Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


Gwiyomi stands for

Assalamualaikum :]

Well, long time no see you bloggie :) Lama tak update blog since last week. Hihi tak lama mana pun actually. So entry kalinie aku nak cerita pasal GWIYOMI. And people out there will be like WTH IS THAT GWIYOMI THINGY? or maybe like SAY WHAT? GWIYOMI LAGI? IM SICK OF IT! and i was like, KAU DIAM. AKU NAK CERITA AH NI. Ok........pissed -_-

Ihik Sehun-nie youre just too cute to be told ^3^

Ok aku banyak dengar rumors orang cakap benda buruk pasal gwiyomi ni. And major of them were malay people. I just dont understand them. And some of them boleh pulak cakap gwiyomi ni sama je bawak pengaruh buruk macam Gangnam Style and Harlem Shake or what-so-ever they called them. Aku bukan nak cakap sesapa salah tapi pemikiran orang melayu ni sempit betul ah. Narrow minded. Tolong bukak sikit pemikiran tu boleh tak? Doing gwiyomi aint a sin. Yep, just deal with it.

Maybe pemikiran orang melayu se-sempit itu sebab sekarang ni banyak parody gwiyomi dekat youtube yang kebanyakannya orang melayu yang buat. Well, kpop sekarang ni memang trending kot dekat Malaysia. Bukan Malaysia je but the whole world i guess. Aku bukan nak cakap aku sokong gwiyomi segala ni sebab gwiyomi ni asal from korea or sebab aku ni kpoper or sebab aku ada banyak husband kat korea or sebab nama aku Ms Many Husbands as what Laila called me LOL. TAK ok. Tapi aku cuma cakap apa yang aku rasa betul dan pendapat segelintir umat manusia yang tak mampu nak sampaikan kat orang kita yang sempit pemikiran ni.

Even aku ada terjumpa tweet someone yang tah sesapa mengatakan ;

" Gwiyomi bermaksud SAYA SAYANG ISRAEL. "

And when i read that, i was like WTH ARE YOU TALKING ABOUT??? JUST GO BACK HOME AND LEARN MORE KOREAN LANGUAGE THEN YOU CAN FREELY SLAP YOUR OWN FACE BEFORE I SLAP YOURS. STFU -_-

Sampai macam tu sekali pemikiran orang melayu kita. Sedih weh sedih. Ok maybe orang yang tweet tu nak sampaikan kat semua orang yang gwiyomi ni tak baik, bawak pengaruh buruk kat orang melayu or what-so-ever tapi tak perlu kot sampai nak tweet benda merepek camtu sekali pfft \("-.-)

Susah sangat, meh sini gua kasi lu maksud GWIYOMI yang sebetulnya dan tolonglah buka minda anda seluas-luasnya ok?

Gwiyomi (귀요미) is based on the adjective "gwiyeo-un" (귀여운), which means cute. Gwiyeo captures the meaning of cuteness, and "-un" is a form of conjugation to be altered for each intended usage. Ending an adjective with "-mi" (-미) has the effect of personifying the adjective, thereby turning the word into a noun. Thus "gwiyomi" means a cute person.

Kalau takpaham jugak bahasa inggeris, meh gua translate ikut pemahaman gua yang tak seberapa ni lah kan.

GWIYOMI bermaksud orang yang comel atau disebabkan gwiyomi ni dinyanyikan dengan gayanya yang tersendiri, so ianya dipanggil cutie song/lagu comel. Gwiyeo membawa maksud kecomelan/comel. *kalau aku silap sila betulkan aku k.

Kalau sesapa kat luar sana yang selalu layan korean movies, mesti selalu dengar orang korea dok sebut "gwiyeowo" or "neomu neomu gwiyeowo" ataupun ejaan dia seperti "kwiyeowo" ataupun "kwiyowo" atau paling pendek pun "kiyowo" or what-so-ever lah kan asalkan pronounce dia sama je takde beza pon dari segi maknanya.

Ok "gwiyeowo" tu membawa maksud "comelnyaaaaa" or "it's cute" and kalau "neomu neomu gwiyeowo" pulak stands for "sangat sangat comelllllllll" or "so cute" . So point kat sini, nampak tak persamaan GWIYEOWO ni dengan GWIYOMI? Serius tak jauh beza sebab maksud dia sama, pronunciation dia sama, ejaan pon hampir sama.

Untuk pengetahuan korang yang still taktau, orang korea sangat terkenal dengan kecomelan diorang ataupun acting comel or as what they called it as AEGYO. A.E.G.Y.O. GYO. GYOMI. GWIYEOMI. -_- Sebab memang tu cara diorang untuk tarik peminat/fans/foreigner from the whole world untuk mengenali budaya diorang and datang negara dorang untuk naikkan nama negara diorang, ekonomi diorang etc. Kalau tak, buat apa diorang tubuhkan group/band korea yang handsome kacak comel lagi cantik menarik dan tertarik tu? HAHA. Biasalah orang perempuan kalau nampak benda comel sikit, semuanya nak menjerit terpekik terlolong hentak laptop bagai termasuklah aku ni hihi ;> Inikan pulak nampak lelaki korea handsome kacak sikit buat aegyo pergh tak ke cair rasa nak menjerit terpekik terlolong hentak laptop bagai macam aku lagi? >#< Or......is it just me je yang rasa camtu o.O hahaha well, setiap orang ada citarasa memaseng ihik! kbai.

And untuk sesapa yang tak layan korea tu, or taknak tau pape pasal korea, it's ok. As im here, made this entry just to tell everyone, EVERY SINGLE ONE out there to the very details about this gwiyomi thingy. OMG cemana aku nak terangkan lagi aku pun taktau dah. Tolonglah faham dan buka pemikiran anda Y~Y ASDFGHJKL. Thank you.

Dah jangan pikir yang bukan-bukan lagi. Nah aku kasi korang lyrics Gwiyomi song by Hari with english subs haha -_-V


choko meopin han jogak sikyeonoko
Ordered a set of chocolate dessert
gosohan uyuhanjaneul gidaryeoyo
Waiting for a glass of delicious milk
oppahago nahago kkok maju anjaseo
Sitting with brother and facing each other
seoro sonbadak wie yeppeun nakseoreul hajyo
We draw some beautiful logo on each other palm
hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
Don’t look at who or anywhere, you’re mine (you’re mine)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
Don’t chat with other girl, i’m yours (i’m yours)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
Tick fingers and promise well
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro
Promise won’t leave me alone


ildeo hagi ileun gwiyomi 
1+1 = little cutie
ideo hagi ineun gwiyomi 
2+2 = little cutie
samdeo hagi sameun gwiyomi, gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
3+3 =little cutie,little cutie,little cutie
sadeo hagi sado gwiyomi
4+4 = little cutie
odeo hagi odo gwiyomi
5+5 = little cutie
yukdeo hagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi 
6+6 = kiss*6, little cuttie, i’m little cutie



hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
 Don’t look at who or anywhere, you’re mine (you’re mine)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
 Don’t chat with other girl, i’m yours (i’m yours)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
Tick fingers and promise well
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro
Promise won’t leave me alone
one two three nun gamgo naege dagawa
One two three close your eyes, i’m coming to you
du soneuro nae boreul manjimyeo ppoppoharyeoneun
Hold my face and ready for kiss
geu ipsul makgoseo
Stick our lips


ildeo hagi ileun gwiyomi
1+1 = little cutie
ideo hagi ineun gwiyomi
2+2 = little cutie
samdeo hagi sameun gwiyomi, gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
3+3 =little cutie,little cutie,little cutie
sadeo hagi sado gwiyomi
4+4 = little cutie
odeo hagi odo gwiyomi
5+5 = little cutie
yukdeo hagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi
6+6 = kiss*6, little cuttie, i’m little cutie


hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
Don’t look at who or anywhere, you’re mine (you’re mine)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
Don’t chat with other girl, i’m yours (i’m yours)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
Tick fingers and promise well
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro
Promise won’t leave me alone
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro
Promise won’t leave me alone


And as far from many videos that ive watched, Gwiyomi from BTOB Ilhoon is my fav. He changed a lil bit of the lyrics i think or maybe his gwiyomi vid is the answer for the original one? I guess so. Hihuu ilhoon so cute ^O^V



Heh ok.

No offence. Kalau ada tak puas hati dengan gua, boleh tinggalkan comment kat atas yow.

Moahahahahaha my awesome Kyungsoo. Well done baby! LOL.

Peace and out.

It hurts

It hurts. And no one understand.

Aku memang selalu menyemak RT benda yang orang tak suka kat TL.

Well, im just being me. This is me when im in form3. No one ever know right?

Sebab form4-5 aku tinggalkan bendalah ni. And now im just being my OLD me.

Salah? Tak suka? Menyemak? Bosan? Annoyed?

Annoyed dengan lovey dovey aku dengan biases kpop aku? Then gth.

Well, at least aku takde kecoh pasal lovey dovey dengan memana lelaki yang betul wujud kat TL.


You guys just dont understand.

Not feeling like picking up any phone call rn.

I hate people.

Please, just leave me alone.

:'(

p/s : twitter aku sekarang hanya untuk instag, blog dan keek je. no worries. aku takkan kacau sesapa lagi.

Hangout

Assalamualaikum :]

Alhamdulillah, sabtu lepas dapat keluar hangout dengan kengkawan sekolah lama :D Serius lama gila tak jumpa hahah. Sabtu lepas kitorang hangout Jusco Seremban 2 je. Ingatkan nak pergi Mid tapi sebab ada masalah tertentu kan, maka JJ je dapat sampai ^^V

Kitorang gerak Seremban dari Kuala Pilah agak lambat dalam pukul 10 cenggitu. Diorang ah lambat, aku pukul 9.15 dah sampai basten tu duk melangok menunggu diorang. Ber-makeup ke hape? -_- haha. Pungpangpungpangpungpang, maka sampailah di JJ. Laila sorang je yang tak join kitorang naik bas dari Kuala Pilah sebab dia duduk Seremban.

So pukul 11.30 sampai JJ terus beli tiket wayang. Rasa lapauuu then pergi McD makan makan Laila belanja wehoots. AWESOME GILA! Haritu hangout Mid, Noelle belanja Sushi King. Now makan McD pon Laila belanja pulak pergh. Best gilooo hahaha :3

Lepas movie, solat then Greenbox time hahahah. SEGHIUSLEY YANG NI LAGI PALING SANGAT AMAT AWESOME!!!! >.< Ok yelah ni first time aku pergi karaoke. Selama ni mana ada masa nak pergi karok segala ni. Pergi Mid haritu pun cadang nak karok tapi mahal kat Mid. RM30+ satu kepala tak kira berapa lama karok. Berbaloi jugak la tapi kat JJ dapat RM17+ satu kepala untuk 3jam woots. Kitorang karok tak sampai 3jam pun sebab nak kena balik awal. Dapat karok 2jam je tapi tu pun rasa bersyukur dah dapat lepaskan stress haha ^^V

Cause eating aint a crime :3


GI-Joe2 sangat awesome! Seghiusleyyy and Lee Byunghun as Storm Shadow pak ahhh handsome gilaaa hot gilaaa kachak gilaaa bruhhhh >#< lebiu :* bhahaha. Tapi ada satu part tu bila tah, aku ngantuk sangat kot sebab malam tu tak cukup tidur so hampir terlelap ah kat dalam cinema tu muahaha peace yow ^o^V



Like seghiusleyyyy aku dengan Laila je enjoy karok lagu korea hahaha. Dahlah takde romanization subs punya and kitorang macam DEHEK NAK NYANYI CAMNE NI DOWHHHH???!!!?? /flip table -_- Maka kami pun nyanyi lah ikut rentak sendiri hahaha. Paling takleh blah masa nyanyi lagu Exo-Mama tu bapak ahhh AWESOME GILAAAAAA >#< puahahaha. Rindunya nak karok lagi T^T ahaks.


Tak dapat karok lama, pukul 5 stop karok then solat asar yadda yadda pukul 6.30 naik bas pulang ke rumah huk. Rasa tak puas sebenarnya tapi apakan daya, masa mencemburui kami hahaha. Rasa awesome gila hangout dengan diorang haritu. Nanti bebila kita free, hangout lagi kayh hehe. Muaxx :*

Kbye!

Choose well or live hell

Assalamualaikum :] 

Hamboihhh tajuk taknak kalah uolss ihik ihik tehiks.

I bet ramai yang dah dapat tawaran itu ini kan. Same goes with me. But im confused. Totally confused. Im not really sure about my future. Tak macam kengkawan yang lain. Kebanyakannya dah jelas depan mata apa yang diorang nak, apa yang diorang dapat. Tbh, aku minat Dentistry. Yeahh yeahh, aku tukar ambition aku lagi -_- Masa form5 dulu aku dah muktamad nak ambik Architecture tapi............ ada pros and cons yang perlu dipertimbangkan. Abang banyak kasi nasihat. Same goes with ibu and ayah and Along. Thanks loads :* Tapi tengok result la kan. Now aku dah tak yakin nak ambik Dentistry. Aku redha je apa ibu ayah nak aku jadi. Masa depan aku sendiri jugak. I know they want the best for me. Yang penting cikgu tu memang tak lah kan. Cukuplah parents and abang dah cikgu. Biarlah aku pecah legacy pulak hahaha k.

So banyak jugak tawaran dah dapat. Tapi belum terima lagi. Tengah tunggu result UPU keluar. And UPU aku, kebanyakannya mintak diploma dekat UiTM. Course apa, nantilah cerita. Tunggu result keluar dulu, baru aku share kayh. Asasi pulak aku cuma mintak satu je, dekat UPM. Tapi, tak berharap pun nak dapat yang tu lol.

Buat masa ni baru dapat tawaran UTP, Unisel, Unikl, Uniti, KPM. UTP tu masih dalam proses je. Baru lepas interview ahad lepas. Unisel tu dapat Diploma Pengurusan Pentadbiran dekat Shah Alam. Unikl dapat Diploma in Pharmacy dekat UNIKL Of Royal College Of Medicine Perak. Perak lagi....UTP pon Perak jugak -_- Kalau aku terima Unikl ni, maybe dapat sama dengan Tyra. Dengar cerita jelah Tyra nak ambik Unikl ni haha. Tapi swasta kan, maybe byebye je kot -.-V Uniti pulak dapat Diploma in Accountancy tapi aku tak sure dekat mana sebab Uniti ni haritu direct call rumah je huhu. KPM pun Diploma in Accountancy dekat KPM Ayer Molek Melaka. Tapi seghiusleyyy confused! T.T

Oh btw, aku MARA and JPA dua-dua tak lepas. Congrats dodo, congrats. Baca jelah story kengkawan kau pergi interview ye. Menganga lah kau, padan muka sapa suruh tak study bebetul /nangis.

Tarikh tutup terima tawaran adalah seperti berikut (lol) ;

Unisel : 26/04/13
Unikl : 26/04/13
Uniti : No deadline ahaks.
KPM : 27/04/13
UTP : Tarikh result lepasan interview 30/04/13
UPU : ??????? /flip table

UPU bila keluar woy? 25/04/13 ke? Tolonglah cepat. Kalau betul lah aku dapat kau UPU, memang aku terima kau seadanya. Takdanya nak confused dah. Seghius! -_- Yang penting matriks memang awal-awal aku taknak ah kan haha. Katanya matriks keluar awal daripada UPU tapi bila??? Mana??? k over -_-


Hey long time no see you Lizzie/Hilary or what-so-ever-they-called-you
Im not that sad tho. Im just confused.....

Buat istikharah lah dodo, in sha Allah ada jalannya. No one knows kan? But we already know that HE knows the best. Ya namean :)

Oh btw today is #ADayForHIM #HappyHIMCHANDay #HappyZhoumiDay #HappyRayJunDay and so on omaigod why so banyak hahaha. But im here to make a special wish for Himchan omma since ive been missing him loads :*


So now im wishing you HAPPY BIRTHDAY dear Himchan omma. We BABYs miss you loads since youve been missing from your One Shot comeback. Miss seeing you rapping/singing on stage and your aegyos >#< Stay cute like an omma and dont forget to eat well and get well soon and we'll be waiting for your next comeback. Gildarilkae ^^ I miss and love yah :* hihi.

Ok bye!

Oblivion

Assalamualaikum :]

Dah beberapa hari berlalu since keluar hangout Midvalley haritu w/ Noelle, Hazro and Aliah. Hari isnin kalau tak silap. Lame dah tak hangout. Last masa hangout w/ Aten beberapa hari lepas SPM habis. PERGH berzaman wa cakap sama lu. Ok kalini banyak gambau, tak banyak cakap sebab malas nak taip hihuu :3

Pukul 7.30am gerak basten, tunggu Noelle. Pukul 8 naik bas from Kuala Pilah to Seremban. Right. Setengah jam aku tunggu sengsorang kat basten tunggu dia bersiap -_- Sampai KTM, naik train. Puangpangpungpangpungpang, maka sampailah di Mid.


Met Hazro and Aliah. Aliah yang pakai shawl biru cair, Hazro pakai shawl merah putih. Noelle tudung merah. Aliah ni cousin Hazro. Hazro pula classmate saya. Noelle pula kawan lama saya. Maka begitulah ceritanya ^^V


Watched Oblivion with them. Cerita yang sangat AWESOME :O Thumbs up!

Ok time dalam cinema memang lawak gila ah >#< Aku dengan Hazro ah asyik main teka-teka je ape jalan cerita sebenar Oblivion ni. Pastu gelak-gelak. Tak pikir orang lain langsung dalam cinema tu -_- Hahahaha maaf. Sewonok sangat ah sampai kaki aku pun naik atas kerusi depan kitorang tu TROLOLOL tak senonoh. Maaf lagi.... -_- hihi.


And here, Yakininku Bento for lunch! Tersangatlah sedap hogehhh ;A;

Aku nak makan makanan Korea tapi diorang takmau. Last-last ke Jepun jugak kami ahaks. SEMUA perbelanjaan makanan ditanggung oleh Noelle. Almost RM100+ jugak duit dia terbang cemtu je sebab belanja kitorang makan kat Sushi King haritu o.O RM450 elaun PLKN katenyerrrrr~ Muahahahahahaha. Thanks Noooooooo~! ^^





Mulanya lepas tengok movie, pergi The Gardens carik Redbox. Cadang nak karok tapi seghiussss mahal. RM30+ satu kepala. Right. Aint got money for that -_- So kitorang window shopping je. "Kitorang" hanya ditujukan untuk aku dan Noelle je k hahaha. Yang lagi dua orang tu, memang shopping habis kahkah.



Maka pukul 5pm kami gerak KTM untuk pulang. Hazro and Aliah turun kat UKM. Me and Noelle turun Seremban lah. Naik bas pukul 7pm yadda yadda maka pukul 8pm sampai Kuala Pilah. Nasib baik ibu ayah tak bising asalkan anak diorang ni selamat sampai rumah sudehhhhhh hikhokkkkk ^^V

Kbye!

Educamp Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Assalamualaikum :]

Ok aku sebenarnya takda mood nak update blog tapi sebab pikir nak share something kan, so here we go.

Selasa, 09/04/13

Last week hari selasa, result UTP keluar. Ni untuk sesiapa yang apply UTP lah kan. Tak disangka, aku telah diterima oleh UTP untuk hadir ke Educamp/interview diorang pada hari ahad, 14/04/13 untuk intake May. Mula-mula memang heartless tak rasa pape sebab tak excited pun bila dengar pasal UTP haha. Aku memang tak berharap pun dengan UTP sebab u know well kan UTP is a very big and well-known university yang memang penuh dengan students yang genius and ngetop lah bagi aku. And satu lagi sebab, UTP ni swasta dan bertempat di Perak yang sangat jauh dengan hometown aku haha. But still la, manusia mana je yang hormon adrenaline tak merembes keluar bila dengar kena hadir untuk interview -.-

Bila makin hari makin dekat dengan tarikh interview, aku makin tak keruan dan tak tentu arah dan gelisah dan nervous dan cuak dan rasa nak terjun bangunan pun ada -_- Kalau interview boleh speak malay memang aku tak risau lah kan tapi interview ni kena fully speak in english uolls. English aku pulak tak sepower mana takat so-so je adelah -..- Ibu banyak kali suruh buat preparation but like seriously I was like APA NAK BUAT NI GILAAAAA???!!! *mental breakdown* ~(_~_)~ Tapi aku banyak tanya jugak kengkawan yang dah pernah pergi Educamp intake Jan lalu and kebanyakan diorang cakap benda yang sama. Abang ada text jugak bagi semangat and banyak membantu aku bagi jawapan untuk interview nanti haha. Yang aku tau dapat Educamp sama tarikh dengan aku, Aiman dengan Ummi. Yang lain bila aku tanya, diorang mesti kata diorang tak apply T.T But sokay, at least ada jugaklah kawan :)

Sabtu, 13/04/13

Ayah decided to stay at any homestay yang berdekatan dengan UTP sebab pendaftaran ahad tu pukul 7.30 pagi. So hari sabtu pagi tu dah gerak Seremban dulu sebab ada appointment doc. Afta that terus gerak Perak lah. It tooks about 4 hours untuk sampai homestay kitorang from Seremban. Alhamdulillah sampai homestay pukul 5 petang and sempat jugak jenguk UTP tu so that takdelah esoknya kitorang sesat mencari UTP tu kan. Malam tu memang dada berdebar takpayah cakap la kan rasa nak hentak kepala kat dinding -_- Ayah bawak lappy dia, so sempat online kejap and google carik maklumat apa yang patut. Aku jumpa banyak blog yang share pasal Educamp ni and like seriously SANGAT MEMBANTU! ^^ Thanks kepada yang sudi share :)

D-day . Ahad, 14/04/13

Pukul 7.15 pagi dah gerak UTP since UTP tak jauh mana just 5 mins je from homestay. Sampai sana serious macam OMG AKU DAH LAMBAT KE HAPE NI PANJANG GILA BERATUR -____- Padahal pendaftaran 7.30 pagi kot lek lek ah luu brader haha. Beratur panjang gila, aku rasa dah awal dah aku datang tapi aku rasa macam aku paling last beratur. Call Aiman, dia dah sampai dulu and dia beratur depan sikit je daripada aku. Then nampak Qamar beratur dengan siap pakai coat like a boss datang interview kerja haha. Then Ummi sampai and dia beratur belakangggggggg.

Masa nak masuk tempat pendaftaran tu ada akak sorang ni kasi kertas kat kitorang. Setiap orang dapat kertas yang ada kod yang berbeza. Aku dapat kertas warna oren. Alhamdulillah sama group dengan Aiman. Kertas oren tu group C. Aku dapat kod C122 and Aiman pulak C56. Masa daftar aku nampak Zack lalu sebelah tapi tak tegur pun LOL. Ok lepas daftar terus naik tangga yang berpusing-pusing tu untuk masuk dewan UTP. Dewan dia sangat besar lagi gah. Rasa macam masuk hall untuk tengok konsert je haha. Then kitorang carik tempat duduk kosong. Nampak tempat duduk kosong, terus duduk tak pandang kiri kanan. Dah duduk tu aku toleh kanan, tetiba nampak Qamar. Aku dengan Aiman serentak cakap "Eh Qamar ahhh" hahaha. Rupanya sederet kitorang tu ada Qamar, Taroe dengan Panda kat situ. Pastu tak lama nampak Sofea Bijak datang, terus ajak dia duduk dengan kitorang. Tak lama lepastu Adhwa dengan Jbond datang. Pastu Shina plak datang. Pastu Ummi plak datang, terus duduk sebelah Jbond. Memang reunion Samura lah nampaknya kitorang kat situ hahahaha.

Dewan Cancelor UTP from upstairs


Ni kod yang aku mentionkan tadi. Aku dapat kod C122 :)


Kitorang diberi taklimat pasal course yang ada kat UTP and pasal apa yang kitorang perlu buat sebelum menjalani interview. Taklimat berlangsung dari pagi lepas daftar tu sampai pukul 11 pagi. Bagi students yang dapat group A and B, interview diorang akan terus dijalankan selepas taklimat tadi tu diberikan. Diorang akan naik bas yang disediakan sendiri oleh UTP untuk ke blok B, tempat interview tu. Bagi group C, D and E pulak terus gerak ke depan masjid UTP tu untuk menjamah makanan yang tersedia terlebih dahulu sebab interview akan dijalankan pada sesi petang. Nak pergi masjid tu boleh naik kereta dengan parents atau naik bas UTP jugak.

Lepas makan tu aku dengan Aiman terus gerak ke blok B untuk sesi pendaftaran interview. Tapi sebenarnya bukan pendaftaran apa sangat pun. Kitorang cuma ditunjuk arah untuk masuk ke bilik Waiting Room. Masa masuk tu aku and Aiman agak lambat sikit gara-gara beratur panjang masa makan tadi -_- So terpaksa duduk selit kat barisan lelaki. Aku lah yang jadi mangsa duduk sebelah lelaki tah sesapa aku taktau -..- Aiman pulak selamat sebab duduk hujung sekali macam ni ----> Dinding, Aiman, Me, Lelaki, Lelaki, Lelakiiiiiiiiiiiiiiiiiii LOL.

Dalam pukul 1 lebih kot kitorang diarahkan untuk bergerak ke sebuah lagi bilik. Bilik tu penuh dengan meja and kerusi yang macam dah dibahagikan group. Dalam satu meja besar tu ada 5 buah kerusi. So satu group akan ada 5 orang ahli. Setiap meja besar tu akan ada tulis panel berapa. Contohnya aku dapat Panel 20, so aku group 20 lah. Nak duduk kat memana pun boleh, pilih je ikut suka. At first aku dengan Aiman satu group sebab kitorang duduk sesama. Then datang sorang lagi budak perempuan from Kuantan join group kitorang. Setiap group mesti campur lelaki perempuan, so kitorang cepat-cepat panggil Adhwa and Jbond join group kitorang memandangkan diorang pun dapat group C sama macam kitorang. Masa tu dah rasa awesome gila sebab rasa macam tengah belajar kat kelas buat pembentangan dengan budak kelas je. Bayangkan laa 4 orang budak Samura and sorang je budak Kuantan. Tak ke awesome??? Tapi entah cemana Allah tak izinkan kot, ada sorang abang ni goyangkan kerusi aku, suruh aku tukar group belakang sebab group belakang ramai sangat lelaki. Sedih je memula sebab kena pisah dengan Aiman and budak Samura yang lain tsk. Tapi aku redha je, ikut je cakap abang tu.

Maka bertempatlah aku dalam group 1Malaysia hahaha. Aku panggil 1Malaysia sebab kalau tengok sendiri pon memang 1Malaysia lah LOL. 2 orang perempuan and 3 orang lelaki. Aku and Fatin jadi wakil perempuan, Patrick wakil India lelaki, Hanafi wakil Melayu lelaki, Shen wakil Cina lelaki hahaha. Hanafi sangat peramah, aku duduk je group tu, dia terus tanya nama aku. Pastu semua orang macam terkejut or amazed kot bila dengar nama aku and i was like WHAT'S WRONG?? -___- Hahaha ok abaikan.

Then kitorang diberikan satu kertas biru yang ada task untuk diselesaikan. Kitorang dapat tajuk Refugees. Bukan satu group je yang dapat tajuk ni tapi memang SEMUA group dalam bilik tu dapat tajuk tu. Tapi setiap orang dalam group tu akan diberikan lagi satu kertas yang memang setiap sorang akan dapat lain kad. Contoh, Card A, B, C, D and E. Kalau macam aku, aku dapat Card C. Abang tu kasi masa 15mins untuk selesaikan task yang diberikan. Sebelum tu abang tu terangkan, jangan confuse antara refugees dengan immigrants. And he asked us to think whether we should agree or disagree if refugees come to our country and tell them why and your own reasons. Ada 3 task yang perlu kitorang selesaikan.


  1. What is the real problem.
  2. Give ideas on how to solve the problems and reasons/backup answer.
  3. To agree with Government.


Aku dapat tahu ada 30 group dalam bilik tu. So afta 15 mins, abang tu panggil group 30-21 masuk satu bilik lagi untuk preparation before dipanggil untuk interview. Afta that tiba lah group aku and the rest pulak join yang group memula dia panggil tadi tu. Thank god Aiman Panel 17, so kitorang masuk bilik lagi satu tu sesama (Y) . Dalam bilik tu ada disediakan banyak kerusi untuk kitorang. Setiap lajur kerusi tu melambangkan group kitorang tadi. Contoh, aku Panel 20. So group aku duduk di kerusi lajur hujung sekali tapi di setiap baris yang berbeza. Disebabkan aku dapat Card C, so aku kena duduk di baris yang ketiga. Baris aku tu semuanya Card C, tapi dari berlainan group. Hope korang paham apa yang aku terangkan ni. Kalau tak paham, just skip je part yang aku membebel panjang ni sebab aku pun blur bila baca balik -_- k LOL.

Memang aku terhimpit ke tepi dinding ah sebab aku Panel 20. Pastu duduk sebelah lelaki pulak tu. Tah apa nasib aku haritu asyik kena duduk dengan lelaki je. Kalau kenal tu takpe gak ah, ni aku tak kenal langsung T.T Tapi lelaki sebelah aku tu macam stylo gak ah, speaking pun terer haha. Mula-mula tak bercakap pun dengan lelaki tu tapi ada sekali tu, ada abang tu inform yang maybe Card C punya group akan lambat sikit sebab interviewer kitorang tengah lunch haha. Taktau kenapa aku lembab sangat masa tu, tak dapat nak pickup apa yang abang tu cakap or maybe aku pekak ke hape lah kan, aku suruh lelaki sebelah aku tu ulang apa abang tu cakap bhahaha sukahati aku je xD Start dari tu lah, lelaki sebelah aku tu dah macam friendly sikit dengan aku haha. Bila turn aku nak pergi interview je, dia excited gila pastu dia cakap "Goodluck! Buat bebetul!" and I was like "Okay........" TROLOLOL. Tapi bila turn dia pulak interview, aku tak cakap pape pun hahaha rasa bersalah la pulak -_- kihkih.

Interview part

Ok back to topic. Aku orang ketiga yang kena interview individu. Mula-mula kena interview individu, then baru interview in grouping. Bilik "Panel 20" tu kecik gila. Aku ingatkan besar kemain la. Tapi makin kecik bilik tu sebenarnya makin mengerikan bagi aku T..T Setiap bilik interview, lain-lain panel and lain interviewer dia. Kalau macam aku, ada 2 orang interviewer and dua-dua tu perempuan ^^ So macam alhamdulillah rilex sikit sebab masing-masing perempuan hehe ^^

So interviewers tu suruh aku introduce myself first and then tell them bout the task. At first, aku pun describe la tentang diri aku in fully speaking, tak sampai 3 mins pun introduce. Then sorang interviewer ni tanya course apa yang aku mintak. Aku cakap la first choice aku Chemical Engineering, 2nd was Business Information System (BIS) and 3rd one was Petroleum Engineering. Then dia tanya lagi kenapa first choice Chemical Engineering tapi 2nd choice BIS? Kenapa tak first and 2nd choice pilih engineering then baru pilih BIS? And i was like KENAPA SOALAN MACAM NI PERLU ADA -____________-

Aku pun jawab laaaa, sebab peluang dapat kerja bila dah graduate nanti besar and ada abang sedara aku dah kerja in this Chemical Engineering field. So he said that it was interesting and best and awesome but it's kinda tough for a girl like me kalau nak menceburi bidang ni. So I want to challenge myself, and prove him wrong. I said to him that I can also be like him and can succeed in one fine day hahahaha. Pandai goreng lah brader. Tapi yang aku cerita pasal abang sedara aku ni memang benar belaka, tak tipu (Y) . Lepastu terus cerita pasal the task given and your own ideas on how to solve the probs. Soalan pertama dan kedua perlu dijawab untuk interview individu and the third one kena jawab masa interview group nanti.

Everything went well sampai la ada satu part tu aku terblank kejap, tak dapat nak teruskan kata-kata sebab lupa apa maksud ayat aku nak cakap tu dalam BI. Aku cuba carik ayat dalam kepala otak aku tapi otak aku tak berjalan lancar sangat masa tu. So interviewer tu cakap takpe, aku boleh speak in malay hahahaha. So aku pun dengan lega hati terus terkeluar ayat bahasa melayu dengan lancarnya muahaha xD Tu satu jelah aku bantai speak malay. Then aku sambung speak BI balik kahkah.

Ok afta orang kelima dalam group aku selesai interview individu, group aku diarahkan bergerak masuk bilik "Panel 20" tadi untuk interview in group yang seterusnya. Interviewers tu suruh kitorang duduk dalam satu bulatan, dia kasi 10mins untuk bincangkan task yang diberikan dan anggap diorang takde dalam bilik tu. Interview in group aku rasa lebih rilex dan tak tegang sangat sebab rasa macam tengah borak dengan kengkawan je and aku rasa sangat best ^^ Soooo, 10mins discussion has ended just like that. Kitorang keluar bilik interview tu je memaseng terus tersenyum lebar rasa nak melompat pon ada sebab interview dah selesai alhamdulillah haha. Kitorang dah usaha sebaik boleh, now tinggal tawakal je. Dapat tak dapat, lain cerita :)

Aku rasa bersyukur gila time tu sebab interview dah selesai. Bersyukur gila bila abang tu suruh aku tukar group sebab kalau tak, mesti aku habis lambat cause masa aku dah selesai interview tu group Aiman still tak start interview lagi. Bersyukur gila bila ibu suruh buat preparation and google itu ini sebab kebanyakan ayat yang aku guna masa interview, aku ambik sikit-sikit melalui apa yang aku google and dapat from internet. Bersyukur gila aku selalu layan K-Dramas sebab kalau tak, mesti BI aku hancur macam ASDFGHJKL hard to describe bhahahahaha k.

Akhir sekali, ALHAMDULILLAH EVERYTHING WENT WELL ^^

Ummi, me and Aiman ^^

Me and Aiman were in the same group. ahha :D

Sangat awesome sebenarnya interview ni. Aku pun tak sangka budak kecik tak matang macam aku ni dah pernah pergi interview hahahaha kecik sangat hoyehhh. Dapat jumpa ramai kawan, dapat pengalaman merasa nervous tu, dapat speaking nonsense TROLOLOL. Tu yang best ahaks. Aku.....takde tips sangat nak share. Cuma kalau nak interview tu......

  1. Make sure buat preparation awal-awal tentang apa yang korang nak interview tu. Google ada, newspaper ada, Buletin Utama pon ada. Semua hadoooo, tinggal nak taknak je.
  2. Practice speaking sengsorang depan cermin. Like seriously, aku buat benda ni! HAHAHA.
  3. Cakap dalam diri, "Bapak ah nervous gila dohhh. Tapi takpe, orang lain kat sini pun nervous macam aku. So watlek watchill. Peace yowwwwww (Y)"
  4. Rabbi yassir wala tu assir ya karim
  5. And lastly, tengok K-Dramas selalu! (^o^)Y

Hahahahahahahahaha kbye! :D

Incheon airport

Assalamualaikum :]

Straight to the point, aku baru balik daripada berjogging dengan Along which is Kak Maisarah, my neighbour. Biasa pukul 7 gerak from rumah, along drive. Kitorang jog kat Jalan Bukit dekat dengan library tu. Dah banyak kali jugak pergi tapi takdelah sampai setiap hari lulzz.

So tadi masa jog tetiba terserempak dengan Cikgu Aznah which was my BM teacher since I was in from 1 till form 3. Seronok gilaa jumpa cikgu tadi haha. Mesti dia tak sangka aku dah pasang braces sekarang ni heh. Kitorang borak kejap pasal result SPM, pasal kengkawan aku yang dia ajar jugak... yadda yadda and tuptup dia cakap dia dah pencen :O Tahun ni dia pencen dah, tak mengajar TMS lagi dah. And dia cakap dia baru balik hols from Korea and i was like OMG ASDFGHJKL PAK AHHH SERIOUSLY CIKGU BEST GILAAA SHARE LAH STORY CIKGU~!! Pfft in your dream jelah nak aku cakap cemtu dengan cikgu memang mintak pelempang HAHAHAHA.

Cikgu cerita yang dia pergi Nami Island which is tempat famous yang ada buat penggambaran Winter Sonata dulu tu. Then aku tanya ada tak dia terjumpa mana-mana artis korea ke kan and she said ADA... *gulp* ;A; Dia cakap masa tu dia kat Incheon airport nak balik Malaysia. Kebetulan anak buah dia yang form 4 pon ada ikut sekali, tetiba dekat airport tu suasana jadi riuh and anak buah dia pun terjerit-jerit and nampak la ramai orang berkumpul kat satu tempat ni. Sekali cikgu pergi check, rupanya Super Junior ada dekat airport tu and i was like OMAIGAD ASDFGHJKL IM SCREAMING ;A; And like seriously, memang aku jerit macam orang gila depan cikgu -_- Maafkan saya cikgu~ Saya...bukan apa...saya...tak mampu.....LOL. She said Super Junior baru balik Korea from KL. Happy betul cikgu eh bila sebut pasal Super Junior o.O Taktau pulak cikgu ni layan Kpop bhahahahaha XD

Ok pastu aku sesuka hati je cakap,

" Nanti nak pergi korea lagi ajak lah saya cikgu hehehe " LOL.

" Bolehhh, awak add lah saya dekat facebook ye "

Hahahahaha k nanti saya add ok cikgu. Nanti bawak saya pulak okay~ xD Tapi sekarang ni North Korea dah declare war dengan South Korea and kalau nak pergi hols kat Korea sekarang ni pun memang dah tak selamat. Tunggulah Korea aman dan reda dulu wokey dodo ^^ hehe.

And masa otw balik rumah pun along cerita masa Ika dengan mama along pergi Korea last year pon Ika ada jumpa ramai pelakon tapi tak ingat pulak nama haha. Along cakap senang je kalau nak jumpa artis korea tu. Sampai korea je terus je menetap kat Incheon airport tu, and for sure akan ada artis korea yang lalu lalang kat airport tu bhahaha. Ok point kat sini sebenarnya...........aku pun taktau LOL. Nak cakap aku happy jumpa cikgu kot. Kehkeh (Y)

Ohh btw today is #HappySEHUNDay #OhSehunDay #SEHUNday and so on ahaks.


Happy birthday Oh Sehun you little maknae already 20 y/o in korea. Stay pretty and stay cute and ill always support Exo and you always and I LOVE YOU :* When Exo's going to make their comeback? Palli make one. Gildarilkae ^^ Bbuing bbuing~ bhahahaha xD

Im still noob with Exo. Please take care of me~ ^^ keke.

Bye!

Blog baru

Just like WTH ARE YOU TWO DOING RIGHT NOW? o.O LOL

Assalamualaikum :]

Baru berapa hari lepas je aku post entry baru. Now aku post lagi. Biasalah kerja menganggur, tak buat apa. Edit blog je kerja. Now, bukan blog ni je aku edit. Aku baru buat blog baru tadi muahaha. Blog tu khas aku buat untuk tutorials je. Motif aku buat blog tu? Aku pun taktau haha. Tapi kerja aku senang ah nanti nak carik tutorial apa-apa ke untuk blog kan, takpayah susah carik kat blog orang lagi. Blog sendiri pon ada tutorial dah. Oh so great. Tapi baru sikit je tutorials aku sempat buat harini. Lainkali sambung lagi lah. Tengok mood jugak. Rasa macam nak layan balik K-dramas hihi :3

Jom take a survey kat blog baru aku kejap, aku bosan ni haha.


Im tired yet still happy and satisfied just like him. Ahaks :3


Love ya Bang! Kehkeh :3

Bye!

Random


Assalamualaikum :]

So here I am once again. Malam tadi bosan sangat, so decide nak edit blog je. And now, JJANG! Skin baru lagi hahaha. Malam tadi main coding hampir 4 jam kot. Ok la tu tak lama mana pun kalau nak banding yang haritu punya perghhhh 3 hari wa cakap sama lu -_- Tak banyak beza pon actually, just skin je tukar. Isi dalamnya sama je. Edit ni pun main paste paste giteww je kan phewwww senang sikit kerja (Y) .


Atas ni preview skin lama aku before aku tukar skin ni. Which one is better? Aku pun taktau -.- Tapi sebab aku serabut dengan font text skin lama, sebab tu aku tukar yang baru ni. Header pulak aku buat baru jugak but as simple as possible lah kan. Tapi edit header tu pun tak seberapa hasilnya sebab time tengah mengantuk laa menggedik nak buat header kan, sekarang rasa nak lempang diri sendiri -_- Baik pergi tidur daripada edit header, tah pape aku ni asdfghjkl pfft -..-

Cakap pasal tidur.................okay nak tidur!

Bye! :)