Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


There's a blessing in disguise

Credit : Angah Fuzah :)

Assalamualaikum :]

Alhamdulillah, TRIAL SBP dah selesai. Tiga minggu bertarung tenaga dan nyawa, berhabis usaha dan masa bersama-sama harta tercinta, yakni buku-buku latihan and modul-modul sekolah. Seriously penat. Tak dapat nak di ungkai dengan kata-kata. Hanya Allah je yang tahu rasa hati ni. Ya Allah, ni baru trial je. Belum SPM betul lagi.

Taktau nak cakap macam mana. Selama tiga minggu, bilik study tu jelah yang jadi dorm aku. For real, dorm pertama, memang Best7. Dorm kedua, bilik study. Macam-macam benda aku bawak turun bilik study tu. Makanan, minuman, mug, thermos, sudu, mp3, bantal, even jam loceng pun aku bawak turun. Takut terlelap punya pasal. Sekarang, aku makin pandai minum Nescafe. Taknak kasi ngantuk, memang berkesan. Ibu tak kasi minum, tapi daruratlah. Last2, ibu yang belikan Nescafe jugak. Ibu sangat membantu! Humphh *sambil buat muka semangat* Rasenye takde trial dah lepas ni kot? Or not? Please don't. Cukuplah sekali -_- So, good luck kepada pelajar MRSM dan sekolah harian yang akan menduduki trial lepas raya ni okay :)
 
And fer now, aku dekat rumah FOR THE WIN :D Makin busy lah aku derr. Busy dengan kemas rumah. LOL, jadi dara pingitan lah aku kat umah ni. Dah abang aku takdek kan, tinggal aku je satu-satunya anak kat rumah ni. Sape lagi nak diharapkan kalau bukan aku? :)

Harini last puasa, sedih sebab aku tak sempat khatam :( Tinggal beberapa page je lagi baru dapat khatam. Tapi rasanya, tak sempat kot. Takpe, insyaAllah tahun depan cuba lagi. Amin :) Ramadhan, jumpa lagi tahun depan insyaAllah. Esok, hari kemenangan untuk semua umat Islam. Alhamdulillah :')


Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
:')

No comments: