Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


SAMURA will be missed

Depan Dewan Besar (DB) after habis paper 3 Biology ;)

Bismillah :]

SAMURA will be missed. Like seriously yes. Im gonna miss all those things that I've been through. Samura, Azamumtaz, BeSeven, Dewan Besar yang ber-aircond, Dewan Makan (DM), Samura Square, satu-satunya padang besar Samura yang ada kubur kat tengah-tengah alam, White House (kubur) , Gallery, Court tennis, Court basket, Blok Budi-Best, Blok Sargeant-Pujeng, Jatek, Blok Akademik, Surau, Bilik study, Toilet BeSeven, semuanya akan dirindui.

Lepasni, takde dah study sampai tiga empat pagi kat bilik study. Takde dah minum nescafe sampai dua tiga cawan. Takde dah tiap-tiap petang pergi DM dapat KFC, McD, Pizza, Oblong, and so on. Takde dah cross blok pergi dorm Sargeant 1 carik Amal and Aipod. Takde dah dengar Alep azan dengan suara merdu dia tu (LOL). Takde dah pergi makan roti canai kat Sargeant 1 sebab ponteng kelas kat DM (LOL). Takde dah dengar bebudak ni menganjing kat dalam kelas. Takde dah dengar Kak Na bagi ceramah kat musollah lepas maghrib. Takde dah baca mathurat ramai-ramai sebelum maghrib. Takde dah makan aiskrim time riadah. Takde dah curik mesin basuh orang kat sunway. Takde dah tengok tv cerita Harry Potter kat gym ramai-ramai sampai pukul 12 malam. Takde dah tidur sebelah Qiha lagi. Takde dah tengok Diary of Wimpy Kid kat bilik tayang 1 masa period BI 2 jam teacher tak masuk. Takde dah tengok cerita korea sampai pagi kat komputer bilik study dengan Chuwa and Amal. Takde dah sahur satu kelas ramai-ramai kat DM. Takde dah bukak puasa satu aspuri kat DM. Takde dah lepak belakang kelas kat tempat Amal and Hazi. Takde dah dengar 1001 pendapat Amal tentang REAL LIFE, and so on. Takde dah dengar bebudak ni cakap aku tak matang ;( Takde dah nampak Aipod buat hidung kembang lagi. Takde dah nampak Lisya makan selekeh-selekeh lagi. Takde dah dengar Bintang gelak gigil-gigil lagi (LOL) . Takde dah study dengan Sahi and Amal lagi. Takde dah buat video Azam lepasni. Takde dah kena rumble kat sekolah lagi. Takde dah tangkap gambar guna polaroid Hazi lagi. Lepasni, semuanya akan jadi lain. Semuanya ikut haluan masing-masing. Course pun lain-lain. NO MORE ADDMATHS, CHEMISTRY, PHYSICS, BIOLOGY. Dekat U maybe ada, tapi lain. LAIN.

OHMAI. Seriously, rinduuuuuuuuuuuuuuuuu :'( SANGAT. Dekat rumah, memang ada ibu ayah abang :) They do lights up my day :) Tapi, rasa lain sangat. Jarang aku gelak ketawa hoore hoore macam orang gila dekat rumah. Kalau dekat sekolah, aku gelak main lepas je kot -,-" Duduk rumah, rasa terbantut. Nak keluar dengan kengkawan, tak boleh. Bukan tak boleh, banyak benda kena ambil kisah and im trying to not being selfish.

Dulu, tak sabar sangat nak habis SPM. Tak sabar nak keluar sekolah. Tapi sekarang, rasa nak balik sekolah balik. Rinduuuuuuuuuuuu semuanyaaaaaa. Manusia. Lumrah hidup. Ni lah dia. Hope to see you all very soon. Especially Hazrooo, Fireeeeee, Amaaaaaaaal, Chuwaaaaaa, Aipooooood, Sahiiiiiiiii. And not to forget, Bintaaaaang too :') Nanti aku turun JB / BP, aku roger okay :')

Kita kan, BeSeven. Umph!  :)

Aspurian SAMURA Batch 29 SPM '12. We are AWESOME as always :)

Sahi, will be missed. My very best facy ever :')



Sincerely,
DODO :)

No comments: