Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


Educamp Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Assalamualaikum :]

Ok aku sebenarnya takda mood nak update blog tapi sebab pikir nak share something kan, so here we go.

Selasa, 09/04/13

Last week hari selasa, result UTP keluar. Ni untuk sesiapa yang apply UTP lah kan. Tak disangka, aku telah diterima oleh UTP untuk hadir ke Educamp/interview diorang pada hari ahad, 14/04/13 untuk intake May. Mula-mula memang heartless tak rasa pape sebab tak excited pun bila dengar pasal UTP haha. Aku memang tak berharap pun dengan UTP sebab u know well kan UTP is a very big and well-known university yang memang penuh dengan students yang genius and ngetop lah bagi aku. And satu lagi sebab, UTP ni swasta dan bertempat di Perak yang sangat jauh dengan hometown aku haha. But still la, manusia mana je yang hormon adrenaline tak merembes keluar bila dengar kena hadir untuk interview -.-

Bila makin hari makin dekat dengan tarikh interview, aku makin tak keruan dan tak tentu arah dan gelisah dan nervous dan cuak dan rasa nak terjun bangunan pun ada -_- Kalau interview boleh speak malay memang aku tak risau lah kan tapi interview ni kena fully speak in english uolls. English aku pulak tak sepower mana takat so-so je adelah -..- Ibu banyak kali suruh buat preparation but like seriously I was like APA NAK BUAT NI GILAAAAA???!!! *mental breakdown* ~(_~_)~ Tapi aku banyak tanya jugak kengkawan yang dah pernah pergi Educamp intake Jan lalu and kebanyakan diorang cakap benda yang sama. Abang ada text jugak bagi semangat and banyak membantu aku bagi jawapan untuk interview nanti haha. Yang aku tau dapat Educamp sama tarikh dengan aku, Aiman dengan Ummi. Yang lain bila aku tanya, diorang mesti kata diorang tak apply T.T But sokay, at least ada jugaklah kawan :)

Sabtu, 13/04/13

Ayah decided to stay at any homestay yang berdekatan dengan UTP sebab pendaftaran ahad tu pukul 7.30 pagi. So hari sabtu pagi tu dah gerak Seremban dulu sebab ada appointment doc. Afta that terus gerak Perak lah. It tooks about 4 hours untuk sampai homestay kitorang from Seremban. Alhamdulillah sampai homestay pukul 5 petang and sempat jugak jenguk UTP tu so that takdelah esoknya kitorang sesat mencari UTP tu kan. Malam tu memang dada berdebar takpayah cakap la kan rasa nak hentak kepala kat dinding -_- Ayah bawak lappy dia, so sempat online kejap and google carik maklumat apa yang patut. Aku jumpa banyak blog yang share pasal Educamp ni and like seriously SANGAT MEMBANTU! ^^ Thanks kepada yang sudi share :)

D-day . Ahad, 14/04/13

Pukul 7.15 pagi dah gerak UTP since UTP tak jauh mana just 5 mins je from homestay. Sampai sana serious macam OMG AKU DAH LAMBAT KE HAPE NI PANJANG GILA BERATUR -____- Padahal pendaftaran 7.30 pagi kot lek lek ah luu brader haha. Beratur panjang gila, aku rasa dah awal dah aku datang tapi aku rasa macam aku paling last beratur. Call Aiman, dia dah sampai dulu and dia beratur depan sikit je daripada aku. Then nampak Qamar beratur dengan siap pakai coat like a boss datang interview kerja haha. Then Ummi sampai and dia beratur belakangggggggg.

Masa nak masuk tempat pendaftaran tu ada akak sorang ni kasi kertas kat kitorang. Setiap orang dapat kertas yang ada kod yang berbeza. Aku dapat kertas warna oren. Alhamdulillah sama group dengan Aiman. Kertas oren tu group C. Aku dapat kod C122 and Aiman pulak C56. Masa daftar aku nampak Zack lalu sebelah tapi tak tegur pun LOL. Ok lepas daftar terus naik tangga yang berpusing-pusing tu untuk masuk dewan UTP. Dewan dia sangat besar lagi gah. Rasa macam masuk hall untuk tengok konsert je haha. Then kitorang carik tempat duduk kosong. Nampak tempat duduk kosong, terus duduk tak pandang kiri kanan. Dah duduk tu aku toleh kanan, tetiba nampak Qamar. Aku dengan Aiman serentak cakap "Eh Qamar ahhh" hahaha. Rupanya sederet kitorang tu ada Qamar, Taroe dengan Panda kat situ. Pastu tak lama nampak Sofea Bijak datang, terus ajak dia duduk dengan kitorang. Tak lama lepastu Adhwa dengan Jbond datang. Pastu Shina plak datang. Pastu Ummi plak datang, terus duduk sebelah Jbond. Memang reunion Samura lah nampaknya kitorang kat situ hahahaha.

Dewan Cancelor UTP from upstairs


Ni kod yang aku mentionkan tadi. Aku dapat kod C122 :)


Kitorang diberi taklimat pasal course yang ada kat UTP and pasal apa yang kitorang perlu buat sebelum menjalani interview. Taklimat berlangsung dari pagi lepas daftar tu sampai pukul 11 pagi. Bagi students yang dapat group A and B, interview diorang akan terus dijalankan selepas taklimat tadi tu diberikan. Diorang akan naik bas yang disediakan sendiri oleh UTP untuk ke blok B, tempat interview tu. Bagi group C, D and E pulak terus gerak ke depan masjid UTP tu untuk menjamah makanan yang tersedia terlebih dahulu sebab interview akan dijalankan pada sesi petang. Nak pergi masjid tu boleh naik kereta dengan parents atau naik bas UTP jugak.

Lepas makan tu aku dengan Aiman terus gerak ke blok B untuk sesi pendaftaran interview. Tapi sebenarnya bukan pendaftaran apa sangat pun. Kitorang cuma ditunjuk arah untuk masuk ke bilik Waiting Room. Masa masuk tu aku and Aiman agak lambat sikit gara-gara beratur panjang masa makan tadi -_- So terpaksa duduk selit kat barisan lelaki. Aku lah yang jadi mangsa duduk sebelah lelaki tah sesapa aku taktau -..- Aiman pulak selamat sebab duduk hujung sekali macam ni ----> Dinding, Aiman, Me, Lelaki, Lelaki, Lelakiiiiiiiiiiiiiiiiiii LOL.

Dalam pukul 1 lebih kot kitorang diarahkan untuk bergerak ke sebuah lagi bilik. Bilik tu penuh dengan meja and kerusi yang macam dah dibahagikan group. Dalam satu meja besar tu ada 5 buah kerusi. So satu group akan ada 5 orang ahli. Setiap meja besar tu akan ada tulis panel berapa. Contohnya aku dapat Panel 20, so aku group 20 lah. Nak duduk kat memana pun boleh, pilih je ikut suka. At first aku dengan Aiman satu group sebab kitorang duduk sesama. Then datang sorang lagi budak perempuan from Kuantan join group kitorang. Setiap group mesti campur lelaki perempuan, so kitorang cepat-cepat panggil Adhwa and Jbond join group kitorang memandangkan diorang pun dapat group C sama macam kitorang. Masa tu dah rasa awesome gila sebab rasa macam tengah belajar kat kelas buat pembentangan dengan budak kelas je. Bayangkan laa 4 orang budak Samura and sorang je budak Kuantan. Tak ke awesome??? Tapi entah cemana Allah tak izinkan kot, ada sorang abang ni goyangkan kerusi aku, suruh aku tukar group belakang sebab group belakang ramai sangat lelaki. Sedih je memula sebab kena pisah dengan Aiman and budak Samura yang lain tsk. Tapi aku redha je, ikut je cakap abang tu.

Maka bertempatlah aku dalam group 1Malaysia hahaha. Aku panggil 1Malaysia sebab kalau tengok sendiri pon memang 1Malaysia lah LOL. 2 orang perempuan and 3 orang lelaki. Aku and Fatin jadi wakil perempuan, Patrick wakil India lelaki, Hanafi wakil Melayu lelaki, Shen wakil Cina lelaki hahaha. Hanafi sangat peramah, aku duduk je group tu, dia terus tanya nama aku. Pastu semua orang macam terkejut or amazed kot bila dengar nama aku and i was like WHAT'S WRONG?? -___- Hahaha ok abaikan.

Then kitorang diberikan satu kertas biru yang ada task untuk diselesaikan. Kitorang dapat tajuk Refugees. Bukan satu group je yang dapat tajuk ni tapi memang SEMUA group dalam bilik tu dapat tajuk tu. Tapi setiap orang dalam group tu akan diberikan lagi satu kertas yang memang setiap sorang akan dapat lain kad. Contoh, Card A, B, C, D and E. Kalau macam aku, aku dapat Card C. Abang tu kasi masa 15mins untuk selesaikan task yang diberikan. Sebelum tu abang tu terangkan, jangan confuse antara refugees dengan immigrants. And he asked us to think whether we should agree or disagree if refugees come to our country and tell them why and your own reasons. Ada 3 task yang perlu kitorang selesaikan.


  1. What is the real problem.
  2. Give ideas on how to solve the problems and reasons/backup answer.
  3. To agree with Government.


Aku dapat tahu ada 30 group dalam bilik tu. So afta 15 mins, abang tu panggil group 30-21 masuk satu bilik lagi untuk preparation before dipanggil untuk interview. Afta that tiba lah group aku and the rest pulak join yang group memula dia panggil tadi tu. Thank god Aiman Panel 17, so kitorang masuk bilik lagi satu tu sesama (Y) . Dalam bilik tu ada disediakan banyak kerusi untuk kitorang. Setiap lajur kerusi tu melambangkan group kitorang tadi. Contoh, aku Panel 20. So group aku duduk di kerusi lajur hujung sekali tapi di setiap baris yang berbeza. Disebabkan aku dapat Card C, so aku kena duduk di baris yang ketiga. Baris aku tu semuanya Card C, tapi dari berlainan group. Hope korang paham apa yang aku terangkan ni. Kalau tak paham, just skip je part yang aku membebel panjang ni sebab aku pun blur bila baca balik -_- k LOL.

Memang aku terhimpit ke tepi dinding ah sebab aku Panel 20. Pastu duduk sebelah lelaki pulak tu. Tah apa nasib aku haritu asyik kena duduk dengan lelaki je. Kalau kenal tu takpe gak ah, ni aku tak kenal langsung T.T Tapi lelaki sebelah aku tu macam stylo gak ah, speaking pun terer haha. Mula-mula tak bercakap pun dengan lelaki tu tapi ada sekali tu, ada abang tu inform yang maybe Card C punya group akan lambat sikit sebab interviewer kitorang tengah lunch haha. Taktau kenapa aku lembab sangat masa tu, tak dapat nak pickup apa yang abang tu cakap or maybe aku pekak ke hape lah kan, aku suruh lelaki sebelah aku tu ulang apa abang tu cakap bhahaha sukahati aku je xD Start dari tu lah, lelaki sebelah aku tu dah macam friendly sikit dengan aku haha. Bila turn aku nak pergi interview je, dia excited gila pastu dia cakap "Goodluck! Buat bebetul!" and I was like "Okay........" TROLOLOL. Tapi bila turn dia pulak interview, aku tak cakap pape pun hahaha rasa bersalah la pulak -_- kihkih.

Interview part

Ok back to topic. Aku orang ketiga yang kena interview individu. Mula-mula kena interview individu, then baru interview in grouping. Bilik "Panel 20" tu kecik gila. Aku ingatkan besar kemain la. Tapi makin kecik bilik tu sebenarnya makin mengerikan bagi aku T..T Setiap bilik interview, lain-lain panel and lain interviewer dia. Kalau macam aku, ada 2 orang interviewer and dua-dua tu perempuan ^^ So macam alhamdulillah rilex sikit sebab masing-masing perempuan hehe ^^

So interviewers tu suruh aku introduce myself first and then tell them bout the task. At first, aku pun describe la tentang diri aku in fully speaking, tak sampai 3 mins pun introduce. Then sorang interviewer ni tanya course apa yang aku mintak. Aku cakap la first choice aku Chemical Engineering, 2nd was Business Information System (BIS) and 3rd one was Petroleum Engineering. Then dia tanya lagi kenapa first choice Chemical Engineering tapi 2nd choice BIS? Kenapa tak first and 2nd choice pilih engineering then baru pilih BIS? And i was like KENAPA SOALAN MACAM NI PERLU ADA -____________-

Aku pun jawab laaaa, sebab peluang dapat kerja bila dah graduate nanti besar and ada abang sedara aku dah kerja in this Chemical Engineering field. So he said that it was interesting and best and awesome but it's kinda tough for a girl like me kalau nak menceburi bidang ni. So I want to challenge myself, and prove him wrong. I said to him that I can also be like him and can succeed in one fine day hahahaha. Pandai goreng lah brader. Tapi yang aku cerita pasal abang sedara aku ni memang benar belaka, tak tipu (Y) . Lepastu terus cerita pasal the task given and your own ideas on how to solve the probs. Soalan pertama dan kedua perlu dijawab untuk interview individu and the third one kena jawab masa interview group nanti.

Everything went well sampai la ada satu part tu aku terblank kejap, tak dapat nak teruskan kata-kata sebab lupa apa maksud ayat aku nak cakap tu dalam BI. Aku cuba carik ayat dalam kepala otak aku tapi otak aku tak berjalan lancar sangat masa tu. So interviewer tu cakap takpe, aku boleh speak in malay hahahaha. So aku pun dengan lega hati terus terkeluar ayat bahasa melayu dengan lancarnya muahaha xD Tu satu jelah aku bantai speak malay. Then aku sambung speak BI balik kahkah.

Ok afta orang kelima dalam group aku selesai interview individu, group aku diarahkan bergerak masuk bilik "Panel 20" tadi untuk interview in group yang seterusnya. Interviewers tu suruh kitorang duduk dalam satu bulatan, dia kasi 10mins untuk bincangkan task yang diberikan dan anggap diorang takde dalam bilik tu. Interview in group aku rasa lebih rilex dan tak tegang sangat sebab rasa macam tengah borak dengan kengkawan je and aku rasa sangat best ^^ Soooo, 10mins discussion has ended just like that. Kitorang keluar bilik interview tu je memaseng terus tersenyum lebar rasa nak melompat pon ada sebab interview dah selesai alhamdulillah haha. Kitorang dah usaha sebaik boleh, now tinggal tawakal je. Dapat tak dapat, lain cerita :)

Aku rasa bersyukur gila time tu sebab interview dah selesai. Bersyukur gila bila abang tu suruh aku tukar group sebab kalau tak, mesti aku habis lambat cause masa aku dah selesai interview tu group Aiman still tak start interview lagi. Bersyukur gila bila ibu suruh buat preparation and google itu ini sebab kebanyakan ayat yang aku guna masa interview, aku ambik sikit-sikit melalui apa yang aku google and dapat from internet. Bersyukur gila aku selalu layan K-Dramas sebab kalau tak, mesti BI aku hancur macam ASDFGHJKL hard to describe bhahahahaha k.

Akhir sekali, ALHAMDULILLAH EVERYTHING WENT WELL ^^

Ummi, me and Aiman ^^

Me and Aiman were in the same group. ahha :D

Sangat awesome sebenarnya interview ni. Aku pun tak sangka budak kecik tak matang macam aku ni dah pernah pergi interview hahahaha kecik sangat hoyehhh. Dapat jumpa ramai kawan, dapat pengalaman merasa nervous tu, dapat speaking nonsense TROLOLOL. Tu yang best ahaks. Aku.....takde tips sangat nak share. Cuma kalau nak interview tu......

  1. Make sure buat preparation awal-awal tentang apa yang korang nak interview tu. Google ada, newspaper ada, Buletin Utama pon ada. Semua hadoooo, tinggal nak taknak je.
  2. Practice speaking sengsorang depan cermin. Like seriously, aku buat benda ni! HAHAHA.
  3. Cakap dalam diri, "Bapak ah nervous gila dohhh. Tapi takpe, orang lain kat sini pun nervous macam aku. So watlek watchill. Peace yowwwwww (Y)"
  4. Rabbi yassir wala tu assir ya karim
  5. And lastly, tengok K-Dramas selalu! (^o^)Y

Hahahahahahahahaha kbye! :D

19 comments:

Afiq Amirul said...

assalamulaikum...
tq sbb share pasal nie...
sebenarnya sy kena pergi gak interview educamp utp 14/12/13 nie... so agak nervous laa sbb first time pergi kn... jd tq bebanyak ekk sbb sedikit sebanyak dpt tahu pasal interview nie... tq sngt2...
assalamualaikum...

aida idora said...

wasalam :) no problem afiq :)
goodluck ok untuk interview tu nanti.
moga Allah permudahkan. amin :)

monmon™ said...

syukran sudi kongsi! saya tgh dupdapdupdap nii.. hehe. tggu turn saya plak xlama g. ~.~

**heee btw saya pun nama aiman! :DD klol

Anonymous said...

Slm,mase kte intrduce dri kte tu brap min kne ckp?

aida idora said...

aiman~ hai aiman! keke >< okay no prob :) goodluck ye nanti! :)


anon~ tak ingat tapi 3min pun ok kot kalau introduce diri :)

Anonymous said...

thankkyu for sharing! ahah cuak kot hahaha tapi this help much! i owe you big time! thanks!

Anonymous said...

aida idora..terima kasih sudi kongsi :) so awk dapat utp? :)

Anonymous said...

Sis, ada wechat or fb? Ada byk soalan nk tnya kalo sis ok la.pls

Harith Meor said...

Kak saya ada educamp minggu depan for UTP. nak tanya, tahun lepas takda exam kemasukan CPM ke? kalau ada, susah tak? berapa soalan? hope youll reply ASAP :)

Anonymous said...

Sis ada fb or wechat tak? Nak tanya something

Anonymous said...

Thank you so much sis. ♥ sis ade twitter x..... nk tnye bnyk bende ni

nooradreena syakiera bahari said...

assalamualaikum.. sekarang tengah cuak and buat preparation sikit2 .. nak tnya mngenai isu yg dibincangkan tuh berkenaan dgn isu semasa ye?? :) dan doakan saya eaa ..sebelum terlupa.. lawa blog.. like it :)

nooradreena syakiera bahari said...

assalamualaikum.. hehee saya nk tnya mngenai isu yg dibincangkan.. isu tuh berkenaan dgn isu semasa ke ? terima kasih.. hehe.. :)

Mohamad Hazim Ros Azamin said...

Yg group discussion tu dlm eng jgk k??

Mohamad Hazim Ros Azamin said...

Yg group discussion tu dlm eng jgk k?

Anonymous said...

Thank you Akak for this info. Help me alot 😁

Anonymous said...

thanks for sharing ... but just wnna to ask u about educamp... cause sy pn kna pgi interview kt sana 7/2/2015 ni..

1.ramai ke dtg ?? hahha
2.ad jgk tk bdak2 yg mcm tergagap2 masa ckp ??

to u... thanks :)

Anonymous said...

hi tumpang tanya saya nak tahu bila nak interview nanti dia ada tanya tengok results tak?

jasmineyana said...

thanks sgt akak, baru trbukak sikit minda psl educamp nih.. haihhh still nervous . wish me luck kak. anyway, aka ad tak CPSQ & TSA ?