Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


Frustrated

Assalamualaikum :]

Nothing comes up actually. It's just that it's frustrating. I am frustrated. Bukan pasal pakwe or hape. I dont even have one lol. Ini semua sebab kpop. Aku ni dah lama pencen kpop. SPM punya pasal. Dua tahun kot tinggal kpop. Bagi aku, dulu senang gilaaa aku buang semua tu. And sekarang nak catch up balik, mak aih susah gilomek kauuuuuu den kato =,=" Tiga bulan cuti pun tak cukup.

Jumpa group ini, and I was like " Group hapo pulak nihhhhhhhhh asal takponah donga ??! "

Jumpa itu pulak, " Sapo kau ni woihhhhhhhhhhhhhhh ??! "

Jumpa tu lagi, " Bilo kau debut ni haaaaaaa ??! "

Jumpa ini pulak, " Korang dari company mano nihhhhhhhhhhhhhhh ??! "

Jumpa tu pulak, " Ni lagu sapo pulak ni woihhhhhhhhhhh ??! "

Jumpa ni lagi, " Sojak bilo kau jadi new member haaaaaaaaaaaa ??! "

Jumpa tu pulak, " Mano Kibum akuuuuuuuuuuuuuu tsk tsk "


--_____________________________________________________--


OMG. Serius frust gilaaa rasa. Aku tak kenal sesapa dah tsk tsk #over . Hmm camtulah cito eh. Nasib baik 2PM masih macam tu tak berubah. Nasib baik takde yang keluar or ada ahli baru. And JYJ jugak. Thank god.


Duhhhhhhhhhh =,="

Azam yang Mumtaz :)

Assalamualaikum :]

Alhamdulillah, hari ni dah last day tahun 2012. Alhamdulillah kita masih merasa hari ni. Straight to the point, sila baca title :) AZAM. Apa azam aku tahun 2013 ? BANYAK. Yes. To make it short, azamnya ialah...


Untuk menjadi orang yang lebih baik dan lebih berguna daripada tahun 2012 


 Dalam kepala, dah set mind macam-macam. Im gonna start a new chapter. Now this is it. Tapi, tak tau boleh buat ke tak. In sha Allah, aku cuba :)

This is my AZAM. AZAMUMTAZ :')


Dah nak akhir tahun 2012 ni, aku jumpa bias baru. Tahniah Im Jaebum aka JB sebab berjaya meragut hati aku. Wahh giteww :3

The blonde one :D


Look, how adorable he is ! Im so in love with his eyes and his smile. OMO~ Ada sikit macam GD kan? LOL :D


Have a blast in year 2013 peeps !

Kbai ! ^o^


p/s : i've changed the song for my blog. well, people change. so do i. lulzzz.

Currently.

Now it's already 3.50 am.

Awesome kan? Sucks? K i know.

Tak tidur lagi. Apasal?

Ohhh layan drama korea. Greatttttttttttttttt for you.

Bangun lambat. Dah tengah hari baru nak bangun.

Mulut pulak kerja mengunyah je tak henti.

Anak dara apa entah teruk gila =,="

Now tengah layan K-dramas which are Protect The Boss, Scent of A Woman, Secret Garden.


Currently watching this, Protect The Boss. Motif tengok cerita ni, sebab ada Jaejoongie. Seriously rindu sangat pakwe lama ni :'( Dah dua tahun tinggalkan dia lepas aku curang dengan Heechulie. Okay this is  LOL. To those who don't know, Jaejoong is the one yang rambut pacak :) I love his current hair, sangat matang dan handsome :) At first, im quite dissapointed cause he's not the main actor in this drama. But well, i think that's a relieve actually. Since main actor kebiasaannya akan ada banyak kiss scenes kan. Better dia jadi pelakon sampingan je. Aku tak rela Jaejoongie aku kena kiss banyak kali woih. But still, dia masih ada kiss scene dalam drama ni. Dengan perempuan sebelah kiri dia. Duhhhhhh =,=" Cerita ni tak rugi tengok, sangat kelakar and quite ringan. Ringan... maksudnya tak complicated sangat. Jaejoong comel gilaaaa and lawak gilaaaa dalam ni. Serious aku tak tipu! Dia bawak watak matang tapi ada childish sikit. Yang hero drama ni memang childish habis. So bila childish bertemu childish berebut sorang perempuan, tak ke comel? HAHAHA. Part dorang bertumbuk paling best! First time nampak the other side of Jaejoong dan aku rasa sangat WOW :O  Heroin dia yang belah kanan. Sangat cantik bagi aku :) Ada 18 eps semuanya. So aku tinggal 8 eps lagi. Siapa yang tengok drama ni mesti tau lagu blog aku ni lagu apa. Okay? Now im looking forward for Jaejoong's new movie which is Jackal Is Coming :D Hihihi sukaaa :3

 

 Second, Scent of a Woman. At first, tak terfikir pon nak tengok cerita ni since aku tak suka heroin dia. Tapi sebab dah tayang kat tv. So aku layan je. Aku tak tengok drama ni kat lappy, malas. Baik aku tengok kat tv yang dah sedia ada subtitle BM hehe. Aku layan kat lappy bila aku ada ter-missed eps ke hape. First reason tengok cerita ni sebab hero dia is Lee Dong Wook yang handsome dan famous dengan drama My Girl dia dulu tu. Second reason, sebab ada Xiah Junsu dalam drama ni. Even scene Xiah Junsu kejap je but still, sangat rindu and suara diaaaa. Jaejoong ponnn. Aku taktau camne nak describe ahhhh =,=" I don't know why lately aku sangat rindukan DBSK even dah takde DBSK dah sekarang ni. Disebabkan aku sukakan Jaejoong, so aku sangat menyokong JYJ sekarang ni. JYJ FTW! Jyeahhhhhh ;)

 

Third, Secret Garden. Masih tergantung cerita ni. Tergantung since sebelum SPM lagi. Pehhhh tak ke lama tu? Tak silap, sebelum bulan puasa lagi aku start tengok cerita ni. Tapi tergantung cause of I need to focus on my SPM first. Taktaulah kenapa aku nak tengok cerita ni. Best kot? This drama is quite unique tho. Sokay then, tunggu aku tengok sampai habis dulu eh hihi :p


And now aku tengah survey nak tengok cerita apa lagi. Heh tamak.

Banyak gila kan? Tapi entah.

Tengok separuh-separuh pulak tu. Sampai bila nak habis?

Saja menggedik. Bosan.

Cari kerja, belajar memasak, pergi driving lesson.

Takyah cakap lagi ah. Dah bosan dengar.

Hailaaaaa hidup =,=" kbai.


Hols.

Assalamualaikum :]

Hai peeps. Long time no see. Hehe. It has been a very longgggggg time for me to post anything here. I've been very busy lately. Not that 'busy'. Im not working tho. Entah. Just because. I really don't have the feeling to write anything lately. Asyik moody memanjang. And know I know why. Hehe, let me keep it as a secret jelah :p

Actually I've just got back from hols. A real HOLIDAY. Empat hari perjalanan. It's really tiring yet worth it :) Daripada duduk rumah terperap mengumpul lemak, keluar rumah berjalan adalah lebih baik. Indeed, you better move your butt sometimes or you'll regret it later. Im just saying, note to self too hihi :p Destinasi kalini, Penang, Ipoh, Cameron. Nampak tak situ? Tak jauh sangat beza tempat sebenarnya. Pengalaman je lain-lain :)



Georgetown, Penang :) Aku makin bulat, aku tahu =,="


Hari selasa, bertolak dari rumah agak lambat. That's why dapat bilik hotel pon lambat. Banyak hotel yang dah full and majornya mahal. Yeahhh, cuti sekolah kan, lagi-lagi time nak christmas camni. Tak ingat nama hotel tu sebab memang first time tidur situ. Actually, kat Penang tu aku taktau ape yang special. Nak kata tempat shopping, memang tak lah kot. Makanan? Maybe... Sampai je malam tu kitorang pekena pasembuq. Pakcik pasembuq india muslim tu lawak ah. Bukak lagu hindustan malam-malam kuat-kuat macam tempat tu dia punya je. Letak kuah pasembuq siap pusing-pusing senduk tu sampai dia sekali pusing giteww. Aku pun tak faham apa motif dia. Aku harap dia bahagia lulzzzz =,=" Takde rezeki nak makan nasi kandaq. Sedih ni tsk tsk.


Btw lupa nak mention pasal Jambatan Pulau Pinang. Aku tak sempat snap pakai phone masa lalu jambatan tu sbb tengah khusyuk baca novel. Tapi abang sempat. Plus, time tu hujan. So takde feel sangat lalu jambatan tu lol. Georgetown, Penang banyak street arts. Ni first time aku tengok in real life lah kot? Selalunya nampak kat tv je. Aku jakun gilaaaa bila jumpa benda-benda camni. Sangat unik and aku suka :D Aku sorang je kot yang eksaited time tu? Entah. Well, i dont even care actually. Masa jalan-jalan carik street arts tu, ada satu penggambaran kat situ. Taktau lah penggambaran apa, tapi yang pasti dah keluar tv dah. Ibu aku ternampak kat iklan tv. Katanya iklan handphone. Kalau korang tengok iklan tu, maybe korang tau. Nahhh, take a look. You might love it tau hihi :3


Ibu cakap, " Tonyoh sikit kepala dia. Kecik-kecik dah pandai ngintai orang mandi " HAHAHA.


Naik boyan, naik boyan ! :D

Ayah yang suruh pegang kat situ LOL :p

Yang ni takde gambar dengan aku. Abang aku je yang ada snap.

So perjalanan kitorang diteruskan dengan pergi Bukit Bendera. Dulu dipanggil Flag Hill tapi sekarang dah tukar as Penang Hill. Nak naik bukit tu kena naik keretapi. Keretapi dah maju, laju gilaaaa 5 minit dah sampai atas.





Ni keretapi pertama yang dibina oleh orang British sendiri. Keretapi kayuuu. Bolatnya akuuu haihh.

Ohh kita dah ada lesen. Tengoklah kereta kita yang comel ni. Kau hado? HAHAHA :p


Kebanyakan gambar, ayah yang snap. So here, gambar ayah puleeee. Hihi so handsomeee :D

View from Penang Hill. Dapat nampak Jambatan Pulau Pinang :)
Kat atas Penang Hill tu sejuk. Angin dingin dan nyaman. Selesa sangat. View pon cantik-cantik. Memang sesuai buat jadi tempat tenangkan fikiran hihi :)


Lalala :)

Nak tengok view guna bendalah tu kena bayar RM1. Tapi serious dapat tengok kejap je cissss.
Then petang tu kitorang bertolak pergi Ipoh. Disebabkan dah lambat sangat, terpaksa check in kat Heritage Hotel, Ipoh. Hotel ni aku ingat lagi sebab pernah check in sini untuk hantar abang aku masuk matrik. Tapi dia masuk matrik kat Ipoh ni kejap je then terus transfer ke Sarawak, then ke New Zealand. Malam tu tak buat apa. Cuma pergi makan then masuk bilik hotel, tidur.

Esok tu terus pergi Cameron. Memang cadang nak tidur satu malam kat Cameron alang-alang dah sampai Perak kan. So tengah hari tu bertolak, sampai Cameron petang tu. Petang tu check in kat Hotel Titiwangsa. Petang tu jalan-jalan je macam biasa. Sejuk menggigil semua ada sebab hujan. Dah biasa pergi Cameron so rasa macam takde benda best dah nak tengok kat sana. Biasalah, strawberry... sayur-sayuran... buah-buahan... souvenirs... bla bla bla. Malam tu makan steamboat wehuuuu. Nikmat giteww. Then naik bilik, online ah hihi. The next day which is our last day, kitorang pergi kilang tea BOH. First  time pergi. Ok lah jugak. Semuanya takde beza. Ada teh, mesin proses teh, yada yada yada. Malas nak cakap lagi LOL.






I love them


Thanks for the hols.


Btw, blog ni aku baru edit baru. Easy made and vey simple. I loike.


Hihihihihi kbai :D


p/s : aku makin bulat cuti ni. mencikkkkkkkkkkkkkkk =,="


Kesian.

Kesian kat kau dodo, 


KESIAN.

ANAK MANJA.

TAK RETI BERDIKARI.

SUKA HARAPKAN ORANG LAIN YANG TOLONG.

ASYIK NANGIS JE KERJA.

EMOTIONAL.

HEARTLESS.

TAK GUNA.

PATHETIC.

I FEEL LIKE CRYING. once again. 



Sincerely,
The one who missed her friends.

Together will be

Assalamualaikum :]

Ini Jumaat punya cerita tapi Isnin baru nak publish :) Sooooo, here we goooo. Mulanya abang yang janji nak hantar kitorang pergi Seremban. Tapi sebab dia bangun lambat, and nak tunggu parcel dia, terus cancel. Last-last ibu kata dia nak hantar sebab ada benda nak buat kat Seremban. Pukul 10.30 bertolak. Sampai je Jusco, terus pergi cinema tengok tiket. Taktau nak tengok cerita apa, beli Strawberry Cinta je akhirnya. Beli tiket couple sit and seriously sit kitorang awesomeeeeee. Atas sekali, tengah-tengah pulak tu. Couple sit lagi, shuweet jeh hewhew.

Tiket pukul 1.45pm. Ada banyak masa lagi, kitorang survey buku dekat Popular and MPH. Seriously takda benda yang nak dibeli. Sayang nak keluarkan duit. Novel aku yang Amal belikan pun aku tak habis baca lagi hehe :p So kitorang just jalan-jalan cuci mata. Then pergi makan. Borak-borak, gosip-gosip adalah perkara biasa bagi perempuan :) Seriously, dah lama tak borak ngan Aten ;) Banyak benda kitorang share. Tiba-tiba terasa rindu pulak kat kengkawan Samura. Seriously, rindu korang jugak :'(

Masuk panggung, KOSONG. Takdak orang. Kami berdua je. Masuk-masuk terus gelak-gelak snap picture. Jakun gilaaaaa rasa. Aku fikir positive je yang diorang semua masuk lambat. Ehh dalam panggung pun ada internet connection. Hah awesome kan lol. Dah puas snap pictures, ada lah jugak tiga empat orang yang masuk panggung. Lepastu, entah ah aku pun dah lupa hahaha. Time tengah tengok movie, Aten cakap dalam panggung tu cuma ada 14 orang je termasuk kitorang. Hahahahaha takda sape ke yang nak tengok Strawberry Cinta? Tapi bila fikir balik, memang ah kan. Kalau nak lawan dengan Breaking Dawn and Lagenda Budak Setan 2, sapeje hoi nak masuk Strawberry Cinta? TROLOLOL. Takpelah, aku boleh dating dengan Aten dalam cinema hihihi :3

After movie pergi survey barang and yada yada yada. Last-last dah penat, singgah kedai Each A Cup beli air. Lepak kat situ sambil tunggu Kak Huda which is akak Aten jemput kitorang balik. Ohh btw, Kak Huda sangat kurus cekeding. Tak macam Aten, gendut. Hahahahahahahahahahahahaha. And and, Kak Huda nak kawen dah :O Congrats, nanti buat kenduri jangan lupa jemput kita ni hihi :3



Kami duta ubat gigi Colgate hihi :3

Okay kitorang gilaaaaaaaaaaaaaa. Wahahahahahahahahahahahaha :D


We had such a great day spending our time together hihi :D
Okay Aten sudah. Lepasni siapa pulak?
Geng, JOMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM.

HAZIRA, AMAL, CUWA, AIPOD, LISYA, SAHI.
I MISS YOUUUUUUUUUUUUUU :'(


Done.

Kbai ! :D

Welcome home :)


Assalamualaikum :]

Sabtu. 1 Dec 2012. 8 pagi. Jemput Encik Rasyid from airport. Welcome home abang ! ^^ First thing yang dia tegur bila jumpa is about my braces =,=" Hahaha. Yelah, tahun lepas masa datang NZ belum pasang braces lagi kan. Oh yeahh doc cakap dua tiga bulan lagi kalau jaga gigi betul betul dah boleh bukak braces ni yeay :D After jemput abang, kitorang pergi chilling around dekat Low Yat and Times Square. And I've got new baby Ace putih berbaju pink lulz. Ayah yang offer. Thanks to ayah sangat sangat :')

Ayah cakap , " Dah penat-penat belajar...... "

Ibu cakap , " Tinggal tunggu result je  "

Aku , " Kalau dora tak dapat... :(  "

Ibu , " Dora dah usaha, kan. "

Dora harap dora tak hampakan korang semua :( If not, dora akan menyesal sampai bila-bila :(


Kbai.

SAMURA will be missed

Depan Dewan Besar (DB) after habis paper 3 Biology ;)

Bismillah :]

SAMURA will be missed. Like seriously yes. Im gonna miss all those things that I've been through. Samura, Azamumtaz, BeSeven, Dewan Besar yang ber-aircond, Dewan Makan (DM), Samura Square, satu-satunya padang besar Samura yang ada kubur kat tengah-tengah alam, White House (kubur) , Gallery, Court tennis, Court basket, Blok Budi-Best, Blok Sargeant-Pujeng, Jatek, Blok Akademik, Surau, Bilik study, Toilet BeSeven, semuanya akan dirindui.

Lepasni, takde dah study sampai tiga empat pagi kat bilik study. Takde dah minum nescafe sampai dua tiga cawan. Takde dah tiap-tiap petang pergi DM dapat KFC, McD, Pizza, Oblong, and so on. Takde dah cross blok pergi dorm Sargeant 1 carik Amal and Aipod. Takde dah dengar Alep azan dengan suara merdu dia tu (LOL). Takde dah pergi makan roti canai kat Sargeant 1 sebab ponteng kelas kat DM (LOL). Takde dah dengar bebudak ni menganjing kat dalam kelas. Takde dah dengar Kak Na bagi ceramah kat musollah lepas maghrib. Takde dah baca mathurat ramai-ramai sebelum maghrib. Takde dah makan aiskrim time riadah. Takde dah curik mesin basuh orang kat sunway. Takde dah tengok tv cerita Harry Potter kat gym ramai-ramai sampai pukul 12 malam. Takde dah tidur sebelah Qiha lagi. Takde dah tengok Diary of Wimpy Kid kat bilik tayang 1 masa period BI 2 jam teacher tak masuk. Takde dah tengok cerita korea sampai pagi kat komputer bilik study dengan Chuwa and Amal. Takde dah sahur satu kelas ramai-ramai kat DM. Takde dah bukak puasa satu aspuri kat DM. Takde dah lepak belakang kelas kat tempat Amal and Hazi. Takde dah dengar 1001 pendapat Amal tentang REAL LIFE, and so on. Takde dah dengar bebudak ni cakap aku tak matang ;( Takde dah nampak Aipod buat hidung kembang lagi. Takde dah nampak Lisya makan selekeh-selekeh lagi. Takde dah dengar Bintang gelak gigil-gigil lagi (LOL) . Takde dah study dengan Sahi and Amal lagi. Takde dah buat video Azam lepasni. Takde dah kena rumble kat sekolah lagi. Takde dah tangkap gambar guna polaroid Hazi lagi. Lepasni, semuanya akan jadi lain. Semuanya ikut haluan masing-masing. Course pun lain-lain. NO MORE ADDMATHS, CHEMISTRY, PHYSICS, BIOLOGY. Dekat U maybe ada, tapi lain. LAIN.

OHMAI. Seriously, rinduuuuuuuuuuuuuuuuu :'( SANGAT. Dekat rumah, memang ada ibu ayah abang :) They do lights up my day :) Tapi, rasa lain sangat. Jarang aku gelak ketawa hoore hoore macam orang gila dekat rumah. Kalau dekat sekolah, aku gelak main lepas je kot -,-" Duduk rumah, rasa terbantut. Nak keluar dengan kengkawan, tak boleh. Bukan tak boleh, banyak benda kena ambil kisah and im trying to not being selfish.

Dulu, tak sabar sangat nak habis SPM. Tak sabar nak keluar sekolah. Tapi sekarang, rasa nak balik sekolah balik. Rinduuuuuuuuuuuu semuanyaaaaaa. Manusia. Lumrah hidup. Ni lah dia. Hope to see you all very soon. Especially Hazrooo, Fireeeeee, Amaaaaaaaal, Chuwaaaaaa, Aipooooood, Sahiiiiiiiii. And not to forget, Bintaaaaang too :') Nanti aku turun JB / BP, aku roger okay :')

Kita kan, BeSeven. Umph!  :)

Aspurian SAMURA Batch 29 SPM '12. We are AWESOME as always :)

Sahi, will be missed. My very best facy ever :')



Sincerely,
DODO :)

Mission accomplished and just tawakal :)

27 . 11 . 2012 

 SPM WAS OVERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR *alhamdulillah :)

SELAMAT TINGGAL SAMURA KU :'(





Serious sedih. Dah lepas pun tarikh yang ditunggu-tunggu tu.

Sokay, later will post yang panjangggggg punya.

Esok kena balik Seremban then lusa jemput Encik Rasyid kita pulang from New Zealand.

Teehee ! Kbai ! :)

Lost


Assalamualaikum :]

September. What goes around, comes around. Benda yang terjadi tahun lepas berulang lagi tahun ni. And pada bulan yang sama which is September. And I don't like it. It's not like Sept is the worst months ever, no. But, I just don't like it and I don't know why. Im having a very hard times lately. Surviving for myself. And.... im exhausted yet my effort is still not enough.

Wake up memang susah bagi aku since after raya. Sebab dah biasa bangun lambat masa cuti -_- Terpaksa decide untuk stay up sampai 3-4 pagi eventhough esoknya tu hari sekolah. Tu pun still tertidur-tidur jugak atas meja study :/ Penat. Seriously penat :/

Berapa hari je lagi SPM. Like people commonly said, SPM is just around the corner, yada... yada... Kalau dihitung secara kasar, ada 30+ lagi @_@ Tapi kalau ditolak tambah bahagi darab dengan waktu tidur, makan, berjalan, mandi and blablabla... ada lebih kurang 15 hari je lagi actually. Trust me. Cikgu HEM sekolah aku dah kira-kirakan untuk kitorang and it really freaks me out :/

Effort aku, still tak cukup. SANGAT. Kalau nak dibandingkan dengan kengkawan aku yang lain, effort diorang lagi berganda-ganda. At least effort diorang tu membuahkan hasil jugak masa trial. Aku? Alhamdulillah, ada jugak hasil yang positif tapi like I've already said, it's still not enough. Trial aku, takpayah cakap. Biasa-biasa je. Frankly said, aku memang pandai. Yes, i admit it. Semua orang pandai kot. Tapi, aku tak SEpandai kengkawan aku yang lain. Diorang 10, 20, 30 kali ganda lagi pandai daripada aku seriously said.

Tapi takpe, alhamdulillah jugak sebab aku dikurniakan kengkawan macam diorang. Tanpa diorang, mungkin aku lost :/ Aku tak boleh survive sorang-sorang. It's hard :/ Im just wishing for this Jadual Anjal things will come to its end as soon as possible please. Aku nak Azam yang lama. Azam yang complete and not like now :/

Ya Allah, please give me some strength. Amin :|




" Allah helps those who help themselves "

As time goes by


48 hari je lagi.

And im afraid to face the fact.

Im still not ready :/

Promises.

Lepas SPM.

90 HARI LAGI.


I'll wait, insyaAllah.


That moment.



That moment. Dalam kereta bersama ibu. Sedang menunggu ayah bayar tiket parking kereta kat parking lot Jusco Seremban 2.


Me : Ibuuuuuu, next week birthday Dora :)

Ibu : Ohhhh, happy birthday.


-_________________________________________-


Ibu : Birthday Dora tu hari Sabtu ke Ahad ?

Me : Jumaat lah ibuuuuuuuuu. How can you forget ? :(

Ibu : Ohhhh, maknanya 1 haribulan 9 hari Sabtu ehhh.


-________________________________________-


Me : Kalau ibu pun boleh lupa birthday Dora, ayah ape lagi kan.

Ibu : Ayah lagi laaa tak ingat birthday Dora.


-________________________________________-


That moment. Me and ibu tengah tunggu ayam KFC original siap masak. Ayah dalam kereta tunggu kami :)


Ibu : Banyak sangat tak, lima ketul ayam tu ?

Me : Ehh tak lah, okay lah tu. 3 ketul tu untuk kita bertiga... 2 ketul lagi tu pulak untuk Dora.

Ibu : o.O

 Me : =.="


Nothing much, I just want my birthday present ! *tetibe TROLOLOL :) *gedik

Grateful


Assalamualaikum :]

So, here it is. Our raya family potrait masa hari raya ketiga. Dan hanya kami bertiga before pergi berjalan raya. Abang takde :/ Ohhh aku nampak makin berisi. Ohhh I hate it PFFT. Kena kawal makan lepasni. Like seriously raya ni melantak je kerja. Dushhhh ! Okay nak pergi beraya lagi ni. K chiauwz ! Salam :)

Happy Eid :)

Our last night at SAMURA before going back home for raya ;D

Im in no mood just before. To post anything, of course. Then I've got a call.
And now, it is all right ^^, Eid without abang, is just something hurm. But sokay. Wishing you,
  
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. 

Do watch our crazy video here we've made for raya, LOL :D

Dear Ibu,



Have you ever regret to have me, as your daughter ? :/


There's a blessing in disguise

Credit : Angah Fuzah :)

Assalamualaikum :]

Alhamdulillah, TRIAL SBP dah selesai. Tiga minggu bertarung tenaga dan nyawa, berhabis usaha dan masa bersama-sama harta tercinta, yakni buku-buku latihan and modul-modul sekolah. Seriously penat. Tak dapat nak di ungkai dengan kata-kata. Hanya Allah je yang tahu rasa hati ni. Ya Allah, ni baru trial je. Belum SPM betul lagi.

Taktau nak cakap macam mana. Selama tiga minggu, bilik study tu jelah yang jadi dorm aku. For real, dorm pertama, memang Best7. Dorm kedua, bilik study. Macam-macam benda aku bawak turun bilik study tu. Makanan, minuman, mug, thermos, sudu, mp3, bantal, even jam loceng pun aku bawak turun. Takut terlelap punya pasal. Sekarang, aku makin pandai minum Nescafe. Taknak kasi ngantuk, memang berkesan. Ibu tak kasi minum, tapi daruratlah. Last2, ibu yang belikan Nescafe jugak. Ibu sangat membantu! Humphh *sambil buat muka semangat* Rasenye takde trial dah lepas ni kot? Or not? Please don't. Cukuplah sekali -_- So, good luck kepada pelajar MRSM dan sekolah harian yang akan menduduki trial lepas raya ni okay :)
 
And fer now, aku dekat rumah FOR THE WIN :D Makin busy lah aku derr. Busy dengan kemas rumah. LOL, jadi dara pingitan lah aku kat umah ni. Dah abang aku takdek kan, tinggal aku je satu-satunya anak kat rumah ni. Sape lagi nak diharapkan kalau bukan aku? :)

Harini last puasa, sedih sebab aku tak sempat khatam :( Tinggal beberapa page je lagi baru dapat khatam. Tapi rasanya, tak sempat kot. Takpe, insyaAllah tahun depan cuba lagi. Amin :) Ramadhan, jumpa lagi tahun depan insyaAllah. Esok, hari kemenangan untuk semua umat Islam. Alhamdulillah :')


Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
:')

Counting



Only 3 papers left. Wish me luck. Bye.....


Happy Fasting :)

Involving in Voice Of Soul SAMURA for SICSEF 2 :)

LIFE is doing great yet tiring. Already done with Pre-Trial. Looking forward for Trial SBP --> SPM. Still have a very longgggggg way to go to target for straight A's. May Allah bless. Amin...


"Expecto Patronum"
How I wish I can say this to SPM. Please lah Do, MATANG sikit eh ;)


Btw, Happy Fasting peeps :)



Dalam bulan Ramadhan ni, syaitan mungkin takde tapi yang masih ada ialah NAFSU.

June


Assalamualaikum :]

Firstly, post ni dibuat sebab nak ambik peluang yang dah terlepas. Just nak cakap, Welcome June ;) LOL. Tak dapat nak online 4 hari dpd hari khamis sampai ahad sebab diri ni dah fly ke Terengganu eceyhhh. June, dah makin hampir dengan November but yet im still not ready. Entah, aku takut. Dengan apa? Dengan sesuatu benda yang belum berlaku. Takut. Selalu macam tu.

Fatin Farhana Midzan. Anda ke mana? Senyap sunyi menyepi. Facebook pun nampak macam tak aktif. Stalk wall mak kau, katenye kau pergi kem spm eh? Tak dapat nak meet ah camni :( Takpe, it's for your own good sake jugak kan. Wish you all the best okay :) Will gonna miss you freaking damn much! Aku nak balik dah esok which is selasa sebab ada program X-Pecut dekat sekolah. Tak ready, tapi harus pergi :|



Aten, kita 9A+ sama-sama okay. Rindu kauuuuuu :')

Memories


Assalamualaikum :]

Tiba-tiba teringat that moment. That moment bila tadi terserempak depan surau Jusco. Aku tau kau perasan aku. Nasib baik dapat cover belakang ibu :P Tak sangka. Dah lama tak jumpa. Tiba-tiba jugak terimbau kisah lama. Cerita lama. Kenangan lama. Kenangan masa masing-masing belum matang. PMR pon tak lepas lagi LOL. Memang, memang tak serius. Tapi pernah ada. Bagi aku je kot macam tu. Suka berangan. Suka ada-ada kan cerita yang tak betul-betul ada. Drama queen.


Btw, saja post gambar ni. With dormmates. Sukaaaaa :)

Hols .



Assalamualaikum :]

Last update, March. Seriously lama gilaaaa dah tak update. Sekarang, May. Nak masuk Jun dah pon. Busy sangat ke aku? Okay, seriously busy -.- Malas nak update pon ade teehee (Y) . Last month ada balik 3 hari. Tapi tak sempat nak update blog. Takde bende best jadi pon. Actually adaaaaa tapi dah lupe.

Okay firstly, HOHEMJEH HOHEMJEH erk.. SUBHANALLAH. Busy sangat ke aku sampai perubahan kat blogger ni pon aku taktau. Aku dah macam budak baru buat blog 3 mins ago je rase -_- Seriously taktau camne nak guna blog ni dah. Bila tengok blog sendiri, hurmmmm takde beza. Dashboard je yang berubah. Makin hodoh pulak tu. Daripada aku malas nak update, jadi makin taknak update dah rase PFFT.

Btw, baru habis mid year exam. Seriously macam hape je yang aku buat time exam. Nak kate struggle, ada jugak. Tapi, entah. Actually belum semua result dapat lagi. Baru 2-3 paper je. Alhamdulillah setakat ni takde failed lagi hahahaha puihhh. Still tak cukup lah dora. Still tak cukup. Sepanjang minggu exam, dah rasa macam jadi budak dorm lain. Asyik cross blok pergi dorm Sargeant 1. Study dengan Amal kat sana. Aku study sorang2 memang TAK ah kann. Err, aku bukan budak dorm Best 7 lagi? Ohhh nooooo. Kesian pulak Qiha takde bedmate nanti teehee (Y) lalala~ ;P

Cuti 2 minggu bagi aku cuma seminggu je. Tu pun rasa macam suku minggu je. Tambah dengan homeworknye lagi. Jangan merungut lah dodoooo PFFT. Khamis ni nak bertolak Terengganu sampai ahad. Next selasa tu kena balik Samura balik. Ada program X-Pecut. Nak kena habiskan silibus minggu tu jugak. So, byebye life SOBS. Takpe dora, berjuang demi ibu ayah abang :) Berkorban sikit, takkan tak boleh? :)

Man jadda wa jada wa man zaro'a hasoda :)

That moment.

That moment. Pagi khamis yang indah. Sedang lepak chill dalam kelas, tetibe dengar bunyi loceng. Semua orang lari keluar macam nak gilaa kerana sudah menyangka ini merupakan latihan amaran kebakaran. Tengah sedap-sedap jalan terkedek-kedek bersama Lisyafire dan Hazira awesomeee, terdengar tiga suara garau dari belakang.


Suara garau 1 : Cepat Do, cepat ! Lari cepat !

Dodo yang comel : Hisyh, sabo lah !

Suara garau 2 : Cepat Do, lari lari lari !

Dodo yang comel : Dah lari lah ni ! Hisyh !

Suara garau 3 : Cepat Do, lariiiiiiiiiiiiiiiiiii. Eh Do, tali kasut !

Dodo yang comel : Huh? *pandang kasut* Sihot lah korang, kasut aku mana ada tali PFFT -..-



That moment. Petang ni ada kenduri rumah pakcik sedara. Sedang enak-enak online, nampak ibu berlari-lari anak membawa tuala untuk mandi.


Dodo yang kiut : Ibu, nak after.

Ibu yang hot : No can do. Ayah dah after.

Dodo yang kiut : Ehhhhhhh apeni o.O

Ibu yang hot : Ingat ni Samura ke nak after2 ? Hahaha padan mukaaaa.

Dodo yang kiut : *terasa* -__-



K nak mandi. Kbai 8D

Ohhh



Ohhh what? You jelly? Nak jelly, beli sendiri LOL ;)

Anyone ?

Ramai orang cakap.


" Kau tuuuuu, boleh lahhh. "
" Alahhhh, kau kan tuuuu. Untunglahkannn. "
" Kau kan niiiii, takyah risau sangat lah kan. "
" Takpayah nak cakap kau niiiiii sangatlah kan. Kau kan tuuuuu. "
" Kauuu tuuu, kau niiii, kau nunnnnn. "



Apa ? Apa ? Apa ?



Apa yang korang tau pasal aku sampai nak judge camtu sekali ? Cuba cakap.

Anyone knows ?



No one.

Aku pun tak harapkan simpati korang sebab korang pun takkan paham.



Then just shut the fuc* up.


Mom !


Mom, you look so lovely today...... Can you treat me for a movie ? ;)

Y you so sexahhhh


They're awesome as always :) And why here Syed Shamim look so sexahhhhh? o.O
Takde mood nak post pape info. Just videos. Kbai.

Updated :)





Alhamdulilah, thank you ;)

Awesome news !


Jumaat haritu balik awal daripada budak2 yang lain sebab Sabtu appointment gigi.
Doc cakap next month dah boleh pasang bracket for gigi bawah LIKE SERIOUSLY :D
So, doc cakap next month kena datang appointment dua kali.
Pasang getah, a week before pasang bracket.
Then week seterusnya baru pasang bracket bawah.
Next month, 5-7 Mac ujian bulanan pertama. AWESOME lah sangat =,=
9 Mac balik rumah for cuti penggal. Wehuuu~
Cuti seminggu yang pastinya ada homework yang belambak.
Just get ready for it jelah dora oii -..-
A week after cuti penggal kena mintak balik, ada appointment gigi.
Next week nye tu kena mintak balik lagi, ada appointment pasang bracket bawah.
Doc cakap dia akan kasi surat MC. Hope cikgu tak bising.
Punyalah payah nanti nak mintak tandatangan cikgu untuk balik.
Blerghhh, TOLONGLAH =,="


Conclusion, next month balik 3 kali. Every week kot. SUUUPAAAA LOL.


Sooooo, here i am. Holding the calendar and start counting the days.
Tik tok tik tok :)


This is cool.

[ Klik gambar kasi zoom lebih ]

Teneng-teneng~ Just bought this thing. Like seriously, this thing's AWESOME like hell okay. Eh hell tu awesome ke? Kfine, silap. This thing's awesome like heavennnnnnn. Kstop dora -,-

Bendalah ni macam floss tapi jenis besi yang lembut. Boleh diguna pakai. Just basuh je, then tutup guna penutup dia. Boleh dibawa ke mana-mana lagi tuw. Awesome gilaaaa. Ada tiga colour kot tadi. Pink, oren and biru. I choosed pink lah kan :P

Puas cari bendalah ni sebenarnya. I thought doc akan kasi bendalah ni for free tau tapi takdok ponggggg. OHH SAD LIFE. Fuuu~ Senang lah hidup kalau ada bendalah ni bagi orang gigi besi macam aku ni -,- Korang yang dah ada, congrats lah kan sebab aku baru je dapat beli SOBS. Sesape yang rasa nak beli, BELI OKAY. Tak mahal, dalam RM6++ kot. Mahal jugaklah tapi worth it kot :)


Neways, now i found it ! And tak sabar nak guna nanti *geli* . Senang :D

Kalau mengaku diri tu budak SAMURA, tengok ni.



This is such an AWESOME video :)

Made by Tan Shyang Shin a.k.a Dolly . Loads of thanks to her :)


SAMURA :)

Irritated. Annoyed.


If an apple keeps the doctor away, what makes an orange away? It's a KNIFE.

*kachingkaching* *sound effect*

It's wayyyyyy too funneh. Trust me. TROLOLOLOLOLOL XD


Pelupa. Oh great.

Sedang aku leka menulis untuk menemu ramah ibunda tercinta untuk menyiapkan homework karangan wawancara Cikgu Azman, ibu pergi dapur.

Aku teriak...


Aku : Ibu, mane kueh teow yang dora letak atas tudung saji tu? Dora lupa la nak tutup pakai tudung saji petang tadi. Ibu dah buang ke? Ke ibu dah tutupkan?

Ibu : Dah, ibu dah tutupkan.

Aku : Hehehe, dora lupa lah nak tutup. Hurm, dora buat ape eh time tu sampai lupa nak tutup? *pikirpikir*

Ibu : Dora ni memang. Nak ibu je buat semua.

Aku : Ehhh, time tu dora terus basuhkan pinggan mangkuk kat singki. Sebab tu lupa apa nak buat lepastu.

Ibu : Yelahtu. Ada je alasan.

Aku : Betul lah. Baik kan anak ibu yang sorang ni tolong basuh pinggan? :3 *sengihsengih*

Ibu : Ehh baikkkk. Baik sangat sampai basuh pinggan pun tak habis.

Aku : Ohh, a'ah lah dora basuh tak habis. Ape dora buat eh sampai lupa nak habiskan basuh pinggan mangkuk tu?

Ibu : Dora memang. Saja je taknak habis basuh.

Aku : Ehhh, tak lah. Kan time tu tetibe ibu suruh dora bukakkan pintu yang susah nak bukak tu? Sebab tu dora tinggalkan pinggan mangkuk tu.... dan kueh teow.





Conclusion, aku dah nyanyuk. Tua. Kertu. Aihhhhh maluuuuuu -__-"
Acano nak SPM ni? =,="


A moment to remember

Bismillahirrahmanirrahim...



Cikgu Noraini Samin

Masa mula-mula dulu saya rasa awak budak yang bagus. Betul, saya ingat lagi. Sebab result exam awak masa mula-mula lagi dah tinggi. Sepatutnya naik 70 tapi saya tak tau kenapa boleh turun jadi macam ni. Daripada apa yang awak cakap tadi, saya dapat detect yang awak ni konfius. Konfius dari segi cara untuk menjawab soalan. Saya harap awak boleh kembalikan Nuraida Idora yang dulu.


Cikgu Zatul Hijanah

Saya tahu... pandang kiri, budak pandai. Pandang kanan, budak pandai. Depan belakang pun budak pandai. Sebab tu kita kena lebih aktifkan diri dalam kelas supaya dapat tergolong dalam kalangan mereka. Awak pun, berkawan dengan rakan-rakan yang aktif, kan dalam kelas? Idora, saya harap awak dapat luahkan idea awak dan kita gabungkan dengan idea saya supaya kita dapat berkongsi dalam apa topik yang tengah kita bincangkan. Tak apa kalau salah, sebab daripada kesalahan tu lah lebih senang untuk kita mengingat.


Cikgu Mazlinda

First impression saya terhadap Idora ni dalam kelas, saya nampak dia ni memang ada minat nak take part dalam apa yang saya sedang ajar dalam kelas. Tapi dia masih kurang keyakinan diri. Ada benda yang dia nak cakap, tapi tak terluah. Lama-lama saya tengok, dia dah makin kurang menonjolkan diri dalam kelas. Kenapa Idora?


Jumpa dengan Cikgu Awanis, tak tau lahh. Ayat cikgu tak berapa terkesan kat hati saya. Maaf cikgu T_T"

Jumpa dengan Cikgu Massuliana, aku banyak kena bebel je. Dapat A pun kena bebel lagi. Tak paham aku -__-"

Jumpa dengan Cikgu Fadzilah Suria, aku rasa macam nak leleh time tu jugak. Ayat cikgu dramatis, puitis & segala macam "IS" lagilah. Cikgu baik sangat, tapi aku hampakan. SOBS.





Kbai.

Please and please.


Assalamualaikum :]

As you can see lah kan. Happy new year :) And happy birthday to B1 which is Nurul Faqihah Yusof aka my bedmate too ^^ She's already 17 y/o and surely im jealous okay. Takpe, bulan lapan nanti time aku pulak :) Jangan lupa Qiha. Nanti share katil eh? Sanggup ke kau? o.O

KAU KENA SANGGUP JUGAK KALAU TAK AKU PINDAH DORM !

And I AM SEROUS o.O Aku ugut ni ugut ni muahaha. Even kau tak berapa care aku ugut kau pon aku tau kau sayang aku :3 *EH. Kfine. Jujur cakap, aku sedih nak mengenangkan apa akan jadi tahun 2012 ni :/

Dear 2012, PLEASE BE GREAT. Sincerely, me. *nangissss


Ya Allah... :(




Kbai.