Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


Alhamdulillah :) ♥



Hee~ Gambar atas ni masa belum dapat result. Tapi muka masing masing macam tak cuak je :P


Pukul 10 pagi, dah siap siap nak ke sekolah. Ayah dah pergi sekolah dulu sebab dye naik kereta lain. Masa on the way dengan ibu nak pergi sekolah tu, ayah call ibu bagitau yang result keluar pukul 12 tengahari. Dapat call je, ibu terus patah balik ke rumah. Aku punyaaa lah sedih masa tu sebab kawan kawan semua pergi sekolah awal =( . Balik je, terus online melepaskan kegeraman. Tetibe dalam pukul 10.55 pagi tu ibu aku jerit suruh siap cepat. Ibu cakap ayah call and ayah bagitau result keluar pukul 11. Aku pun tergesa-gesa lah pakai baju kurung balik and bersiap hape semua. Nasib baik rumah aku dekat heh dengan sekolah tu. Huu~ =.="


Dah sampai tu, tengok tengok ramai yang dah sampai. Diorang semua tengah borak borak kosong je sambil dengan muka cuak tu kan. Haa, masa datang tu ye ye je pikir result keluar pukul 11. Rupanya dalam pukul 12 baru diorang kasi result. Sekolah lain banyak yang dah release result tapi sekolah aku ni je yang lombab semacam apohal tah @__@"
Borak borak, snap snap gambar, then aku and kawan kawan yang lain pergi toilet. Aku and Aten baru jea nak betulkan tudung, tetibe Tyra, Teha and Mimi lari sambil jerit yang result dah keluar. Aku and Aten ape lagi, berlari lah turun tangga nak tengok result. Then Cikgu Rohana datang sambil bawak result kitorang. Sebelum ambik result kena tulis nama dulu. And then baru boleh mintak result dekat cikgu. Kengkawan aku yang lain semua dah ambik result diorang, tinggal aku je lagi. Then after dah dapat tu, aku tak terus tengok slip aku tu. Aku tutup dulu, then aku pandang kengkawan dekat belakang...



Kengkawan : Dora, kaw dapat berapa ?

Aku : Aku tak tawu !

Kengkawan : Tengok la slip tu !

Aku : Aku takut ! (mase ni dah nak nangis dah)



Lepastu perlahan-lahan aku bukak slip. Aku and kengkawan semua tengok slip aku. Bila dah tengok tu, semua kawan aku menjerit okay ! Aku ulang suara, SEMUA ! Haa, geng aku jela kan. Kitorang jerit tu kuat gilaaa heh sampai ada pulak suara budak laki semua boo kitorang. Haha, pedulik hape kitorang kan. Ngee~ :P . Time jerit tu jugak lah air mata aku menitis laju macam air terjun. Sedih gilaa okay. Actually tersangat gembira and tak percaya. Memang kitorang nangis gilaa gilaa lah tadi. Dah rasa macam datang majlis pengebumian pon ada. Aku, Aten and Mimi siap berpeluk lagi time nangis tu tao. Huu~ Terharu weyh. And aku sedih jugak sebab kitorang se-geng tak dapat 8A. Sedih tao T^T" . Guguguguuu~


Hemm, tapi papeponn aku happy and rasa bersyukur sangat sebab tak mengecewakan ibu and ayah aku. Aku bersyukur ke hadrat ilahi sebab kasi aku kejayaan yang besar ni. Kalau abang aku masa PMR dulu dye dapat 8A, aku pon kena dapat yang sama jugak macam dye. Aku just taknak di pandang rendah oleh keluarga sendiri kan :) . Alhamdulillah, berbaloi usaha aku. Alhamdulillah sangat sangat Ya Allah. Sesungguhnya hanya Dia sajelah yang menentukan arah tuju hidup aku lepas ni. And aku akan usaha lebih untuk dapat yang terbaik untuk SPM nanti. InsyAllah amin~ ^^

*ayat aku baik sungguh kan ? aku sendiri tak sangka. hihihi

SMK Tuanku Muhammad just 20 orang je dapat 8A daripada beratus orang yang ambik exam. Hemm... tak mao cakap lagi, jum tengok gambar meyh ^^



Ni muka lepas nangis, haha. Tu muka aku tahan hingus. Gahaha, burok ghoman den x)




Tengok Mimi ! Tengok Mimi ! Haha, sambil call sempat jugak senyum ehh XD





Ni semua budak yang dapat 8A, tapi ada jugak yang takde dalam gambar ni sebab tak datang :) .
Hee, cayalah 3 Ibnu Khaldun(3B) dapat kalahkan 3 Ibnu Sina(3A). Ngee~




Dalam camera aku ni takde pon gambar Teha dengan Tyra. Huhu, diorang sedih sangat pasal result diorang. Tapi tengok Aten, chill je. Hehe Congrats korang semua tao tao :) . Yang lain pon congrats jugak. Hope untuk SPM, kite dapat buat yang terbaik lagi ^^. Emm lepasni aku dah tak payah risau bila orang tanya pasal result lagi dah. Haha, dengan kembang kempisnye nanti aku akan menjawab dengan hati yang gembira~~ *boo dora boo ayat skem xP

PeeAss : Sekarang wishlist aku dah ada dua tick. Alhamdulillah, hee ^^




No comments: