Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


Tag from Qila Amir :)

20 Things About Me

  1. Nuraida Idora binti M.Ramlee
  2. Suka online 24/7
  3. Mata sepet
  4. Kedekut
  5. Pemalas
  6. Suka baca novel bila exam nak dekat
  7. Prefer online instead of reading novel when it comes to holiday
  8. Obsessed
  9. Tak suka on the phone, prefer text je
  10. Suka Korean things
  11. Am in love with my biases
  12. Kim Jaejoong saya punya
  13. Ok Taecyeon saya punya
  14. Kim Heechul saya punya
  15. Lee Donghae saya punya
  16. Jung Daehyun saya punya
  17. Senyap bila dengan strangers
  18. Bising bila dengan bestfriends
  19. Reti masak sikit-sikit, tu pun bila kena paksa
  20. Comel bhahahahahahahahahahaha k

K thanks Qila sebab tag :) Memang tengah bosan sekarang ni haha. Aku nak tag NENEK BIHA! ^^

Why waeee why

Bismillah :] 

Cikgu cakap test JPJ aku 6hb which is rabu depan. Without QTI or whatsoever. Ahha GREAT. SO NAIS. Even aku tak ready lagi kan. AWESOME. Sedikit cuak. Tapi rasa lega bila diberi peluang 3 kali failed bhahahaha. Tapi sapeje nak fail kan. Lepasni banyak habiskan masa dekat Akademi. Im soooooooooooo lazy to move my butt ya know. That's y I gained weight this holiday. SO NAIS LAGI. And Amal pulak heboh dia turun 3kg minum Herbalife. Benci.

NAISSS NAISSSSSSSS NAISSSSSSSSSSSSSSEUUU! 

I hate this -..-


And I was like...

WHY ARE YOU DOING THIS TO ME??!! LET'S SHOOT ALL THE CARS OUT THEREEE!!! #emosi

LOL, adorable Dae~ ^^ hihihi :3

Bye!

Random awesome.

Take a look at his strong gaze *O* Please don't fall in love with him. Daehyun naekkeoyaa~! :3

Assalamualaikum :]

Just got back from driving class for the 6th times today. So harini cikgu decide aku berlatih dalam litar je. Maybe esok bawak dalam litar and jalan raya. Penat gila tadi =,= Ni first time memang drive berdikari sendiri. Cikgu tengok dari jauh je. Dari pukul 9am sampai 10am tak keluar kereta pun. Tadi practise bukit, parking, tiga penjuru.... bukit, parking, tiga penjuru.... ok sila ulang ayat ni 4 kali lagi -..- Dalam sejam, buat benda yang sama. Alhamdulillah, kalini memang aku puas hati gila dengan apa aku dah buat. Awal-awal aku macam ada prob sikit dekat bukit, then bila practise dah ok ^^

Tadi Ain Zaki ada sekali. Rupa-rupanya sama cikgu lah kitorang :) Dia baru 2nd class. So cikgu suruh dia duduk sebelah aku, and tengok cemana aku drive. And I was like, WTH AKU TAK PRO DRIVE LAGI LAHHHHH T..T Tapi cikgu dah suruh Ain Zaki tengok cemana aku drive, sama macam masa aku awal-awal belajar dulu from Tyra hahaha lawak. Aku sewwwonok drive harini sebab aku sorang je conquer kereta tu lulzzz. Sampai aku nak keluar kereta pun cikgu tak bagi. Cikgu suruh ulang lagi, ulang lagi, ulang lagi, dan lagi....... -..- Sampai berpeluh lah jugak aku drive tadi. Selalunya kalau drive takde lah sampai berpeluh sangat macam tadi. Harini cikgu aggressive semacam ngahaha.

Ok Tyra and Aiman dah dapat P semalam. Congrats dowhhh. Pasni turn aku pulak erkk -__-" Ok cikgu cakap nak masukkan nama aku untuk test JPJ awal bulan 3 ni. Ok aku tak ready lagi. Ok saya terima je apa cikgu nak buat dengan saya. Ok saya dengar je cakap cikgu. Ok saya ikut je. Ok saya balun je drive nanti. OK OK OKKKKKKKKKK~! #over -..-


Cutey Hyunnie wanna says goodbye :* Babai~ ^^
Why you have to be so handsome and cool? And your voice........ :*

OK I LOVE YOU :*

Super Juniors


Assalamualaikum :]

Oh btw please don't misunderstand. Ni super juniors Samura. Bukan WE ARE SUPER JUNI-OEO! giteww. Baru terjumpa gambar ni adik dorm kasi dekat twitter. Lambat betul aku ni baru sekarang jumpa twitter dia haha =,=" Ohhh rasa bangga sangat sebab Fiqa (adik dorm) cakap one of them, ada legacy aku ^^ Yelah, aku mana ada adik katil kan. Tup-tup terus dapat super adik katil, mana tak eksaited wehuuuuu. Rasanya diorang dah kasi kot registered name yang aku suggest untuk super adik katil aku kan? Since registered name aku NOVA, so aku kasi registered name untuk super adik katil aku is AUVA.

HAI AUVA, NICE TO MEET YOU ^^

Tak kisahlah yang mana satu pun Auva, nanti ambik result nanti aku nak jumpa dia kejap snap picture buat kenangan masuk instag. Hamboih statement hahaha. Oh super junior yang duduk belah kiri depan sekali ni macam pakai braces je. YEAY, teruskan legacy Best7 ok. At least kena ada sorang dalam dorm yang pakai braces hihihi ^^ (rules diri sendiri) . Rindunyaaaa dengan korang ni semua. Dah jadi senior dah. Congrats, kehkeh :D

Kelawar

" Apa ibu dah buat dengan baju kelawar dora ni? " [pusing-pusing satu badan macam pwincess]

" Ibu tak buat apa-apa pun. Apa dah jadik? "

" Ibu potong kaki baju kelawar ni ke? "

" Takde kerja ibu nak potong kaki baju kelawar dora. Ibu potong ibu punya baju je "

" Habistu apesal baju dora ni dah senteng? "

" Memanglah.... " [buat muka bosan]

" Apasal bu? "

" Baju tu dah kecut lah tu, banyak kali basuh "

*masuk bilik, buat muka duck face*



Baru nak perasan diri dah tinggi...................... tsk tsk.

Kbye!


p/s :  aku pun dah macam kelawar. waktu tidur pun dah tunggang terbalik. teruknya dooooo -,,-

Mat :D



 Congrats Lutfi :D
Awat ampa handsome naa masa grad? ;)
Teehee! (Y)

Korean Dramas Review #1

Assalamualaikum :] 

Peeps. Here we are again :D So cuti after SPM ni aku banyak buang masa depan lappy je instead of pergi carik kerja or what-so-ever. Ambik lesen, blablabla. Tadi pon ada driving class jugak. Esok pun ada. Tetiba rajin cikgu panggil aku datang ni dah kenapa? Selalunya tunggu seminggu baru nak panggil -..- Ok let it be. So I did watch some K-dramas. Buat masa ni dah habiskan 4 K-dramas since another 3 dramas masih sangkut di tengah-tengah hehe (Y) I want to do some reviews about the dramas that I've watched for now. Kalau ada anti-korea tu sorry k. Kalini penuh dengan korea sebab Im freaking in love with korean dramas instead of malay dramas yang suka merapik! Hahaha ok lari tajuk ;p


To The Beautiful You



 photo To-The-Beautiful-you-korean-dramas-32447831-1280-720_zpsa5c4dfc3.jpg

Ok at first tak pernah dengar pun tajuk cerita ni. And taktau pun siapa yang berlakon. Tapi haritu terjumpa video ni dekat youtube kan. So nampak cover video tu macam comel and aku pun curious nak tau cerita tu pasal apa. Sekali tengok je, after a few minutes tu aku dah dapat detect ni cerita apa. It's Hana Kimi vers Korea uolls! :D Sangat eksaited bila jumpa drama ni since aku dah pernah tengok Hana Kimi vers Taiwan and Japan sekaligus. Ceritanyaa tak jauh beza pun sebab jalan cerita semuanya diorang ikut anime Hana Kimi. Kalau siapa suka baca anime online tu try search Hana Kimi, sure ada punya :) Yang beza maybe part ending kot. Aku suka lagi ending vers yang Korea ni. Soooo cute! :D Lagi-lagi bila Minho yang jadi hero hamek kau kan. Tetiba SHINEE terbabit kehkeh :p And heroin, Sulli from F(X). Serious tak jangka Sulli yang jadi heroin :O Diorang dah lah from the same company kan. Pastu tetiap hari boleh terserempak pulak tu. Pastu tetibe berlakon, diorang boleh kiss pulak -..- Pastu ada part tu...... tangan Minho kat...... bhahahaha korang kena tengok sendiri xD

Cerita ni best ok. Dahlah semua cast nyaa comel belaka haha. Sulli as Goo Jae Hee, Minho as Kang Tae Joon, Lee Hyun Woo as Cha Eun Kyul. Cerita ni pasal Sulli yang dah jadikan Minho ni as idol dia since dia nampak Minho bertanding dalam pertandingan lompat tinggi and Minho terpaksa berhenti bersukan sebab injured. Then Sulli ni, dia pun from US terus fly ke Korea, masuk high school yang sama dengan Minho which is an all-boys high school and dia pun terpaksa menyamar jadi lelaki. K awesome k cerita ni sebab Minho comel and Sulli lagi laaa comel. Ok paling comel Hyun Woo ok! Hahahahaha #over :P I rate this drama 4 over 5 :D


Secret Garden


 photo Secret-Garden-Hyun-Bin-and-Ha-Ji-Won-Wallpaper_zpsaec396c6.jpg

I bet ramai yang dah tengok drama ni. Aku tengok drama ni last year before SPM tapi tak sempat habiskan sebab nak kena fokus on my studies gitewww. So I proceed watching this drama last month and like seriously drama ni AWESOME! Suka sangat tengok watak Hyun Bin as Kim Joo Won, seorang CEO yang sangat berlagak and riak tapi last-last fall in love jugak dengan Ha Ji Won as Gil Ra Im, a stuntwoman. Stuntwoman wehhh, mana pernah dibuat orang ceritanya heroin jadi stuntwoman kan. And Ha Ji Won bawak watak as a stuntwoman, dia nampak sangat cool. You've worked hard Ha Ji Won, so damn hard :O Banyak sangat part yang sweet bagi aku sampai masih kekal dalam ingatan aku lol ;)

Drama ni sangat ada kait mengait antara satu sama lain. Sangat awesome bila Hyun Bin ni trauma tak boleh naik lif sebab masa umur dia 21, dia pernah terperangkap dalam lif and kebetulan ayah Ha Ji Won ni anggota bomba yang terkorban masa selamatkan Hyun Bin dalam lif tu. Ayah dia ni jugak yang dah jadikan diorang berdua ni boleh bertukar soul diorang dalam badan bila hujan turun. Sedih sangat part Ha Ji Won accident and koma lama and semata-mata nak selamatkan perempuan ni, Hyun Bin sanggup bawak keluar Ha Ji Won from hospital and bawak dia pergi tempat yang hujan akan turun. So that diorang boleh bertukar soul and Hyun Bin yang gantikan Ha Ji Won koma atas katil hospital tsk tsk T..T Lagu-lagu dalam drama ni pun banyak kasi goosebumps kat aku bila aku dengar =,=" Tapi seriously, drama ni pon lawak jugak. Aku gelak sorang-sorang tengok drama ni sampai mak aku pandang pelik je haihhh -..- Sooooo, I rate this drama 6 over 5 okay! Hehe :)


Rooftop Prince


 photo rooftop_zpsb400bb4d.jpg
Yoochun-ahhhh, why you shooooo handsome? T___T


Okay lepas habis tengok Secret Garden, aku tanya nenek Biha nak tengok apa lagi since dia memang korean freak sejak dulu sama macam aku kan. So dia pun suggest aku tengok ini, Rooftop Prince :) Aku pun hape lagi, memang terus tengok lah gamaknya sebab aku percaya kalau dia yang cakap best, mesti best punya ahh cerita nya ok. Lagi-lagi bila dapat tau Yoochun yang jadi hero lagi laaaaaaaaa kan gitewww :3 This drama featuring JYJ's Yoochun (ex-DBSK) as Yong Tae Yong/ Lee Gak/Crown Prince and heroinnya Han Ji Min as Park Ha/Bu Young.

Cerita ni AWESOME GILAAAA. Diorang kaitkan Joseon era, zaman 300 tahun dulu dengan era sekarang yang dah maju gilaaa ni. So Yoochun ni as Crown Prince masa Joseon era tu nak siasat kes kematian Crown Princess dia. So dia ada upah 3 orang suruhan raja ni yang aku rasa sangat cool and awesome gilaa xD Masa Yoochun dengan 3 orang suruhan dia ni pergi hutan siasat pasal kes kematian Crown Princess dia tuuu, diorang dihantar ke future, zaman kita ni laaa kan. Sejak tu Yoochun jumpa dengan Han Ji Min ni yang memainkan watak rakyat Korea yang biasa je. Cerita ni sumpah lawak gilaaaaa aku cakap! xD Bayangkan orang zaman era istana bagai tuu yang tak tahu apa-apa pasal kemajuan teknologi zaman kini tetiba di transfer pergi masa hadapan. TAK KE GILAAAAAA?? Comel gilaaa bila Han Ji Min ni dengan bermurah hati ajar diorang ni bekerja, cara nak gosok gigi, cara nak flush jamban, cara nak bukak api, cara nak makan ramyun, cara nak lintas jalan kat line zebra and so on xD And sangat lawak bila diorang ni sedih nak mati, menangis bagai nak rak sebab kena potong rambut diorang tu xD Yelahh, rambut diorang ni kan kira maruah diorang yang diorang kena jaga. So kalau diorang ni potong rambut diorang tu kira macam diorang dah commit sins yang sangat besar sampai dah boleh kena hukum mati kalau kat Joseon era tu ;P Sedih gilaaa ending dia sebab diorang terpaksa berpisah sebab diorang asal dari lain-lain era :( Tapi still sweet jugak ending dia no matter what hewhew :3 Cerita ni bagi aku AWESOME GILAAAAAA aku cakap sebab semuanya ada kaitan dengan FATE. TAKDIR. DITAKDIRKAN BERSAMA. OMG kalau aku cakap ni tak guna je, korang kena tengok sendiri baru paham k :)

Ni first time aku tengok another side of Yoochun yang kena jadi raja and cara dia bercakap pon memang macam raja betul. Sangat tegas and awesome! Since aku tak tengok Sungkyunkwan Scandal which is drama yang Yoochun berlakon jugak and drama ni melibatkan Joseon era jugak, so aku save drama tu in the list untuk tengok lepasni hehehe (Y) Aku sukaaaa sangat dengan 3 orang suruhan Yoochun tuu sebab diorang comel and awesome liddat! ;P

  photo Rooftop-Prince-15_zpsdd4bcd96.jpg

Masa kat Joseon era, yang kiri tu Choi Woo Shik as Do Chi San paling suka menyamar jadi perempuan since muka dia pon comel and cantik! ;) And dia pon suka menyamar jadi perempuan sebab dia ni nak rapat-rapat dengan perempuan and sambil tu dia curik dengar gosip terkini. Pendek cerita dia ni gatal gitewww hahaha. So Crown Prince upah dia sebab dia selalu tau gosip terkini and senang laa nak hamek tau pasal benda yang dah berlaku. Tapi comel sangat dia ni sebab aku suka bila dia panggil Park Ha ni as " Park Ha NUI " instead of calling her " Park Ha NOONA " . Comel kan? Wehee :3

Yang tengah tu Jung Suk Won as Woo Yong Sul, awesome gilaaa masa dia kat era zaman sekarang. Masa Joseon era dia ni ada bunuh 16 orang swordsmen yang cuba protect orang yang bunuh ibu and raped adik perempuan dia dengan sekali swiped je guna pedang dia. Kira dia ni sangat awesome dalam guna pedang pisau segala ni. Masa kat era zaman sekarang, dia jenis yang tak banyak cakap and kurang senyum. Tapi dia banyak pendam apa yang dia rasa and bila dia rasa nak burst je dia akan keluarkan kata kesat and keluarkan pedang dia sampai orang sekeliling pon pandang seram kat dia hahaha. SERIOUS AWESOME! :3

Yang kanan sekali Lee Min Ho as Song Man Bo pun, seorang yang famous dengan ke-genius-an dia. Dia sangat genius and pandai sampai boleh hafal semua yang dia baca or tengok walaupun dalam jangka masa yang singkat. And dia banyak bantu Crown Prince selesaikan kes kematian Crown Princess ni sebab dia genius ;)

Pendek kata, ni drama yang PALING AWESOME yang aku pernah tengok setakat ni after Secret Garden ok. Aku rasa macam nak repeat tengok drama ni lagi sebab rindu dengan Yoochun :3 Bhahahahaha k :p I rate this drama 10 over 5 ! ROFL ;D



I Miss You / Missing You



 photo Yoon-Eun-Hye_I-Miss-You-Korean-Drama_Park-Yoo-Chun1_zps8e336ada.jpg

Ok drama ni baru je habis cover tadi :D Starring Yoochun jugak as Han Jung Woo and heroinnya Yoon Eun Hye as Lee Soo Yeon. Watak Yoochun masa muda is Yeo Jin Goo and young Eun Hye is Kim So Hyun. Cerita ni sedih gilaaaa sampai memang aku nangis leleh-leleh sensorang depan lappy giteww T^T Especially masa diorang ni umur 15 tahun. Yelah kan budak sekolah lagi pastu ada satu-satunya bestfriend pastu terpisah tak ke sedih? :( Dah lah Eun Hye masa muda ni/Kim So Hyun dia dituduh jadi anak pembunuh and takde orang nak kawan dengan dia. Sangat sweet bila Yoochun masa muda ni/Yeo Jin Goo jelaaa satu-satunya orang yang nak jadi kawan budak perempuan ni :( Dahlah Yeo Jin Goo ni sangat handsome dan comel homaigod tak tahan tengok muka diaaaa! Hahahaha :P Hurm tapi diorang terpisah masa diorang berdua kena kidnapped masa umur 15 tahun. And macam-macam lagilah perkara pahit yang diorang terpaksa lalui semuanya semata-mata sebab sikap tamak ayah Yoochun ni dengan duit. MONEY. Sebab duit, tergadai semua :( Ohhh tak lupa jugak Yoo Seung Ho yang selamatkan Eun Hye masa diorang kena kidnapped tu.

Bagi aku cerita ni sangat complicated and sangat berat since diorang ada kaitkan dengan polis dan penyiasat segala pasal kes culik, mati bunuh, and so on -..- Tapi still sedih sangat and banyak part yang sangat heartbreaking T^T sampai aku nangis pun tersedu-sedu. K over hahahahahaha. Kalau korang tak tahan nangis, jangan tengok cerita ni tapi......... tengok lah ok! Hee~ ;) Ending dia tersangatlah sweet and they lived happily ever after! Teehee! ^^, I rate this drama 6 over 5 :D

 photo Yoon-Eun-Hye_I-Miss-You-Korean-Drama_Park-Yoo-Chun_zps11ad78f8.jpg

Yoochun sangat handsome lahhhh. Tak gitu? :') Rasa macam dah fall in love dengan Yoochun sebab asyik nampak muka dia je dalam drama hahaha. Jaejoong, saya bukan sengaja nak curang tapi.......... share dengan Yoochun ok? BHAHAHAHAHAHAHAHA KBAI.

Sorry panjang sangat. Just wanna share bout what I feel right now. Next time aku proceed buat review the other K-dramas ok? ;)

Okay till then, bye!

Belated Birthdays

Bismillah :] 

Im wishing the best for....



 Fatin Farhana Midzan :)

Dia bestfriend saya. Bestfriend for ever pon boleh. Bestfriend for ever till jannah peewit :* hahaha. 6 Feb haritu birthday dia. Sedih sangat sebab tak dapat jadi orang first yang wish :( Rasanya aku jadi orang last yang wish dia sebab nak masuk 7 Feb tu baru dapat wish :( Tu pun dia yang text dulu. Kalau takkkk, sampai sekarang aku lupa :( SERIOUS SEDIH GILAAA :( IM SORRY OKAY :'( K enuff haha. Tak pernah lupa pun dengan dia ni. Even dah masuk asrama pon, gambar dia selalu ada selit kat bawah plastik meja hihi :3  Dah lama tak jumpa dia ni. Haritu a week after SPM terus pergi dating dengan dia berdua je dekat Jusco S2 haha. Sweet je lulzzz. Tapi sampai sekarang tak jumpa lagi haa -,- Kata nak buat party kat Melang Inn? BILAAAAA?? Shopping-shopping kat Econsave. BILAAAAA?? Bhahahahaha k. Aku banyak gila hutang kau hadiah. Duit poket dah lama tak masuk semenjak menganggur lepas SPM ni LOL. Goodluck in whatever you do in life. Aku always support kau. Im wishing the best for you k :) Aku rindu kauuuuuuu :* Nanti kita meet lagi ehhh? LOVE YOUUU :*

XOXO , ME :3



Amaliyana Nazihah Mohd Razip Wee :)

Dia kawan sejati tempat saya meluahkan perasaan dan tempat saya menyatakan kesedihan dan tempat saya melepaskan geram dan tempat saya melepaskan rindu dan tempat saya belajar sesuatu dan tempat saya mendapatkan nasihat dan tempat saya belajar addmaths. OMG banyak sangat tempat dah ni haa -_- hahaha. 10th Feb haritu birthday dia :) Masa form 4 tak pernah pun rapat dengan amal. Bila dapat tau amal jadi facy addmaths, serius nangis nak Sahi jadi facy. Sebab apa taknak kat dia? Sebab dia GARANG hahaha. Bila dah masuk form 5 baru kitorang rapat. Amal banyak tolong aku selama ni :( Aku banyak hutang budi duit penat lelah peluh semuanya kat dia ni :( Kalau aku tak kenal amal selama ni, tah macam mana ah aku agaknya dekat sekolah :( Masa kat Samura dulu serius nangis kalau amal takde hahaha. Sumpah lawak bila ingat balik. Masa tu most of my friends kat Hotel King kot ada ikut program sekolah. Bayangkan aku sanggup call phone amal guna public phone lepas Al-Mulk dalam pukul 12 malam camtu semata-mata sebab winduuuu. Muahahahahaha *malu* Sepatutnya lepas Al-Mulk memang dah tak boleh guna public phone. Nasib baik tak terserempak dengan Naqibahs masa tu. Juniors lalu pandang sleck je haishhh =,=" PFFT. Thanks Qiha sebab memahami masa tu :) Memang dua tiga hari moody sebab tak jumpa amal kat sekolah. Malunyaaa hahaha. Dia... ada plan nak buat benda lain selain sambung belajar. Aku pun support in whatever you do in life. Im wishing the best for you :) Aku yakin, kau pasti boleh berjaya. Kau genius kot :) Amal, I thank Allah for giving me you in my life even just for a while. Thanks sebab sudi ajar aku selama ni :') Ni aku cakap, RINDU NAK KENA BULI DENGAN KAU LAGI. HAHAHA KBAI.

XOXO, ME :3


Dulu ada buat entry birthday untuk Qiha dengan Hazi.
Aku ada tulis ayat ni,
MATANG SIKIT DO !
Ayat tuuuuu, Amal and Hazi yang start cakap sebenarnyaaa.
Hahahaha, rindunyaaaaaaaa :*

Kbye!

p/s : amal kena chicken pox :( amal ada kasi her current picture kena chicken pox :( hope kau cepat sembuh :( amin...

Soya

Assalamualaikum :] 

Hye peeps. Long time no see you here. Lama betul aku tak post since 31st Jan haritu :O Seminggu je pun sebenarnyaaa hahaha k. So, to make it short hari selasa which is 5 Feb haritu aku sleepover rumah maktam kat Seremban. Tu pun sebab esoknya tu kitorang nak sama-sama pergi Kolej Komuniti Jelebu. Memandangkan aku duduk Pilah kan, so susah la maktam dari Seremban nak kena pick me up from my house then nak kena pergi Jelebu lagi. Dah makan banyak masa kat situ. Kelasnya pulak pukul 9am dah start. That's why laa terpaksa sleepover rumah maktam je senang. Pergi awal, sampai pun awal :)

Objektif kat sini pergi KKJ tu sebab nak pergi belajar buat air soya wehuuuu :D Actually bukan belajar buat air soya je. Cikgu kat situ pun ada ajar buat taufufa and tempe :D Sesapa yang taktau taufufa tu apa, boleh lah tanya Pakcik Gugel  k hehehe. Aku ada post gambar kat instagram and ada yang curious kat mana aku belajar, blablabla and so on. So aku kasi detail lagi jelas kat sini k. Aku pergi belajar dekat KKJ ni bukannya aku kena daftar diri segala macam budak masuk kolej tu, TAK =,=" Aku pergi KKJ ni aku join group maktam aku ni nama dia An-Najjah and kebanyakan dalam group ni semuanya dah tahap ibuk-ibuk je kalau nak banding dengan aku tsk tsk. Aku sorang je yang muda kat situ. Kebanyakannya semua pandang aku pelik je bila aku nak join diorang mula-mula o_O

Masuk belajar kelas memasak ni tak payah bayar beratus pun. Cuma kena bayar RM10 je untuk bahan-bahan yang diorang dah sediakan. Murah jeee hehe :D Kelas ni start pukul 9am and habis kelas depends on jenis makanan yang kita belajar jugak. Memandangkan nak buat air soya, taufufa and tempe ni agak mudah kan so kelas habis awal sikit laa haritu. Tempe tu kitorang tak buat sebab proses nak buat tempe makan masa yang lama so cikgu tu cuma tunjuk demo je :) Ohhh btw, aku rasa makcik-makcik tu semua curious bila nampak aku join diorang sebab macam-macam jugak yang diorang tanya aku haihhh -..-


" Ni umur berapa ni ? "

" Saya baru 18 tahun "

" Ohhh, muda lagi ni. Datang sini nak buat apa ? "

" Err, saja nak belajar buat isi masa lapang. Tengah tunggu result sebenarnya ni "

" Ohh, baru lepas SPM lah ni ehh "


Pastu ada sekali tu tengah nak kena macam isi borang kehadiran camtu lah kan. So bila aku isi bahagian I/C tu, ada sorang makcik ni perhati je aku isi borang tu. Then dia tengok I/C aku. I/C aku 950831-**-****


" Tahun 95 ? " 

* pandang aku atas bawah je *

" Aah, 95 "


Apa yang peliknyaaaa dengan 95? Budak muda nak belajar memasak pun pelik ke. Sodeh lahh acik camni  tsk tsk T..T Pastu ada sorang makcik tu pulak.


" Idora umur berapa ni ? "

" Saya baru 18 tahun "

" Lahhh, muda lagi.... baru nak MEKAR "


And I was like........................... huh? o.O Lepas dah lama proses balik otak ni fikir, barulah paham maksud makcik tuuu. Bahahaha silly me -..- Pastu makcik yang sama ni tanya lagi tau. Aku tak fokus sangat apa yang dia cakap masa tu tapi aku dapat tangkap jugaklah ayat dia. Dia ada sebut pasal suami... memasak... apetah lagi. Aku taktau nak jawab apa, aku pun angguk jelah kan takkan nak geleng pulak. Pastu makcik tu gelak then terus cerita kat maktam aku. Rupa-rupanya.................


" Kalau cikgu tu jadi suami adik nak tak? Dahlah pandai memasak dia tu "

* angguk-angguk *

* cerita kat maktam *

" Haa dik, pergilah kat suami tu. Tanya dia apa patut buat lepas ni. Bagus suami adik tu. Pandai masak "


T___________________________________________________T

YA ALLAH, sumpah malu gilaaaaa masa tu dah lah makcik tu cerita kuat-kuat kat maktam aku yang aku ni nak cikgu tu jadi suami aku. Padahal tak pun............ ni semua salah faham je tsk tsk T..T Actually awkward jugak sebenarnya masa tu sebab tak pasal-pasal makcik tu cakap pasal suami, jodoh hapekebenda lagi yang aku rasa aku tak patut tau sebab aku ni muda lagi tau. Ihik! :p

Proses mengisar kacang soya :D SOOOO FRESH! :D

Soooooo, ni lah cikgu yang makcik tu maksudkan tadi hahaha. Cikgu ni muda lagi tau tapi dia dah kahwin dah pun. Dia tak cerita pun yang dia dah kahwin tapi bila dia ada mention pasal ibu mertua dia, so aku pun macam........................... dah berpunya rupanyaaaa o.O hahahahahahaha k.

Jajjang ! Ni taufufa group aku and maktam buat sendiri wehuuuuu :D

And the air soya :D Sedaaaaaaaap :)
Air soya handmade ni aku minum hari khamis which is semalam. Yeppp, serious sedap and dapat rasa fresh kacang soya nyaaa :D Then tadi aku try minum air soya tin tauuu. Lain sangat rasa dengan yang handmade ni. Yang air soya tin tu rasa kelat sangat bila dah masuk mulut tapi yang handmade ni rasa......... entahlah cemana nak describe pun taktau yang penting sedap hahaha. Ohhh air soya ni dah simpan dua hari pun tapi still tahan tak basi and sedap sampai sekarang :D

Balik je dari KKJ tu terus balik rumah maktam kat Seremban untuk solat zohor. Lepas solat terus keluar balik pergi Jusco S2 and Tesco Extra shopping barang-barang maktam untuk dia berniaga. Seriously penat sangat sebab kena tolak troli yang bertimbun-timbun barang kat dalamnya tu penuh dengan barang maktam. Dalam kepala dah pikir nak tidur je haihhhh -..-

Penat sangat aku ni tak menahan sampai balik rumah maktam je terus terbongkang tidur sampai lah ibu datang jemput kekeke. And penat sangat aku ni sampai aku LUPA NAK WISH BIRTHDAY ATEN :( SORRY SANGAT :(  

Im going to make a special entry for her later. Just wait hehe ^^

Tengoklah pipi and tangan yang chubby tuuu T^T
Im looking forward for the next classes. Next class belajar buat kek lapis sarawak, then buat biskut, then buat pavlova woots, then roti. Hope dapat lah chance nak belajar tu semua, amin :) Tak sabauuuuu :D

Okay, till then. Bye!