Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


Pelupa. Oh great.

Sedang aku leka menulis untuk menemu ramah ibunda tercinta untuk menyiapkan homework karangan wawancara Cikgu Azman, ibu pergi dapur.

Aku teriak...


Aku : Ibu, mane kueh teow yang dora letak atas tudung saji tu? Dora lupa la nak tutup pakai tudung saji petang tadi. Ibu dah buang ke? Ke ibu dah tutupkan?

Ibu : Dah, ibu dah tutupkan.

Aku : Hehehe, dora lupa lah nak tutup. Hurm, dora buat ape eh time tu sampai lupa nak tutup? *pikirpikir*

Ibu : Dora ni memang. Nak ibu je buat semua.

Aku : Ehhh, time tu dora terus basuhkan pinggan mangkuk kat singki. Sebab tu lupa apa nak buat lepastu.

Ibu : Yelahtu. Ada je alasan.

Aku : Betul lah. Baik kan anak ibu yang sorang ni tolong basuh pinggan? :3 *sengihsengih*

Ibu : Ehh baikkkk. Baik sangat sampai basuh pinggan pun tak habis.

Aku : Ohh, a'ah lah dora basuh tak habis. Ape dora buat eh sampai lupa nak habiskan basuh pinggan mangkuk tu?

Ibu : Dora memang. Saja je taknak habis basuh.

Aku : Ehhh, tak lah. Kan time tu tetibe ibu suruh dora bukakkan pintu yang susah nak bukak tu? Sebab tu dora tinggalkan pinggan mangkuk tu.... dan kueh teow.





Conclusion, aku dah nyanyuk. Tua. Kertu. Aihhhhh maluuuuuu -__-"
Acano nak SPM ni? =,="


No comments: