okayyy tukar topik, hehe.


Aku kalau tawu lah nak pergi family day, dah lama aku excited nak bangun awal ehh. Tapi aku dipaksa bangun ni pun bukan sebab ada family day. Bangun pun sebab ayah ajak kami pergi Melaka. Kawan ayah yakni acik Salwa yang haritu ikut sama pergi Kuala Tahan, ada family day dye dekat Everly Resort Hotel, Melaka. Acik Salwa pulak jemput ayah aku as a photographer untuk snap gambar family dye untuk buat family album. Abang aku pulak konon jadi PA ayah aku lah kan turut membantu memandangkan masing masing ada DSLR sendiri and aku pulak tak adaa *frust ni frust T_______________T"



Mula mula tu ibu cakap kena bawak baju lebih sebab nanti lepas photoshoot malam tuu, kitorang tidur rumah Seremban aje sebab dekat. So aku dengan malas dan tak hingin pergi pon terpaksa lahh siap siap hape semua. Dah siap, terus bertolak pergi. Tapi Pergi Seremban dulu jemput abang. Then baru bertolak ke Melaka. Everly Resort Hotel tu sebelah dengan Pantai Klebang. Mula mula ayah tak tawu jalan, tapi dengan bakat dan experience yang abang aku ada *ceyy* akhirnyaa jumpa jugakk. Hehe bukan apa, abang aku sejak form 1 sampai form 5 sekolah dekat MRSM Terendak, Melaka. That's why abang aku dah agak hafal lah jugak jalan Melaka ni kan even dye orang Noghoghi :D


Haa, sampai aje hotel tu terus jumpa acik Salwa and her family dekat tepi kolam renang. Lepastu kami semua pon terjun kolam tu bushh bushh *bunyi air kolam* lepas salam salam *tiputipu* . Emm, then acik Salwa bawak kami pergi bilik dye. Masuk aje bilik dye tu rase macam, bapak bosaaa godang ehh bilik dye o.O" . Nak main guling guling dekat ruangtamu tu pon bolehh. Anak acik Salwa dah try dahh masa aku datang tu. Anda bila lagi ? Haha :D . Yelahh, name pon family day. Of course laa besar kan. Ramai yang ada dalam bilik tuu. Pakcik makcik nenek atok abang abang kakak kakak adek adek baby baby. Semua ado haih sonang cito. Hehe :P . Nasib baik aku tak mengorat abang abang hensem yang ada time tu kan. Upss terlepas pulak. Hehe sengaja :D


Then tetibe ibu aku cakap kitorang tak jadi balik Seremban. Terus menginap dekat hotel tu aje. Aku agak lahh pelik. Banyak betoii duet ayah aku nak bayar bilik hotel mahal ni ? =.=" Ouhh, ruparupanyaa acik Salwa yang dah sediakan. And acik Salwa jugak yang bayarkan memandangkan dye ahli hotel tuu, so dapat discount :D . Haha, aku pulak yang excited terlebihh kann. Yelahh mana tak nyee, baru aje balik family day dekat Kuala Tahan harituu, dapat lagi bercuti dekat Melaka pulak. Hehe




Haa, nie ruangtamu bilik hotel. Bagi aku besar jugak sebab ahli keluarga aku pon tak ramai kan. 4 orang aje. Ibu aku cakap kalau tak ade discount lahh kan, boleh RM300++ jadinyaa bilik kitorang tuu untuk satu malam.
Aku macam, " WATDAA ? @,@ "






Meh kiss mehh. Haha, hodohh pulak gambar ni aku tengok =.="


Emm, after solat maghrib ayah and abang pergi bilik acik Salwa tu balik untuk start photoshoot. Aku and ibu pulak stay bilik je. Lepas dah beberape minit ke-excited-an melanda dalam bilik tu *tipu ni* , ibu ajak keluar. Tak tahu hala tuju, just teruskan driving. Then tetibe nampak kedai makan tepi jalan. Actually boleh dikatakan kedai ABC. Yeahh, ibu order ABC and aku order Coconut Shake. Dulu pernah minum petang dekat sini jugak. That's why bila jumpa je nak pergi lagi. Aku order sampai dua tahu. Satu minum, satu lagi bungkus. Hehe

After makan, singgah kedai kek. Ibu nak beli roti untuk makan makan dekat hotel kalau lapar. Aku pon on jee walaupon agak malas dan tak ikhlas sebenarnyaa. Kahkah :D . Lepastu cakap dengan ibu,

Aku : Ibu, nak beli kek.

Ibu : Haa, ambik lah. Nak yang mane ? Ambik yang kecik je cukoplah.

Aku : Emm, nak yang ni laa. Ehh yang tu laa. Ehh tanak laa, nak yang nunnn tu lah.

Ibu : Sukahaty laa haihh~


Lepas tu nampak pulak keropok....


Aku : Ibu, nak keropok tu.

Ibu : Ambik lahhh.

Aku : Nak dua !

Ibu : Satu cukop.

Aku : Yolaaaa~ *sodey ni sodey @,,@ (dalam hati rasa, ehh baik pulak ibu malam ni)


Yeayy, dapat kek comel momel and keropok. Haha macam tak pernah makan jee. LOL :D . Lepas tu singgah kedai yang dalam bahasa omputeh nyee TujuhSebelas. Hehee dalam bahasa melayu nyee 7Eleven. *Kahkah tak lawakk =.=" . Then dekat 7Eleven tu beli lah ape ape yang patutt. Blablablaa~ On the way nak balik tu lalu kedai kasut. Aku cakap dengan ibu,


Aku : Ibu, nak selipar.

Ibu : Aaahhh kaw jangan nak ngengade. Itu nak, ini nak. Nampak selipar pon nak.

Aku : Choiiiiii~ *tak menjadik pulak kalinie =.="



Hehe, comel tak comel tak ? Mata aku ada sebijik macam ShinChan tu tak ? *perasan kejap* Sodaaa lah makcik, mate awak tu sepet. Mate ShinChan tu bolat @.@ . Iyoo, eden sodaa *cakap dengan diri sendiri* Haa, tu yang aku memilih sangat tuu. Tengah pilih nak ambik kartun mane. Lastlast ambik ShinChan ajee. Hehe

Dah masuk bilik hotel hantar barang, turun ke lobi balik. Sesaja nak tengok tengok hotel waktu malam. Kebetulan malam tu ada wedding dekat tepi kolam renang. Best gilaa, meriahh aje. Kenapa laa tak ada artis yang datang ehh malam tuu. Wu Chun ke, Jiro ke, Lee Hom kee (ni artis Cina aje, artis Korea nak datang.... Dalam mimpi yolah =.=") Haa, nanti boleh aku menyibuk sikit. Ahaaa :D . Kitorang snap snap gambar ajee malam tuu. Pukul 10, naik bilik sebab nak tengok Cerekarama. Haha tak sangka aku pon layan cerita melayu. Ingatkan korea ajee :D




Aaaaaa, ni ade wedding tu. Yang aku cerita tadi :)







Ni gambar keesokan harinyee :)


Ahad pagi, kami pon balik Pilahh~ *ending yang sangat menarik kan kan ? :D


No comments: