Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


Family trip to Kuala Tahan, Pahang :D

Entry kalinie penuh dengan gambar, harap maklum :)



Okay, first of all, saya speaking dulu. Haha itu fakta yea baby. Kahkah bukan, first of all kita ucap Bismillahirahmanirahim :) . Ecehh :P . Ngehngeh, kalinie nak buat entry panjaaaaaaaang punya eh. Nak baca, baca. Tak nak baca, boleh exit. Asal korang jangan mati sebab baca entry aku ni sudah lah. Aku tak mao tanggung yea honeyy. *macam yea jea mati. hik hik tehik tehik o.O


Hari ahad haritu, ada family day trip to Kuala Tahan, Pahang. Best poit. Family day tu 3 hari jakk. Rasa macam tak puas jea 3 hari tu tawu tak. Biasanya orang family day untuk restkan diri and banyak keluarkan duit untuk shopping and what so ever lah kan. Tapi kitorang punya trip ni lain. Kitorang keluarkan duit untuk memenatkan diri pergi explore nature bebeyh. Best wa cakap lu. Lu tak percaya lu pergi sendiri lah beb. Kiki *gedik* . Dapat pergi family day ni pon sebab kawankawan ayah aku yang rajin rancang plan. Yang rancang ni semuanya kawankawan ayah aku yang bawak kitorang pergi daki Bukit Broga haritu. Haa ingat tak ? Haha tak ingat ? Kokdekau laa. Den tak masuk campuq x) *hamek kaw kan dah campur negeri 9 plus kedah dahh xD



5 Dicember 2010

Bangun pagi dalam pukul 10.30 pagi. Then semua family berkumpul dekat kedai makan dekat mane tah aku lupe doe. Then dalam pukul 11.30 camtu kami bertolak pergi. Yang join family day ni ada dalam lebih kurang 10 family. 10 family means 10 buah kereta. Ramai tu poitt. Jangan memain =.=" . Ahha, dah dalam pukul 2 camtu, kitorang stop dekat pekan mane tah aku lupa jugak -.-" . Kitorang stop untuk makan lunch and pergi solat. Then pukul 3, kitorang bertolak sambung perjalanan. Pukul 5 kitorang dah sampai dekat Kuala Tahan :)


Hehe, masa on the way nampak
Tasik Bera
baby. First tyme ni~ ^o^




Jiyeahhh, ni masa first tyme sampai. And di situ lah terletaknyaa chalet chalet kitorang ^^



Ni chalet kami~ Alamakk, mate ibu lelap. Kahkah ;P



Ni masa kami on the way nak ke Restoran Terapung dekat jeti



Yeahhh, macam yang aku cakap. Dekat seberang sana ada Taman Negara and hotel tapi dalam lagi (bukan yang atap merah tu yehh) . And yang atap hijau tu Restoran Terapung tu :)




Gambar ni, ayah yang snap :) . Tyme ni dekat tepi sungai tuu :D



Yeahh, kami semuaa. Actually bukan semua. Ada ramai lagi sebenarnyaa tapi yang lain dah pergi melantak dekat Restoran Terapung tuu. Ngehhngehh :P



Ohhh, gelap. Maaf. Heh, name pon dah nak senja. Sebab tu gelap. Kalau pakai flash, langsung tak nampak pemandangan belakang dahh yehh


Then kitorang semua pon balik ke chalet masingmasing. Rest kejap, solat, mandi semua. Then awal after maghrib, semua orang dah berkumpul dekat depan apetah nak sebut aku pun tak tawu niy. Yang aku pasti, ruang tu LEBAR dan LUAS. Ahaha that is for sure lah kan :P . Aktiviti kami dekat ruang yang lebar dan luas tu is kopek kulit jagung, bakar ayam and jagung tuu then makan dinner. Kehkeh nak jugak speaking tuu. Makan malam aje cukup lah kann. Kiki x)



Aku tak banyak membantu ponn sebenarnyaa sebab anak dara sorang ni lambat mandi, KAHKAH *malu ni malu =.="







Hehe, ni masa dengan family acik Syikin. Dah 2 tahun tak jumpa. Lastlast, jumpa masa family day nie. Rindu hehh :D




After semua dah kekenyangan kemakanan, kami semua gerak pulak ke destinasi seterusnyaa. Ngehngehh, pergi memancingg~ Yeehuuu~ Tapi tapi, para lelaki jelah yang memancing. Para perempuan, gadis, dan budakbudakk hanya snap gambar and duduk lepaking sajaa. Best jugakk malam malam dapat rest tepi sungai weyh. Pandang depan, sungai. Pandang belakang, semak. Pandang bawah, batu. Pandang atas, BINTANGsss. Woahhh, banyak giler bintang ehh malam tuu. Cantik gilosss ehh. Heheee ♥






Dah pukul 11.30 malam, kitorang semua bertolak balik ke chalet masing masing. Then tidur lah kann. Ponek poitt @.@"



6 Dicember 2010

Day two. Awal pagi lagi dah bangun, siapkan diri semua. Then sarapan pagi ramai ramai dekat spot yang sama di mana kami makan malam semalam. Woah ayat tak nak belah betul :P . After semua dah sarapan, dah siapkan diri nak bertolak ke seberang, kami pon bertolak bersama sama. Kitorang naik bot. Guna 3 bot baru cukup untuk kitorang semua pergi seberang. Kalinie aktiviti kitorang nak pergi Canopy Walkway. Kene daki bukit dalam lebih kurang setengah jam aje. Lepastu kitorang akan naik Jambatan Gantung yang terpanjang di...... dunia ? Erkk, di Malaysia ? Or di Semenanjung Malaysia ? WUWU aku dah lupaaaa T______T" Haihhh biar jelahh. Ngehngehh. Tapi, memang lama jugakk kitorang naik Jambatan Gantung tuu. Seram pon adaa T_T" . Aku cuak jee naik bendalah tuu. Aku banyak doa supaya aku tak mati cepat. Aku still nak ada chance pergi Korea sekalii. GAHAHA apo tah den merepek nii @.@"






Hahhaa, ke-cuak-an aku terserlah dalam gambar nie. Bapak penakot aku. Nasib baik tak ada hantu Killerjo sergah. Boleh mati cicak aku dekat situ. Kwang3 teeeetttttt =,="


Pee Ass : Motif utama, lihat baju kebanggaan saye ! Kihkihkih ^O^


JJang ! Gambar nie masa semua orang dah selamat turun daripada Jambatan Gantung tuu. Alhamdulillah, aku selamat and tak mati lagi. Hehe sila happy sekarang *apokah =.="


Lepastu, kitorang diberi dua pilihan samada nak pergi jungle trekking or terus naik bot aje pergi hotel sebelah Canopy Walkway tu. So kami pon pilih nak pergi trekking je. Actually aku dah penat tyme tu and tak mao trekking. Tapi nak buat macam mane, dah ramai yang nak pergi trekking. Aku pon ape lagi kan, terpaksa lah on jugak T_T"







Tyme ni kitorang dah sampai dekat hotel sebelah Canopy Walkway. Sempat bergambar kejap :)



Masingmasing dah kepenatan niii @__________________@"



Tapi tapi, sempat jugak berposing lagii. Hik hik tehik tehik kawww x)



After that, dalam pukul 1.30 tengahari, kitorang balik ke seberang untuk balik ke chalet masing masing. Lepas dah ambik makanan, terus masuk bilik makan. Then tidur kejap, pastu solat zohor then bersiap siap untuk ke Lubok Simpon ! Hoyeahhh heavennn mandi jeram ! Tak sabar gilaa aku petang tuu. Kihkih~ Tapi tapi, on the way ke jeram tu memang aku anti betul aaaa. Perlu jugak tuu trekking untuk ke jeram T_______T" And and, jeram yang kitorang pergi tu bukanlah jeram yang sebenar-benarnyaaa sebab jeram yang kitorang pergi tu tak ada air terjun T^T" . Jeram yang ada air terjun is 50km jauhhhhh ke dalam hutan lagi. Tak mampu wey kitorang nak berjalan sejauh tuu. Kalau nak pergi boleh, tapi kena naik bot masuk dalam hutan. And bot tu pulakk hell yeah mahal. Dalam mimpi jelahh semua tu ehhh -________-"


Ni naik bot dengan family acik Syikin, on the way nak ke seberang :)



See ! See ! Air terjun jauhhh 50km sinunn @.@" Yang mampu cuma sampai Lubok Simpon je. Tu pon dah nak kena berjalan 600m T_T" Ouh yea, Gunung Tahan 55km jauh ke dalam hutan. Teringat masa belajar Geo dulu. Masa tengah selakselak buku rujukan Geo, nampak lahh Banjaran Tahan tu kann. Hehe rindu nak belajar lagii ^o^ *tiputipu* Erkk -_______-"





Muka aku asyik tak nampak aje bila mandi. Salahkan air tu yeh, hahah :P



Rindu semua orang yang join mandi jeram ni. WUWU, tahun depan insyAllah jumpa lagi. Kihkih :D



Emm, malam tuu kitorang makan malam tak macam malam semalam sebab hujan turun. Aktiviti malam tu sepatutnya kitorang ke Taman Negara tu lagi untuk mengintai binatang. Gahaha, pakcik tu yang cakap macam tuu. ku tukang gelak jee. Patutnye kitorang pergi mengintai seladang dekat Taman Negara tu. Tapi hujan turun, so hasrat nak tengok seladang pon hancus berkecai. Prangggg~ *bunyi pecah pinggan* . Disebabkan hujan, spot yang kami makan semalam pon dah basah. So terpaksa pindah spot lain yakni dekat depan chalet kami sendiri. Kitorang buat macam seluruh chalet tu rumah kitorang sendiri aje. Kahkah, bia lahh. Tak ade yang kesahh pon :P







Ehhh, dalam gambar tak hujan pulak. Ape cer ni dora oi ? Haha maap, saye salah story kowd. Aaaaahhhh pi mampuih laaa. Aku malas nak delete then taip lagi. Ponek woihh T_______________T"


7 Dicember 2010

Harinie last day kitorang dekat Kuala Tahan ni. Awal pagi lagi dah siap bangun and mandi. Sarapan dah disediakan and ada dua pilihan, nasi lemak or roti canai. Aku ? Rembat due due jehh. Dah perut aku nie pikir nak melantak jea. Daripada membazir, baik habiskan. Kihkihkih :D . After semua dah sudah sarapan, kitorang bertolak ke Taman Negara dekat seberang. Actually tak ada aktiviti apa sangat pon. Kitorang pergi dekat hotel tu sebab ada tayangan video pasal tempat tempat menarik dekat Taman Negara tu. Masuk jea bilik tayangan tuu, fuhhh lega. Aircond bebehh. Semua lepaskan penat lelah naik turun tangga ke bilik tayangan tuu. Ada jugak yang sempat berkeruhh yakni tidur dalam bilik tuu. Haha sape lagi kalau bukan pakcik Fadzil yang popular. Kahkah popular lah sangat =,="


Gahaha abang Izwan dengan Fahmi buat lawak pulakk dekat belakang tuu. Penyepak sorang satu nak ? Ngehngeh x)




Gambar saye dengan Izah. Actually KAK Izah memandangkan dye tua setahun daripada aku. Tapi tak biasa panggil akak adik ni so guna nama je senanggg~ Hehe :P



Lepas dah sudah tengok tayangan video tu actually kitorang ada jalan jalan lagi. Kitorang pergi visit tempat seladang berkeliaran. Sepatutnyaa mengintai seladang tu malam semalam tapi disebabkan hujan, so ganti esok harinyaaa. Tapi malangnyaaa, seladang tak mahu keluar sebab apa ? Sebab daging kami tak sodappp. Ahha tipu kejap, maybe kerana bising sangat sebab tu seladang takut nak keluar or boleh dikatakan, malu nak keluar. Kehkeh :P . Huu, tak ada rezeki nak buek cemano dahhh :P


JJang ! Last picture kami dekat sini~ WUWU, rindu nanti lahh T_____T"


After that, kitorang balik ke jeti and naik bot untuk ke chalet masingmasing. Sampai chalet, semua orang sibuk kemas kemas barang untuk balik. Tapi sebelum tu tetibe acik Salwa kasi cadangan untuk anak anak kepada mak bapak memperkenalkan diri. Abang aku pulak yang terlampau friendly and peramah nak mampos nie, pergi panjat tiang chalet kitorang tu and umumkan yang dye nak perkenalkan diri dulu. Bapak peramah ehh dye. T________T" And hell yeah, lepastu giliran aku sebagai adik dye pulak kena perkenalkan diri. Aku ni pulak dah lah pemalu nak mampos bile tak rapat dengan strangers kan *tak tipu* , tetibe suruh perkenalkan diri depan orang ramai. Tefaaaaaaaaaaaaakkkkkk =,=" . Lastlast abang aku yang baik hati sangat ni tolong lah perkenalkan diri aku dekat orang ramai. Aku pulak hanya mampu tersenyum senget dan tunjuk muka ajee *pemalu enough ? kalah seladang tahu ? LOL x)


Dahdah, enough dengan aku memalukan diri sendiri dekat sini. Mari tukar topik heh. Lepas dah sorang sorang perkenalkan diri, kami pon bertolak balik :) . Actually tak balik lagi hehe. Kitorang ada aktiviti lain lagi. Kami pergi Gua Balai pulak lepastu. Saja nak menjenguk. Dekat dalam gua tu nampak pulak batu kristal ehh. Aku tak masuk dalam lagi untuk tengok batu kristal tu sebab macam seram je. Plus, aku tak ada torchlight. So, gelap lah kan. Abang Izwan and Mamat masuk dalam lagi untuk tengok batu kristal tu and diorang tolong suluhkan. Memang berkilat. Cantik poitt *O* . Abang Izwan cakap tu garam mineral. Ohyeahh ? Macam belajar sejarah pon ade ni. Kaedah arkeologi semua tu kan. Ehh garam mineral masuk subjek Geo kan ? Erkk~ Haha, aku pi family day dekat Pahang ni, subjek Geo Sejarah semua keluar lahh. Teringat pulak dekat Cikgu Noraizan ehh, kahkah x)


Just like I said before, ni laa batu berkilat yang aku cakap tu. Tak nampak eh kilatnye ? Kalau zoom, for sure nampak tuu :)






Ni tyme dekat depan Gua Tongkat. Haa, ada rupa tongkat tak dekat atas tu ? Heh :P


Pee Ass : Nampak tak saya buat sign apa dekat gambar atas ni ? We are Super Juni-o-e-yo ! Ahaha perasan tak ? Perasan tak ? Hik hik tehik tehik xP


Ahaa, lepas dah meneroka segala gua gua yang ada *cehh ayat* , kami bertolak balik. Okay once again aku cakap, kami tak balik lagi hehe. Kitorang sempat singgah tepi jalan dekat mane entah tak ingat, untuk borong ikan patin. Yeahh ikan patin masak tempoyak memang popular dekat Pahang you know ? Tak tahu tanya lah mak akak anda sendiri ehh. Waa, murah rezeki betul kedai acik ikan patin tuu. Berapa ekor entah kami borong ikan patin tu. Yang pasti, lebih sepuluh ekor lah. And tu pon still fresh baru tangkap dekat sungai bawah tuu. Acik Izan yang paling banyak borong sebab kata nyee nak masakkan untuk kitorang, then makan ramai ramai. Woahh bestbest~! ^O^


Tudea pakcik Fadzil buat aksi. Hekss, boleh jadi tauke ikan eh lepas ni ? LOL x)



Lepas dah borong ikan, kitorang balik. Ehh, belum balik lagi *tah bilo nak balik ni tah =,=* Dalam pukul 8 malam, kitorang singgah makan dekat mane eh ? Entah aku tak perasan sangat sebab tertidur dalam kereta. Huhu, lepaking lepaking dekat kedai makan tu sambil buat huru hara jea, then baru laaa for the real one kami salam salam then balik rumah masing masing *ayat yang paling ditunggu tunggu, KAHKAH* .


Nie gambar dekat kedai makan :) . Fotografer : Nur Rasyid M.Ramlee ^^


8 Dicember 2010

Haa, aktiviti family day kami masih belum selesai. Hari rabu, malam khamis tu aku and family bertolak ke Seremban untuk ke rumah Mamat after solat maghrib. Memang dah janji dengan 10 family tu untuk datang makan ikan patin masakan acik Izan. Makan nasi lauk tomyam plus ikan patin masak tempoyak dengan extra lauk yakni satay. Kehkeh sodapp, burpp kenyang alhamdulillah haha. After makan makan, kitorang tengok gambar gambar sliding dekat tv yang di snap masa dekat Kuala Tahan. Masingmasing gelak bila nampak gambar hodoh masingmasing. Haha, best lah weyhh. Dapat pengalaman baru is the best thing you know. Wuhuuu~ Nak pergi lagi~ InsyAllah tahun depan pergi lagi eh eh ? HEHEHE


Penuh satu ruangtamu tu dengan kitorang duduk sambil makan buah limau sambil tengok gambar gambar candid ^O^





Last pose, a PEACE from us ^^ Byeeeee~!



Pee Ass : Sejak hari rabu aku taip entry nie, hari sabtu pukul 3 pagi baru habis post tahu tak ? Ponek poittt. Taubat dahh @_____________________@" By the way, gambar yang lain ada dalam Facebook aku. Kalau korang tahan tengok gambargambar yang ada dalam 4 album tu, korang tengok lah yehh =.="

No comments: