Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


What a day

Assalamualaikum :]

Now it's already 2.50am in the morning. Aku still tak tidur lagi. Malam semalam tidur awal sebab paginyaa ada driving class. And now tak ngantuk sebab lepas balik daripada driving class terus terbongkang tidur. Lama jugak aku tidur sampai bangun-bangun je terus tengok Setia Hujung Nyawa lewlsss. Penat and ngantuk sangat laa hihi :3

Driving class semalam best gilaaakk wa cakap luuu :p Cikgu suruh datang pukul 7.30am, aku datang 5 minit awal. Lengang gilaaa macam tak berpenghuni je Akademi tu aku rasa. Tak ada orang pun. Rupanya Akademi tu bukak pukul 8.30am -__- Terpaksa laa tunggu cikgu sensorang kat pondok motor tu. Aku sempat laa jugak main game kejap dalam phone sementara tunggu cikgu sampai hahaha. Cikgu sampai je terus dia suruh aku drive o.O Terus naik bukit, then ajar parking and tiga penjuru terus. Banyak kali jugak buat and setakat ni takda mati enjin yeayyyy :D

Then macam pukul 8.30am tu tetiba nampak Tirah datang yeayyyyy ada geng hehe :D Tirah cikgu lain, tapi tak sangka pulak sama hari driving class hehe. Dah makin lama tu, Akademi makin ramai orang yang datang. Dalam pukul 10.30am camtu ajak Tirah pergi minum kat kedai sebelah pejabat Akademi tuuu. Borak-borak gosip pasal cikgu masing-masing haha. Cikgu Tirah lawak gilaaaa. Dia dapat Cikgu Tarmizi xD

Tak lama lepas tu nampak Gencheh, Akma and sorang lagi lupa pulak nama datang kat kitorang. Akma ni bukan Akma yang perempuan tu tau tapi Akma lelaki yang comel tu hahahaha pfft. Datang-datang je terus suruh Tirah belanja, then tetiba join minum semeja dengan kitorang o.O Diorang sumpah wa cakap, lawak gilaaaa nak mati hahaha. Sampai merah-merah muka aku gelak dowhhhh xD Borak dengan diorang macam borak dengan bestfriend till jannah lah konon ehhh kan bahaha. Keluar semua loghat nogoghi kitorang tanpa segan silu. Aku ni dah lama tak borak guna loghat nogoghi sebab asyik terperap kat muar tu je -_-" Bila da jumpa geng sekepala terus keluar loghat aku join diorang sekali. Hilang terus keayuan dan kecomelan yang ku pendam selama ni. Hahahahahahahahahaha k LOL :3 Tapi segan jugak sebenarnya sebab diorang lelaki kan. Akma pulak tanpa segan silu duduk sebelah aku. Gilaaaaaa kau takda tempat lain ke nak duduk? T___T Aku........ bukan apa....... aku........ tak biasa sebenarnyaaa fuuuuuu~ *angin tiup*

Yang paling lawak tu lahhh, si Gencheh tuu. Cikgu memandu dia Cikgu Zaiton tauu. Boleh pulak sesuka hati dia je panggil Eton Eton. Bahahahahaha xD Aku cerita kat diorang yang cikgu aku romantik and sweet gitewww kannn. Pastu dia cakap " Eton tu pun apo kughang ehhh. Dongan den komain beby beby lagi " TROLOLOLOL. Sumpah lawak. Dia dah lah cakap benda tu dengan muka dia yang macam konon innocent lah kan. Mau ku lempang je rasa hahaha =,="

Yang sorang lagi aku lupa nama tuu, boleh pulak dia cerita yang dia parking kereta kat atas bukit. Wak luuuuuuu parking atas bukit hahahahahaha. Pastu dia salahkan cikgu dia pulak. Dia cakap " Iyolah. Fizi lah tah hapo-hapo. Dah dio sughoh den parking, den parking yolah ateh bukit nun haa. Den mati an injin, teghuih den tughon keto. Den biaa an yoo keto kek ateh bukit tuu. Tak tau lak den yang dio sughoh den parking kek dopan pondok " . Yang ni sorang lagi mau je aku kasi makan kaki hahaha =,="

Aku dengan Tirah gelak macam hapeje dowhh tadi. Orang sekeliling pon pandang kitorang macam apeje. Sorry lah yee hehe :3 Aku sewonokkkk jumpa korang and dapat borak bebas camtu. Dah lamaaaa sangat rasanyaaa tak borak dengan orang sama negeri hahaha. Overnyaaaaa aku ni woyyy -___-"

Ohhh, lepas diorang semua balik cikgu aku suruh aku drive kat jalan raya. And I was like SAY WHAAAAAAAAAAT? o_O GILAAAAA MANA PERNAH AKU DRIVE SENDIRI KAT JALAN RAYA T________T Mula-mula tu cuak jugak laa. Keras satu badan aku bila drive kat tengah jalan hahaha. Nasib baik cikgu ada kat sebelah. Tapi cikgu pun haihhhh. Boleh pulak dia bergughau "Haa, awak drive lah sendiri. Saya tengok awak drive pon dah okay. Saya nak tidur kejap" . And aku macam CIKGU JANGAN BUAT SAYA CENGGINI, SAYA TERJUN KERETA NANTI. Hamboihhh statement kau dooooo =,=" hahahahahahahahaha k.......... Nasib baik okay je alhamdulillah kami berdua balik masih ada nyawa lulzzz. Masa drive pun takda mati enjin ke, salah masuk gear ke hape. Yang penting aku happyyyyyyyyyyyyyyyyyyy laaaaaaaaa YEAYYYYYY :D

Btw tengok ni ;

Kdrama di Twitter Cc Azim & Dora

Ni Chuwa punya kerja. Geram betul. Tapi lawak pon ada sebenarnyaaa HAHAHAHAHAHAHA k :P Sorry Azim aku market kau kat sini. Pasni ramai laaa follower kau. Aku hanya membantu je hehehe (Y) :)


p/s : panjangnyaaa celoteh harini hewhew :3

Lunch.


Assalamualaikum :]

Untuk mengubat hati yang sedang berduka lara ni, tadi aku main masak-masak kehkeh. As you can see, aku ada masak lauk untuk lunch ni. Selama ni aku cuma asyik masak nasi je and ibu akan beli lauk je lol. Tapi ibu cabar aku masak semalam, so here it is hahaha. Lauk paling mudah dan cepat dimasak ;p Lauk lain still tak reti buat lagi hikhokkk -..- Yang ni pon takda siapa ajar. Cuma tengok resipi kat internet and main ingat-ingat giteww je masa tengok ibu masak dulu hahaha. Actually aku sendiri taktau apa rasa lauk ni sebab aku sendiri tak berani nak rasa. Masin ke tawar ke pedas ke balun je kahkah. Hope sedap lah kan hihi :3

Dah pukul 12 ni and aku baru sedar, aku sibuk sangat memasak sampai lupa nak breakfast -__- Nasib baik ada roti canai kat dapur, tinggal nak panaskan aje. Hehehe :) Till then, bye! :)

p/s :  kau, thanks sebab sudi dengar aku merengek on the phone tadi and bersusah payah trying to cheer me up walaupun aku banyak buat salah kat kau selama ni. thanks sangat. terharuuuuu :')

Privacy.

Lelaki.

SEMUA SAMA.

Aku macam orang bodoh. K memang bodoh pun.

Please, i need my own privacy.

Tolong jangan stalk aku lagi, aku TAK SUKAAAAAAAAAAAA!!!!

From now on, please leave me alone.

Aku takkan percaya sesapa lagi dah, especially kau.

Semuanya memalukan diri sendiri.

Aku nak buang kau jauh jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Aku rasa menyesal sekarang.

Kalau aku tau la jadi camni, aku lebih rela tak jumpa kau pun haritu.

Ada yang lebih baik untuk kau, dan ada yang lebih baik untuk aku.

Say what?

Apa awak? I love you so much? Saya perlukan anda buat selama-lamanya?

Bullshit.

Kau buat tahiks dengan aku, aku kasi tahiks balik kat kau.

Fullstop.



p/s : Allah dah tunjuk awal-awal, alhamdulillah :) Thank you Allah for showing me the right path :)

Sorok muka.

Bismillah :]

Ya Allah, teruknyaaa aku ni. Macam mana aku nak sorok muka ni? Malu to the max sampai nak meletup dah kepala ni duhhhhh. Sejak akhir-akhir ni banyak benda yang aku dah buat and kebanyakannya semuanya memalukan diri sendiri -__- Doooooo, udah-udah ler tuu. Kau sedar tak ada orang yang baca blog kau ni? Walaupun aku rasa macam takde, tapi memang ada! OMG OMG seram pulak bila pikir balik hahaha. Apeni jauh merepek pfft -..-

Aku rasa aku teruk sangat :/ Buat blog ni macam diari sendiri. Public diary konon, puihhhhhh laaa. Ya Allah, malunyaaaa tak terhingga. Aku harap tak ramai yang baca entry-entry lama aku. Macam mana nak tebus balik malu aku ni? Mesti ada yang dah baca entry lama aku. Aku rasa macam nak jerit satu rumah ni tapi tak dapat lah nak buat sampai macam tu. Tak suka ahh ada stalker ni. Bukan nak cakap aku ni perasan, tapi memang ada dowhhhhhh. SERIOUS SAID o__O

Okay laaaaa Dooooo. Camni je senang. Lepasni no more jiwang-jiwang stuffs. No more cintan cintun stuffs. OMG OMG macam tak percaya aku mention pasal cintan cintun bagai ni. Aku ni comel lagi kot hahahaha k LOL. Aku mana pernah bercintan cintun segala ni. Berangan lebih je ada lah. Sebab berangan tu best lulzzz. Kengkadang selalu syok sendiri jugak. Tapi kalau dah orang yang kita syok tu tau yang kita ni syok kat dia, tak ke naya tuuuuuuu? GAHHHHHHHHHHH *terjun bangunan*

D:

p/s : aku taknak kitorang jadi awkward. hope sangat khamis ni cancel gi surau. ada sebab k, ada sebab.

Wake up call

Assalamualaikum :]

Hai peeps. Firstly, lupakan entry yang lepas okay. Im okay now. Malas nak ungkit dah. Sebut nama pun aku tak hingin *eceh* . So sejak kebelakangan ni aku dah sedar something. Sikit lah kot hihi. Kalau sesiapa yang tak tahu or tak ter-sedar, aku ni jenis orang yang tak suka jawab call orang. SERIUS. Kalau tak percaya, boleh try call lulzzz. Rasanya yang rapat dengan aku mesti tengah angguk kepala tuu hikhik :3 Aku taktau kenapa, tapi aku memang tak suka bercakap dalam phone. Sebab aku tak suka awkward moment. Bayangkan, kalau dah dalam phone pon awkward kan. Berjumpa depan-depan lagi lah aku tak suka. Ramai yang dah kena kot. Sebab tu lah aku lebih suka terperap kat rumah ni sensorang pfft.

Biasanya kalau ada orang call, mesti macam wrong timing tau. Nanti tetiba masa aku dalam kereta melayan perasaan sorang-sorang, ada call. And for sure, aku takkan angkat call tu. Aku akan ambik phone tu then aku tekapkan speaker phone tu kat seluar jeans aku and buat muka macam nothing happens. Bayangkan laa kalau aku angkat, mesti parents aku pasang telinga. Then bila dah hang up the phone mesti ibu aku tanya macam-macam. Siapa lahh, nak apa lahh. That's why aku tak angkat call kalau masa aku dalam kereta.

Scene kedua, ada call bila aku tengah tidur, makan or whatsoever. Biasanya aku letak phone sebelah aku je kalau aku tidur. Pendek kata, phone aku sentiasa ada di sisi aku lah giteww kan. Ringtone dah sedap dah, timing je tak betul. Kuat pulak bunyinya phone aku tu -_- Kalau ada call time aku tidur, aku just akan ambik phone tu then campak kat dinding sekuat hati. HAHAHAHA k lawak hambar fuuu~ *angin tiup* Aku.... just ambik phone tu and tengok siapa yang call. Bukak mata sikit, then letak balik phone tu hihi. Kesian orang yang call. Aku pulak jahat main ignore je. Bila bangun daripada tidur, baru sedar ada banyak missed call. Ngahaha maaf siapa yang pernah kena :p

Reason ketiga pulak sebab..... sebab..... kita ni pemalu orangnyaa hewhew :3 *PANGGG* Serius doww, aku ni segan kalau ada orang call. Lain kalau aku text je. Kalau aku text, aku boleh cakap ape je yang aku nak. Tapi kalau talk on the phone, aku akan macam diam seribu bahasa. Sangat awkward and aku akan senyum sorang-sorang sambil borak. Tak kira lah orang yang call tu apa jenis jantina sekalipun. Aku tetap akan segan and malu nak pick up the phone. Aku pun taktau kenapa dengan aku. Apa jenis hormon aku ni, aku pon taktau lahhh =,=" TRUE STORY k.

Frankly speak, aku memang tak suka lah angkat call orang. Even kalau aku tengah bosan tak buat apa-apa pun especially time aku dah habis SPM ni memang aku free memanjang. Goyang kaki je kat rumah ni. Tapi kalau ada call memang aku takkan angkat. Sampai lah ada satu hari aku tersedar. Sepanjang minggu tu aku ada masalah and resah gelisah memanjang, tapi takde siapa ada dengan aku. Nak mintak tolong kengkawan, aku ni dah lah tak contact diorang. Sombong kot aku. Nak harapkan ibu ayah, diorang pun busy dengan kerja masing-masing. Hanya kepada Allah jelah tempat untuk aku mengadu. K sedih forever tsk.

So siapa lagi yang aku boleh harapkan kalau bukan kengkawan aku? Masa kat sekolah dulu, susah senang kitorang hadapi semua bersama kot *eceh ayat lulzzz* Kalau ada masalah, orang first yang akan aku luahkan are my bestfriends. ARE ok ARE, bukan IS. Sedih pulak rasa bila ingat balik. Rindu sangat nak nangis depan diorang hahaha. Rindu sangat nak dengar Amal kasi nasihat matang terlebih dia tu. Rindu nak Hazrooo peluk bila aku sedih. Rindu bila nak tengok Lisya buat muka sedih bila aku sedih. Rindu nak dengar Cuwa cakap DODO KITA SAYANG DODO JUGAK *sambil peluk* padahal aku tak cakap pape pun pasal sayang menyayang ni -__- Rindu nak dengar Aipod kasi nasihat sambil buat lawak tak berapa lawak dia tu. Rindu nak Sahi peluk and nasihat aku dengan panjang lebarnyaaaaaaa. K lawak lah korang ni hahaha. Ermm, yang penting rindu SEMUA ORANG :-*

Back to the topic, aku dah menyesal sekarang ni. Baru sedar apa kesalahan aku. Besar sangat. BESAR. Nowadays kan, kalau ada orang call especially from my friends lah kan, aku akan pick up the phone tau. Taknak ada missed call pon. Tapi kalau ada missed call tu maybe sebab ada benda yang tak boleh nak elak lah kan hehe. Sebab apa aku berubah? Sebab aku taknak menyesal lagi dah. Hidup sunyi menyendiri memang menyedihkan tahu. PATHETIC. Kalaulah aku teruskan hidup dengan malu nak pick up the phone kan, buatnya cikgu memandu aku yang call, takkan aku nak ignore dia then tetiba hantar text OH MAAF LAH CIKGU TADI SAYA MACAM SEGAN NAK ANGKAT CALL JADI KITA TEXT JELAH HIHI macam tefaaaaaaaaaaaaakkk kan -___-

So sesiapa yang nak call aku, dipersilakan. Get ready untuk dengar suara I yang comel lagi merdu ni k ! I love uolls. Teehee ! :D


p/s : ehh biskut ni main call-call pulak dia. orang text taknak pulak reply hahaha kbai.

Hey listen

Bismillah :]

Alhamdulillah, harini dapat ilmu baru :) Pukul 12 tadi cikgu driving aku which is Cikgu Md Zul text me to come to the Akademi so that he can teach me how to drive. Aku punya lah cuak sebab tak mandi lagi tetiba suruh datang belajar memandu muahaha. Rupa-rupanya suruh datang pukul 4.30 ptg -__- Baik betul cikgu ni kasi aku cuak awal-awal hahaha.

Aku pelik kenapa harini baru Rabu tapi dia dah suruh datang untuk belajar drive. Ahad haritu dia kata after a week baru dia akan give me a call to come to the Akademi. Cikgu pulak tak kasi info lebih lanjut, tup2 dah suruh datang sana. Aku pulak terus text Mimi and Tirah untuk mintak their opinion sama ada cikgu aku ni betul ke tak hahaha. Tirah said, takpayah pergi cause katanya cikgu aku tu tak betul -__- Mimi pulak cakap kalau cikgu aku tu bebel, turunkan aje dia kat tepi jalan muahaha kejam. Then tiba-tiba Arip text me and asked about the license. Then I asked him to pray the best for me hahaha thanks Arip :)

Aku datang awal 15 minit sebelum 4.30 ptg. Cikgu Zul senyum-senyum je nampak aku hahaha. Ada sorang lagi yang sama group dengan aku, dia akan ajar sekali. Nama dia Shakira. So tadi, cikgu ajar kitorang drive jalan lurus, selok-belok. Aku orang first yang try drive dulu. Asyik pusing-pusing jelah satu Akademi tu bosan betul. Sekali-sekala tekan minyak sikit kasi laju. Ecewahh cakap macam pro je hahaha. Then cikgu ajar naik bukit -__- Kitorang problem kat sini jelah, yang lain dah okay dah. Itu kata cikgu lahh hahaha. Rasanya kena banyak lagi latihan naik bukit tu. Tapi tadi lepas banyak kali latihan, baru lah aku lepas line kuning tu haha. Cikgu siap kasi two thumbs up lagi kat aku harhar :3 And and rupanya Tyra sama cikgu dengan aku. Cuma cikgu cakap yang Tyra ni dah pro dah. Tak lama lagi nak test drive betul-betul wahaha :D

Ohh btw last night me and Qiha had a very deep conversation. We discussed about politics. We sounds so matured auwhhh hahaha. Ni pasal si Saripah Listen tu lah. Okay now LISTEN. LOL. Aku panggil dia Saripah je. Say whaaaaaat? Kena respect dia sebab education dia lagi tinggi and dia lagi tua daripada aku? So kena panggil dia Madam Sharifah Zohra Jabeen? Okay LISTEN. Why should I? Why should I listen to her? Why should I respect her when she was the one who didn't respect others. And she even used religion as an excused for her own martial. Okay lah enough said. Sesiapa yang tak pernah tengok lagi video Saripah tu, here it is.


And here's the parody of it special made from Matluthfi ^^ Sangat awesome and I love it! :D




Removing sharks' fins is not good. It's like removing the microphone while one is talking.
I give two thumbs up for Luthfi :)


____________________________________________________________________________


I got a call masa tengah belajar drive tadi. Thank god masa tu turn Shakira yang drive. So aku duduk belakang dekat tempat penumpang. Kurang asam gilaaa ahh kau. So last night it was just a prank huh? I really thought that it was Kamal. Kamal who? I don't have any idea -__- So it was really you. So you're happy now making fun of me? I could tell just by listening to the way you laughed at me tadi -___- Evil laugh gilaaa. Cisss hahaha. But it is okay. Aku happy harini. All thanks to you. Hehe :)

Surveyyy


" Ya Allah, lindungilah aku daripada membaca sekadar untuk menjawab periksa sebab ilmunya perlu dipakai sampai mati. "


-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


" Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. "

- Ustaz Akhil Hayy


" Prayer is about giving, without expecting anything in return. God doesn't owe us anything. We owe Him everything. "


- Christian friend

" Allah is near. "





Luthfi banyak buat aku tersenyum sorang-sorang dalam video ni. And dia nampak lebih menonjol daripada  Anwaq Hadi hehe ;)

Pompuan suka panggil Luthfi. Kalau laki panggil Mat. Teehee!


 full credits : Aiman Azlan :)

Deep inside

Bismillah :]

Currently mood, im okay. Now I feel more relieved. Haritu serabut macam hapeje. Empat hari berlalu kot, aku lalui empat hari tu dengan banyak benda yang aku pikir. Aku mula redha dengan apa yang dah jadi. Aku tak kisah dah. Aku dah mula okay and boleh terima dah hari-hari yang bakal aku lalui. Tapi, tadi jadi lagi. Aku tak jangka pon. Aku cakap dalam diri. Kalau ada, adalah. Kalau takda, takdalah. Tadi paling lama kot :) And sekarang banyak benda yang aku dah tau. Banyak benda jugak yang aku dah share. Tak sangka, apa yang aku pikir, rupanya bukan apa yang sebenarnya berlaku. Manusia, camtu lah. Suka think too much. One more thing, kalau dah buat janji tu tolong tunaikan boleh tak?

" Kau yang janji okay. Kalau kau tak datang balik, taktau ah aku nak cakap apa. Merajuk dua minit kot. Hmph "

Okay now memang aku merajuk dua minit. So please start counting.

Btw, ni ada video aku nak share. Do watch and understand it :)





 deep meaning. budak tu cakap benda yang betul dan dia ditembak. kawan-kawan dia setuju dengan cikgu tu sebab takut. tapi diorang dah lihat apa yang berlaku. dalam takut, kita dapat tengok, classmates dia tukar jawapan kat buku tu. dalam hati diorang tetap mengaku kebenaran tu. they 'learnt' from what they have seen. awak boleh paksa orang dengar apa yang awak cakap, tapi awak tak boleh paksa hati orang untuk percaya dengan apa yang awak cakap. 



credits : Matluthfi and Angah Fuzah :)

Introducing...

Bismillah :] 

Lemme introduce you to my school. SM Sains Muar atau nama pendek, SAMURA :) Aku bosan, so jom cuci mata :) Click gambar untuk kasi tumbesaran :)

The Astaka :)


Tugu kebanggaan SAMURA :)

The entrance :)
Padang :p

Spot aspuri melepak time riadah :D


Jabatan teknikal aka Jatek . Khas untuk budak techno je :)

In the making of mural :) Hasil batch 28 and 29 :)
Ni tempat main botam / bola tampar ataupun tennis ataupun badminton. Semua boleh main lah haha. Orang panggil tempat ni as court tennis :) Gambar ni aku snap dari dorm aku sendiri :)

The susur gajah :)
Laluan ni guna bila nak pergi sekolah :D

Parking lot bila parents datang jenguk aspurian :)

Fishpond sekolah :)
Taktau lah ni gambar siapa, batch ke berapa pon taktau la. Curik kat google je ni haha :D

Bangunan aspuri. Yang pintu biru tu lah dorm aku :D
Bangunan aspuri ni betul-betul depan court tennis :)

Isik dalam Aspuri :D Our fishpond :D

Bangunan Aspura :D

Ampaian aspura wahaha :D

Aspura lagi :)

Isik dalam Aspura :D

Fishpond Aspura :D
View from upstairs. Time ni ada hari terbuka aspura aspuri :D

Stor aspura :)
Bersih lah sangat. Nampak bona pembongak ehh XD

Dorm Aspura
Kemasnyaaa, bersihnyaa, katil jeng-nyaaaa. Uuuuuuuuuuu xD

Taman Refleksologi Aspura aka tempat melepak diorang petang dan malam :)

TV Aspura :)
Spot diorang tengok bola dengan Cikgu Azman malam-malam :O

Le surau :)
Ni bahagian depan surau. Spot aspura solat. Time ni aspura takde, jadi aspuri conquer mueheheh :D

The Dewan Makan aka DM :) Masa ni dengan seniors :)

Dewan Makan bahagian lelaki :)
Untunglah muka korang masuk blog aku ni weyy hahahah =,="

My dorm :D Abaikan mukaaaaa ;D

Le class :)
Loker ada kat belakang kelas. Kitorang selalu lepak belakang loker tu. Biasanya ada meja and kerusi kat belakang loker. Bila stress, boleh study sorang-sorang kat belakang tu. Tak pun, tempat tu memang sesuai untuk bergosip. Biasa buat dah tuuu hahaha :D

The matrix cards. Lain warna ikut rumah :)
Wohhhh muka aku macam hapeje hahahaha :D Eh Hazrooooo :-*

Seniorssssssssssss. Batch 28 :)
US, Batch 29 :) With new outfit. Our korporat shirt :)
Senior atas kitorang, Batch 28 baju outing kena pakai kain. Kitorang, Batch 29 first batch baju outing yang pakai seluar :D And kitorang, dah dicop oleh papa sekolah kitorang, which is our pengetua, as Batch PM. BATCH PENEBUS MARUAH.

Terima kasih kerana sudi menjelajah sekolah saya. Kalau ada adik yang nak masuk form 4, silalah apply sekolah kami. Sekolah kitorang ni ada form 4 and form 5 je. Promote ni hihihihi :3 Peaceeeee (Y)



p/s : credits to our Redaksi Samura :)

Serabut.




Serabut sangat sekarang ni. Otak serabut. Diri sendiri serabut. Aku tak suka serabut. Tak suka apa yang tengah aku fikir sekarang ni. Setiap saat kot. Benci gila ahhh. Tak suka rasa yang macam ni. Dulu pernah rasa camni. Sekarang ni, please lahhh. Not now. Please get rid of what I've been thinking all day long from my head pleaseeeee. It's getting worst.

Teruk sangat dah ni. Macam tahap hapeje. Tengok tv, layan youtube, tweet, online facebook, semua tak jalan. Even taip entry ni pon...... T___T Bila dah tiba waktunya, aku akan tengok jam kat dinding. Tak pun, jam kat phone. Tapi, takda. Nothing. None. Ilek :/ I hate waiting. Aku tak suka. Tapi, aku sendiri taktau apa yang aku tengah tunggu sebenarnya  TT______TT

 I hate it when I can't stop thinking about that one person, and deep down inside, 
I know they probably  haven't even thought about me once. 

I am the worst :/

Bila aku emo, mula lah gedik nak sign in tumblr carik quotes yang sesuai dengan mood.

Where are you when I need you the most?

p/s : some people will understand but most of them didn't

Quotes


Change your mind and change it again. Because nothing is permanent. So make as many mistakes as you can. That ways someday when they ask what we wannabe, we wont have to guess. We'll know instead :)



Movies taught me alot. I'll keep this in mind. NOTED :)

Syukur.

Tengok Tirah punya! Tirah taknak kalah dow. Bapok dioooo o_O hahaha

Assalamualaikum :]

Alhamdulillah, harini berjalan dengan lancar. Sangat bersyukur ke hadrat-Nya :) Puas cuak tak pasal sampai pasang pin tudung pun boleh tercucuk leher and jari sendiri pagi tadi, akhirnya hasilnya memuaskan alhamdulillah :) hahaha.

Proses nak lalui ujian komputer sangat rumit. Rumit lah sangat kan. Actually tang nak kena tunggu tu je yang rumit. Sampai akademi memandu sebelum pukul 9, tunggu van datang jemput kitorang sejam. Akhirnya gerak pukul 10 jugak -_- Otw ke Bahau dah setengah jam perjalanan. Sampai je kat destinasi dah ramai yang tunggu giliran. Kerusi semua penuh. Aku, teha, tirah and madi terpaksa duduk bersila sambil baca yasin kat atas lantai. Bak kata tirah, " mano yasin eh ni? bilo nak mulo? " hahaha serius lawak :3 Budak lelaki sampai terpaksa duduk luar jadi pengemis sementara -_- lulzzz.

Penatnya menunggu bukan main. Tiba-tiba masa pukul 1 tu dah disuruh keluar oleh akak sekalian sebab masa untuk rehat. Pukul 2 baru boleh masuk balik pfft. Dah sampai giliran, me and madi dapat komputer sebelah-sebelah. Dah siap jawab exam tu boleh lagi kitorang tanya masing-masing dapat markah berapa. Siap tinjau-tinjau komputer masing-masing. Siap sepp high five lagi tu bhahaha ;D Tiba-tiba akak baju pink kat luar dah ketuk-ketuk cermin tak berapa nak kaca tu, suruh kitorang senyap. Aku lupa, dalam bilik tu ada cctv rupanya ahah! -_- Tapi alhamdulillah, penat menunggu kitorang berbaloi :) So, ahad ni ada ceramah lagi. Haish penat lahhhhhhhhhhhhhh -_-

___________________________________________________________________________


Aku dapat tahu, dia smoke. Siapa? Bukan seperti yang korang fikirkan. Memang out from the list. He's an old friend of mine. Tak rapat, tapi boleh dikatakan kawan. Yes, kawan biasa. Jadi jangan nak gosip lebih pfft hahaha. Tapi aku tak sangka. Bila aku nampak sendiri, aku kecewa. Serius. First time nampak kawan sendiri smoke depan-depan. Aku pikir kau lain. Im very disappointed with you. Sorry :(


Urmmm. We exchanged numbers. I don't expect at all that he will ask for my number. Is it okay for me? Im just afraid. Im afraid that I might hurts other people's feelings :( I don't wanna hurt anybody's feelings anymore. Especially my own feelings. Oh Allah, please guide me well. Amin ya rabbal alamin.

Kbai :)

So random






Bismillah :]

Pagi ni ada test komputer memandu dekat Bahau. Tak habis revise, serius takut. Wish me luck :O

Susah tweet dekat Twitter ni. Aku tweet benda simple je tapi gosip naik macam hapeje pfft -_-

Korang nak tau sangat?

LALALA~ HAHA.



KBAI ! teehehe (Y)

p/s : im not expecting and hoping too much cause it might hurts me well.

Throw back.

Junior sebab baru daftar haha ;)

Assalamualaikum :]

Bumped into them last sunday. Mimi cakap kitorang macam buat reunion. Dia jeles tak dapat join sebab dia daftar kat akademi memandu yang lain :p Tak janji pon sebenarnya nak jumpa. Tapi Allah yang kasi aku chance jumpa diorang lagi without planning anything at all alhamdulillah :) Tapi masing-masing konon pemalu sangat sampai pandang-pandang dari jauh je lulzzz. Tak bertegur sapa. Nak bertegur sapa, mesti dengan bantuan handphone jugak hahaha.

And last night, i bumped into him. Tak sangka langsung like seriously. Dah 5 tahun tak jumpa and kau dah tinggi :') Dulu kau kecik and pendek gila kot hahaha. Last jumpa masa sama-sama pergi umrah :) Time tu tak matang lagi. Masa tu umur baru nak berjinak ambik UPSR hahaha. Aku ingat lagi, masa nak masuk form 1 tu aku nangis curik-curik bila mak dia cakap dia nak pindah sekolah. Sekolah yang sangat jauhhhhhhhhhhh :') Serius sedihhh hahaha. And now, kitorang dah habis sekolah dah pun :)

Ibu aku tanya dia, cuti ni dia kerja ke. Dia cakap kerja, tapi 3 jam je o_O Sebab, kerja dia tu ada kait mengait dengan habuk, debu and so on. So dia ni pun ada alergi habuk. Yesterday straight after 3 hours spending his time working, terus mintak berhenti time tu jugak hahaha. Dapat injection dekat hospital bahau jugak. Dekat seremban tu memang dah takde ubat gatal agaknya fuuu -_- Dapat tahu bulan 2 ni satu family dia pergi umrah. Serious nak ikut :/ Aku doakan yang terbaik untuk kau okay :) Jangan lupa doakan untuk kita jugak............. EH o.O HAHAHA mimpi.

Kau agaknya.............. ingat aku lagi ke tak eh? Mesti dah lupa kan? Kau pun bukannya nak tegur aku. Aku pun segan nak tegur kau sebenarnya hahaha. Btw, aku dah add facebook kau. Please approve cepat pleaseeeeeeee. LOL :3


p/s : moga kita ketemu lagi in sha Allah :)

Matang sikit eh

Bismillah :] 

 Im wishing the best for...



Nurul Faqihah binti Mohd Yusof :) 

Dia bedmate saya. Tak bedmate sangat sebenarnya tapi dia tak boleh tidur malam tanpa saya di sisi muehehe :3 1st January lagi dah birthday dia. Matang yang amat sangat. Kau dah tak underage. Seriously untung wehh =,=" haha. Goodluck in whatever you do in life. Dr Faqihah masih mahu teruskan niat di hati belajar di Ireland kan? Kalau masih, goodluck :) Im wishing the best for you :)

 XOXO, ME :3




Hazira Nadiah binti Kamarudin :)

 Dia teman sehati sejiwa seraga dan sebakul saya LOL. 2nd January dah birthday dia. Birthday awal tapi nampak macam masih muda. Dah tua rupanya kau ni hahahaha. Patutlah kau lagi matang daripada aku hewhew. Masa Form4 dulu dia suka peluk orang. Peluk dia macam peluk teddy bear hahaha. Bila nak kurus? Tunaikan janjimu terhadap Pipet and Pecy. Kalau taknak guna tali skipping tu, kasi aku weh. Aku sangat memerlukannya kat rumah ni haa XD Dan dia suka curik Naqq sayaaaa tsk tsk T___T *over* Kau nak amik TESL kan? Ke dah tukar idea? Hahaha same goes to you, im wishing the best for you in whatever you do in life :)

 XOXO, ME :3



Do, diorang dah matang ah. Kau tu bila lagi?
MATANG SIKIT DO ! 
Serius rindu nak dengar ayat tu daripada korang :'/ hihi.


 p/s : korang kalau dah berjaya silalah JANGAN lupakan aku yang comel ni TQ :D