Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


Wake up call

Assalamualaikum :]

Hai peeps. Firstly, lupakan entry yang lepas okay. Im okay now. Malas nak ungkit dah. Sebut nama pun aku tak hingin *eceh* . So sejak kebelakangan ni aku dah sedar something. Sikit lah kot hihi. Kalau sesiapa yang tak tahu or tak ter-sedar, aku ni jenis orang yang tak suka jawab call orang. SERIUS. Kalau tak percaya, boleh try call lulzzz. Rasanya yang rapat dengan aku mesti tengah angguk kepala tuu hikhik :3 Aku taktau kenapa, tapi aku memang tak suka bercakap dalam phone. Sebab aku tak suka awkward moment. Bayangkan, kalau dah dalam phone pon awkward kan. Berjumpa depan-depan lagi lah aku tak suka. Ramai yang dah kena kot. Sebab tu lah aku lebih suka terperap kat rumah ni sensorang pfft.

Biasanya kalau ada orang call, mesti macam wrong timing tau. Nanti tetiba masa aku dalam kereta melayan perasaan sorang-sorang, ada call. And for sure, aku takkan angkat call tu. Aku akan ambik phone tu then aku tekapkan speaker phone tu kat seluar jeans aku and buat muka macam nothing happens. Bayangkan laa kalau aku angkat, mesti parents aku pasang telinga. Then bila dah hang up the phone mesti ibu aku tanya macam-macam. Siapa lahh, nak apa lahh. That's why aku tak angkat call kalau masa aku dalam kereta.

Scene kedua, ada call bila aku tengah tidur, makan or whatsoever. Biasanya aku letak phone sebelah aku je kalau aku tidur. Pendek kata, phone aku sentiasa ada di sisi aku lah giteww kan. Ringtone dah sedap dah, timing je tak betul. Kuat pulak bunyinya phone aku tu -_- Kalau ada call time aku tidur, aku just akan ambik phone tu then campak kat dinding sekuat hati. HAHAHAHA k lawak hambar fuuu~ *angin tiup* Aku.... just ambik phone tu and tengok siapa yang call. Bukak mata sikit, then letak balik phone tu hihi. Kesian orang yang call. Aku pulak jahat main ignore je. Bila bangun daripada tidur, baru sedar ada banyak missed call. Ngahaha maaf siapa yang pernah kena :p

Reason ketiga pulak sebab..... sebab..... kita ni pemalu orangnyaa hewhew :3 *PANGGG* Serius doww, aku ni segan kalau ada orang call. Lain kalau aku text je. Kalau aku text, aku boleh cakap ape je yang aku nak. Tapi kalau talk on the phone, aku akan macam diam seribu bahasa. Sangat awkward and aku akan senyum sorang-sorang sambil borak. Tak kira lah orang yang call tu apa jenis jantina sekalipun. Aku tetap akan segan and malu nak pick up the phone. Aku pun taktau kenapa dengan aku. Apa jenis hormon aku ni, aku pon taktau lahhh =,=" TRUE STORY k.

Frankly speak, aku memang tak suka lah angkat call orang. Even kalau aku tengah bosan tak buat apa-apa pun especially time aku dah habis SPM ni memang aku free memanjang. Goyang kaki je kat rumah ni. Tapi kalau ada call memang aku takkan angkat. Sampai lah ada satu hari aku tersedar. Sepanjang minggu tu aku ada masalah and resah gelisah memanjang, tapi takde siapa ada dengan aku. Nak mintak tolong kengkawan, aku ni dah lah tak contact diorang. Sombong kot aku. Nak harapkan ibu ayah, diorang pun busy dengan kerja masing-masing. Hanya kepada Allah jelah tempat untuk aku mengadu. K sedih forever tsk.

So siapa lagi yang aku boleh harapkan kalau bukan kengkawan aku? Masa kat sekolah dulu, susah senang kitorang hadapi semua bersama kot *eceh ayat lulzzz* Kalau ada masalah, orang first yang akan aku luahkan are my bestfriends. ARE ok ARE, bukan IS. Sedih pulak rasa bila ingat balik. Rindu sangat nak nangis depan diorang hahaha. Rindu sangat nak dengar Amal kasi nasihat matang terlebih dia tu. Rindu nak Hazrooo peluk bila aku sedih. Rindu bila nak tengok Lisya buat muka sedih bila aku sedih. Rindu nak dengar Cuwa cakap DODO KITA SAYANG DODO JUGAK *sambil peluk* padahal aku tak cakap pape pun pasal sayang menyayang ni -__- Rindu nak dengar Aipod kasi nasihat sambil buat lawak tak berapa lawak dia tu. Rindu nak Sahi peluk and nasihat aku dengan panjang lebarnyaaaaaaa. K lawak lah korang ni hahaha. Ermm, yang penting rindu SEMUA ORANG :-*

Back to the topic, aku dah menyesal sekarang ni. Baru sedar apa kesalahan aku. Besar sangat. BESAR. Nowadays kan, kalau ada orang call especially from my friends lah kan, aku akan pick up the phone tau. Taknak ada missed call pon. Tapi kalau ada missed call tu maybe sebab ada benda yang tak boleh nak elak lah kan hehe. Sebab apa aku berubah? Sebab aku taknak menyesal lagi dah. Hidup sunyi menyendiri memang menyedihkan tahu. PATHETIC. Kalaulah aku teruskan hidup dengan malu nak pick up the phone kan, buatnya cikgu memandu aku yang call, takkan aku nak ignore dia then tetiba hantar text OH MAAF LAH CIKGU TADI SAYA MACAM SEGAN NAK ANGKAT CALL JADI KITA TEXT JELAH HIHI macam tefaaaaaaaaaaaaakkk kan -___-

So sesiapa yang nak call aku, dipersilakan. Get ready untuk dengar suara I yang comel lagi merdu ni k ! I love uolls. Teehee ! :D


p/s : ehh biskut ni main call-call pulak dia. orang text taknak pulak reply hahaha kbai.

No comments: