Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


Soya

Assalamualaikum :] 

Hye peeps. Long time no see you here. Lama betul aku tak post since 31st Jan haritu :O Seminggu je pun sebenarnyaaa hahaha k. So, to make it short hari selasa which is 5 Feb haritu aku sleepover rumah maktam kat Seremban. Tu pun sebab esoknya tu kitorang nak sama-sama pergi Kolej Komuniti Jelebu. Memandangkan aku duduk Pilah kan, so susah la maktam dari Seremban nak kena pick me up from my house then nak kena pergi Jelebu lagi. Dah makan banyak masa kat situ. Kelasnya pulak pukul 9am dah start. That's why laa terpaksa sleepover rumah maktam je senang. Pergi awal, sampai pun awal :)

Objektif kat sini pergi KKJ tu sebab nak pergi belajar buat air soya wehuuuu :D Actually bukan belajar buat air soya je. Cikgu kat situ pun ada ajar buat taufufa and tempe :D Sesapa yang taktau taufufa tu apa, boleh lah tanya Pakcik Gugel  k hehehe. Aku ada post gambar kat instagram and ada yang curious kat mana aku belajar, blablabla and so on. So aku kasi detail lagi jelas kat sini k. Aku pergi belajar dekat KKJ ni bukannya aku kena daftar diri segala macam budak masuk kolej tu, TAK =,=" Aku pergi KKJ ni aku join group maktam aku ni nama dia An-Najjah and kebanyakan dalam group ni semuanya dah tahap ibuk-ibuk je kalau nak banding dengan aku tsk tsk. Aku sorang je yang muda kat situ. Kebanyakannya semua pandang aku pelik je bila aku nak join diorang mula-mula o_O

Masuk belajar kelas memasak ni tak payah bayar beratus pun. Cuma kena bayar RM10 je untuk bahan-bahan yang diorang dah sediakan. Murah jeee hehe :D Kelas ni start pukul 9am and habis kelas depends on jenis makanan yang kita belajar jugak. Memandangkan nak buat air soya, taufufa and tempe ni agak mudah kan so kelas habis awal sikit laa haritu. Tempe tu kitorang tak buat sebab proses nak buat tempe makan masa yang lama so cikgu tu cuma tunjuk demo je :) Ohhh btw, aku rasa makcik-makcik tu semua curious bila nampak aku join diorang sebab macam-macam jugak yang diorang tanya aku haihhh -..-


" Ni umur berapa ni ? "

" Saya baru 18 tahun "

" Ohhh, muda lagi ni. Datang sini nak buat apa ? "

" Err, saja nak belajar buat isi masa lapang. Tengah tunggu result sebenarnya ni "

" Ohh, baru lepas SPM lah ni ehh "


Pastu ada sekali tu tengah nak kena macam isi borang kehadiran camtu lah kan. So bila aku isi bahagian I/C tu, ada sorang makcik ni perhati je aku isi borang tu. Then dia tengok I/C aku. I/C aku 950831-**-****


" Tahun 95 ? " 

* pandang aku atas bawah je *

" Aah, 95 "


Apa yang peliknyaaaa dengan 95? Budak muda nak belajar memasak pun pelik ke. Sodeh lahh acik camni  tsk tsk T..T Pastu ada sorang makcik tu pulak.


" Idora umur berapa ni ? "

" Saya baru 18 tahun "

" Lahhh, muda lagi.... baru nak MEKAR "


And I was like........................... huh? o.O Lepas dah lama proses balik otak ni fikir, barulah paham maksud makcik tuuu. Bahahaha silly me -..- Pastu makcik yang sama ni tanya lagi tau. Aku tak fokus sangat apa yang dia cakap masa tu tapi aku dapat tangkap jugaklah ayat dia. Dia ada sebut pasal suami... memasak... apetah lagi. Aku taktau nak jawab apa, aku pun angguk jelah kan takkan nak geleng pulak. Pastu makcik tu gelak then terus cerita kat maktam aku. Rupa-rupanya.................


" Kalau cikgu tu jadi suami adik nak tak? Dahlah pandai memasak dia tu "

* angguk-angguk *

* cerita kat maktam *

" Haa dik, pergilah kat suami tu. Tanya dia apa patut buat lepas ni. Bagus suami adik tu. Pandai masak "


T___________________________________________________T

YA ALLAH, sumpah malu gilaaaaa masa tu dah lah makcik tu cerita kuat-kuat kat maktam aku yang aku ni nak cikgu tu jadi suami aku. Padahal tak pun............ ni semua salah faham je tsk tsk T..T Actually awkward jugak sebenarnya masa tu sebab tak pasal-pasal makcik tu cakap pasal suami, jodoh hapekebenda lagi yang aku rasa aku tak patut tau sebab aku ni muda lagi tau. Ihik! :p

Proses mengisar kacang soya :D SOOOO FRESH! :D

Soooooo, ni lah cikgu yang makcik tu maksudkan tadi hahaha. Cikgu ni muda lagi tau tapi dia dah kahwin dah pun. Dia tak cerita pun yang dia dah kahwin tapi bila dia ada mention pasal ibu mertua dia, so aku pun macam........................... dah berpunya rupanyaaaa o.O hahahahahahaha k.

Jajjang ! Ni taufufa group aku and maktam buat sendiri wehuuuuu :D

And the air soya :D Sedaaaaaaaap :)
Air soya handmade ni aku minum hari khamis which is semalam. Yeppp, serious sedap and dapat rasa fresh kacang soya nyaaa :D Then tadi aku try minum air soya tin tauuu. Lain sangat rasa dengan yang handmade ni. Yang air soya tin tu rasa kelat sangat bila dah masuk mulut tapi yang handmade ni rasa......... entahlah cemana nak describe pun taktau yang penting sedap hahaha. Ohhh air soya ni dah simpan dua hari pun tapi still tahan tak basi and sedap sampai sekarang :D

Balik je dari KKJ tu terus balik rumah maktam kat Seremban untuk solat zohor. Lepas solat terus keluar balik pergi Jusco S2 and Tesco Extra shopping barang-barang maktam untuk dia berniaga. Seriously penat sangat sebab kena tolak troli yang bertimbun-timbun barang kat dalamnya tu penuh dengan barang maktam. Dalam kepala dah pikir nak tidur je haihhhh -..-

Penat sangat aku ni tak menahan sampai balik rumah maktam je terus terbongkang tidur sampai lah ibu datang jemput kekeke. And penat sangat aku ni sampai aku LUPA NAK WISH BIRTHDAY ATEN :( SORRY SANGAT :(  

Im going to make a special entry for her later. Just wait hehe ^^

Tengoklah pipi and tangan yang chubby tuuu T^T
Im looking forward for the next classes. Next class belajar buat kek lapis sarawak, then buat biskut, then buat pavlova woots, then roti. Hope dapat lah chance nak belajar tu semua, amin :) Tak sabauuuuu :D

Okay, till then. Bye!

2 comments:

Qilaa Amir said...

okay ni memang jeles ! part suami tu mmg x menahan xD

aida idora said...

lol, agak lahh acik tu kannn xD