Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


Korean Dramas Review #1

Assalamualaikum :] 

Peeps. Here we are again :D So cuti after SPM ni aku banyak buang masa depan lappy je instead of pergi carik kerja or what-so-ever. Ambik lesen, blablabla. Tadi pon ada driving class jugak. Esok pun ada. Tetiba rajin cikgu panggil aku datang ni dah kenapa? Selalunya tunggu seminggu baru nak panggil -..- Ok let it be. So I did watch some K-dramas. Buat masa ni dah habiskan 4 K-dramas since another 3 dramas masih sangkut di tengah-tengah hehe (Y) I want to do some reviews about the dramas that I've watched for now. Kalau ada anti-korea tu sorry k. Kalini penuh dengan korea sebab Im freaking in love with korean dramas instead of malay dramas yang suka merapik! Hahaha ok lari tajuk ;p


To The Beautiful You



 photo To-The-Beautiful-you-korean-dramas-32447831-1280-720_zpsa5c4dfc3.jpg

Ok at first tak pernah dengar pun tajuk cerita ni. And taktau pun siapa yang berlakon. Tapi haritu terjumpa video ni dekat youtube kan. So nampak cover video tu macam comel and aku pun curious nak tau cerita tu pasal apa. Sekali tengok je, after a few minutes tu aku dah dapat detect ni cerita apa. It's Hana Kimi vers Korea uolls! :D Sangat eksaited bila jumpa drama ni since aku dah pernah tengok Hana Kimi vers Taiwan and Japan sekaligus. Ceritanyaa tak jauh beza pun sebab jalan cerita semuanya diorang ikut anime Hana Kimi. Kalau siapa suka baca anime online tu try search Hana Kimi, sure ada punya :) Yang beza maybe part ending kot. Aku suka lagi ending vers yang Korea ni. Soooo cute! :D Lagi-lagi bila Minho yang jadi hero hamek kau kan. Tetiba SHINEE terbabit kehkeh :p And heroin, Sulli from F(X). Serious tak jangka Sulli yang jadi heroin :O Diorang dah lah from the same company kan. Pastu tetiap hari boleh terserempak pulak tu. Pastu tetibe berlakon, diorang boleh kiss pulak -..- Pastu ada part tu...... tangan Minho kat...... bhahahaha korang kena tengok sendiri xD

Cerita ni best ok. Dahlah semua cast nyaa comel belaka haha. Sulli as Goo Jae Hee, Minho as Kang Tae Joon, Lee Hyun Woo as Cha Eun Kyul. Cerita ni pasal Sulli yang dah jadikan Minho ni as idol dia since dia nampak Minho bertanding dalam pertandingan lompat tinggi and Minho terpaksa berhenti bersukan sebab injured. Then Sulli ni, dia pun from US terus fly ke Korea, masuk high school yang sama dengan Minho which is an all-boys high school and dia pun terpaksa menyamar jadi lelaki. K awesome k cerita ni sebab Minho comel and Sulli lagi laaa comel. Ok paling comel Hyun Woo ok! Hahahahaha #over :P I rate this drama 4 over 5 :D


Secret Garden


 photo Secret-Garden-Hyun-Bin-and-Ha-Ji-Won-Wallpaper_zpsaec396c6.jpg

I bet ramai yang dah tengok drama ni. Aku tengok drama ni last year before SPM tapi tak sempat habiskan sebab nak kena fokus on my studies gitewww. So I proceed watching this drama last month and like seriously drama ni AWESOME! Suka sangat tengok watak Hyun Bin as Kim Joo Won, seorang CEO yang sangat berlagak and riak tapi last-last fall in love jugak dengan Ha Ji Won as Gil Ra Im, a stuntwoman. Stuntwoman wehhh, mana pernah dibuat orang ceritanya heroin jadi stuntwoman kan. And Ha Ji Won bawak watak as a stuntwoman, dia nampak sangat cool. You've worked hard Ha Ji Won, so damn hard :O Banyak sangat part yang sweet bagi aku sampai masih kekal dalam ingatan aku lol ;)

Drama ni sangat ada kait mengait antara satu sama lain. Sangat awesome bila Hyun Bin ni trauma tak boleh naik lif sebab masa umur dia 21, dia pernah terperangkap dalam lif and kebetulan ayah Ha Ji Won ni anggota bomba yang terkorban masa selamatkan Hyun Bin dalam lif tu. Ayah dia ni jugak yang dah jadikan diorang berdua ni boleh bertukar soul diorang dalam badan bila hujan turun. Sedih sangat part Ha Ji Won accident and koma lama and semata-mata nak selamatkan perempuan ni, Hyun Bin sanggup bawak keluar Ha Ji Won from hospital and bawak dia pergi tempat yang hujan akan turun. So that diorang boleh bertukar soul and Hyun Bin yang gantikan Ha Ji Won koma atas katil hospital tsk tsk T..T Lagu-lagu dalam drama ni pun banyak kasi goosebumps kat aku bila aku dengar =,=" Tapi seriously, drama ni pon lawak jugak. Aku gelak sorang-sorang tengok drama ni sampai mak aku pandang pelik je haihhh -..- Sooooo, I rate this drama 6 over 5 okay! Hehe :)


Rooftop Prince


 photo rooftop_zpsb400bb4d.jpg
Yoochun-ahhhh, why you shooooo handsome? T___T


Okay lepas habis tengok Secret Garden, aku tanya nenek Biha nak tengok apa lagi since dia memang korean freak sejak dulu sama macam aku kan. So dia pun suggest aku tengok ini, Rooftop Prince :) Aku pun hape lagi, memang terus tengok lah gamaknya sebab aku percaya kalau dia yang cakap best, mesti best punya ahh cerita nya ok. Lagi-lagi bila dapat tau Yoochun yang jadi hero lagi laaaaaaaaa kan gitewww :3 This drama featuring JYJ's Yoochun (ex-DBSK) as Yong Tae Yong/ Lee Gak/Crown Prince and heroinnya Han Ji Min as Park Ha/Bu Young.

Cerita ni AWESOME GILAAAA. Diorang kaitkan Joseon era, zaman 300 tahun dulu dengan era sekarang yang dah maju gilaaa ni. So Yoochun ni as Crown Prince masa Joseon era tu nak siasat kes kematian Crown Princess dia. So dia ada upah 3 orang suruhan raja ni yang aku rasa sangat cool and awesome gilaa xD Masa Yoochun dengan 3 orang suruhan dia ni pergi hutan siasat pasal kes kematian Crown Princess dia tuuu, diorang dihantar ke future, zaman kita ni laaa kan. Sejak tu Yoochun jumpa dengan Han Ji Min ni yang memainkan watak rakyat Korea yang biasa je. Cerita ni sumpah lawak gilaaaaa aku cakap! xD Bayangkan orang zaman era istana bagai tuu yang tak tahu apa-apa pasal kemajuan teknologi zaman kini tetiba di transfer pergi masa hadapan. TAK KE GILAAAAAA?? Comel gilaaa bila Han Ji Min ni dengan bermurah hati ajar diorang ni bekerja, cara nak gosok gigi, cara nak flush jamban, cara nak bukak api, cara nak makan ramyun, cara nak lintas jalan kat line zebra and so on xD And sangat lawak bila diorang ni sedih nak mati, menangis bagai nak rak sebab kena potong rambut diorang tu xD Yelahh, rambut diorang ni kan kira maruah diorang yang diorang kena jaga. So kalau diorang ni potong rambut diorang tu kira macam diorang dah commit sins yang sangat besar sampai dah boleh kena hukum mati kalau kat Joseon era tu ;P Sedih gilaaa ending dia sebab diorang terpaksa berpisah sebab diorang asal dari lain-lain era :( Tapi still sweet jugak ending dia no matter what hewhew :3 Cerita ni bagi aku AWESOME GILAAAAAA aku cakap sebab semuanya ada kaitan dengan FATE. TAKDIR. DITAKDIRKAN BERSAMA. OMG kalau aku cakap ni tak guna je, korang kena tengok sendiri baru paham k :)

Ni first time aku tengok another side of Yoochun yang kena jadi raja and cara dia bercakap pon memang macam raja betul. Sangat tegas and awesome! Since aku tak tengok Sungkyunkwan Scandal which is drama yang Yoochun berlakon jugak and drama ni melibatkan Joseon era jugak, so aku save drama tu in the list untuk tengok lepasni hehehe (Y) Aku sukaaaa sangat dengan 3 orang suruhan Yoochun tuu sebab diorang comel and awesome liddat! ;P

  photo Rooftop-Prince-15_zpsdd4bcd96.jpg

Masa kat Joseon era, yang kiri tu Choi Woo Shik as Do Chi San paling suka menyamar jadi perempuan since muka dia pon comel and cantik! ;) And dia pon suka menyamar jadi perempuan sebab dia ni nak rapat-rapat dengan perempuan and sambil tu dia curik dengar gosip terkini. Pendek cerita dia ni gatal gitewww hahaha. So Crown Prince upah dia sebab dia selalu tau gosip terkini and senang laa nak hamek tau pasal benda yang dah berlaku. Tapi comel sangat dia ni sebab aku suka bila dia panggil Park Ha ni as " Park Ha NUI " instead of calling her " Park Ha NOONA " . Comel kan? Wehee :3

Yang tengah tu Jung Suk Won as Woo Yong Sul, awesome gilaaa masa dia kat era zaman sekarang. Masa Joseon era dia ni ada bunuh 16 orang swordsmen yang cuba protect orang yang bunuh ibu and raped adik perempuan dia dengan sekali swiped je guna pedang dia. Kira dia ni sangat awesome dalam guna pedang pisau segala ni. Masa kat era zaman sekarang, dia jenis yang tak banyak cakap and kurang senyum. Tapi dia banyak pendam apa yang dia rasa and bila dia rasa nak burst je dia akan keluarkan kata kesat and keluarkan pedang dia sampai orang sekeliling pon pandang seram kat dia hahaha. SERIOUS AWESOME! :3

Yang kanan sekali Lee Min Ho as Song Man Bo pun, seorang yang famous dengan ke-genius-an dia. Dia sangat genius and pandai sampai boleh hafal semua yang dia baca or tengok walaupun dalam jangka masa yang singkat. And dia banyak bantu Crown Prince selesaikan kes kematian Crown Princess ni sebab dia genius ;)

Pendek kata, ni drama yang PALING AWESOME yang aku pernah tengok setakat ni after Secret Garden ok. Aku rasa macam nak repeat tengok drama ni lagi sebab rindu dengan Yoochun :3 Bhahahahaha k :p I rate this drama 10 over 5 ! ROFL ;D



I Miss You / Missing You



 photo Yoon-Eun-Hye_I-Miss-You-Korean-Drama_Park-Yoo-Chun1_zps8e336ada.jpg

Ok drama ni baru je habis cover tadi :D Starring Yoochun jugak as Han Jung Woo and heroinnya Yoon Eun Hye as Lee Soo Yeon. Watak Yoochun masa muda is Yeo Jin Goo and young Eun Hye is Kim So Hyun. Cerita ni sedih gilaaaa sampai memang aku nangis leleh-leleh sensorang depan lappy giteww T^T Especially masa diorang ni umur 15 tahun. Yelah kan budak sekolah lagi pastu ada satu-satunya bestfriend pastu terpisah tak ke sedih? :( Dah lah Eun Hye masa muda ni/Kim So Hyun dia dituduh jadi anak pembunuh and takde orang nak kawan dengan dia. Sangat sweet bila Yoochun masa muda ni/Yeo Jin Goo jelaaa satu-satunya orang yang nak jadi kawan budak perempuan ni :( Dahlah Yeo Jin Goo ni sangat handsome dan comel homaigod tak tahan tengok muka diaaaa! Hahahaha :P Hurm tapi diorang terpisah masa diorang berdua kena kidnapped masa umur 15 tahun. And macam-macam lagilah perkara pahit yang diorang terpaksa lalui semuanya semata-mata sebab sikap tamak ayah Yoochun ni dengan duit. MONEY. Sebab duit, tergadai semua :( Ohhh tak lupa jugak Yoo Seung Ho yang selamatkan Eun Hye masa diorang kena kidnapped tu.

Bagi aku cerita ni sangat complicated and sangat berat since diorang ada kaitkan dengan polis dan penyiasat segala pasal kes culik, mati bunuh, and so on -..- Tapi still sedih sangat and banyak part yang sangat heartbreaking T^T sampai aku nangis pun tersedu-sedu. K over hahahahahaha. Kalau korang tak tahan nangis, jangan tengok cerita ni tapi......... tengok lah ok! Hee~ ;) Ending dia tersangatlah sweet and they lived happily ever after! Teehee! ^^, I rate this drama 6 over 5 :D

 photo Yoon-Eun-Hye_I-Miss-You-Korean-Drama_Park-Yoo-Chun_zps11ad78f8.jpg

Yoochun sangat handsome lahhhh. Tak gitu? :') Rasa macam dah fall in love dengan Yoochun sebab asyik nampak muka dia je dalam drama hahaha. Jaejoong, saya bukan sengaja nak curang tapi.......... share dengan Yoochun ok? BHAHAHAHAHAHAHAHA KBAI.

Sorry panjang sangat. Just wanna share bout what I feel right now. Next time aku proceed buat review the other K-dramas ok? ;)

Okay till then, bye!

2 comments:

Syilla Cri. said...

Semangat betul buat review. Teruskan teruskan! Mwahahaha :D

aida idora said...

Bahahahaha, okay! >.<
Next review is coming soon!
Puahahahahaha xD