Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


Kenangan Addmaths

Assalamualaikum :]

Malam isnin lepas aku terniat nak kemas buku-buku yang tak terbuang/terjual masa aku sekolah. Buku-buku tu tak guna dah tapi still nyemak dalam bilik. Aku kemas pun sebab ada beberapa buku nak kasi jiran sebelah rumah aku, Ika. Dia SPM tahun ni hihi :3

So major buku-buku yang aku jumpa, buku addmaths. Tbh, aku serik belajar addmaths. Masa form4 paling teruk. Result addmaths makin merudum. Exam final year, aku failed subjek addmaths. Satu-satunya subjek yang aku failed. Eventho dah ada facy, which is Amal yang lead and guide and ajar aku sepenuh jiwa raga tapi tah kenapa aku bodoh sangat kot lambat pickup segala, still failed jugak. That was my very first and last time failed subjek addmaths.

Masuk form5, mula cakap dengan diri sendiri nak tanam minat kat subjek addmaths. Mulanya macam ok, tapi bila dah mixed up subjek addmaths tu dengan subjek lain, aku jadi confused and blank and lupa semua benda yang aku belajar. And aku serious kat sini. Tapi, alhamdulillah tak failed ah addmaths aku. Setakat lulus je weh. Believe it or not, addmaths aku tak pernah C pun sampai lah aku SPM -_- AKU SEGHIUS. Result addmaths aku takat D, D, D dan D+ hahahaha. Gituuu kateko.

Aku sendiri taktau nak cakap apa masa tu. Rasa macam bodoh sangat diri ni. Amal and Sahi banyak tolong aku tapi aku still takboleh catch up. You know that kind of feelings bila kengkawan kita yang jenis tak belajar sangat tapi diorang sangat cepat pickup or shortformnya GENIUS, and kita ni yang tah hape-hape terkedek-kedek mintak tolong diorang, membazirkan masa diorang semata-mata nak ajar kau sorang yet kau still failed dalam exam. Ya namean? Sedih. Sakit. Perit.

Sampai aku hampir fedap masa study addmaths dengan Amal and Hazro kat kelas sampai emosi pastu duduk kat koridor kelas sengsorang and rasa macam nak terjun koridor tu time tu jugak. Tapi ya know what, sampai satu saat ni Amal cakap dengan aku...

" Kau sedih sebab tak dapat pickup addmaths? Aku lagi sedih bila tengok anak buah addmaths aku sendiri tak dapat macam apa yang diorang nak. Tapi aku pulak dapat sebaliknya. Aku rasa macam, apa salah aku? Apa silap aku? Apa kurangnya ilmu yang aku ajar kat korang selama ni? Kat mana silapnya? "

Something like that.

And aku speechless.

First time aku nampak Amal sedih depan aku. Lagi aku sedih bila Amal cakap camtu. Pergh sebak wa cakap sama lu. Aku ni pun jenis bila belajar, selalu nak sangat depends kat orang lain. Nak kena ada orang ajar. Nak kena ada orang paksa kalau tak, aku tak buat. Aku cuba kurangkan habit ni tapi susah. Biasanya aku banyak depends kat Amal je. Sampai aku sanggup crossblock sengsorang petang dan malam datang dorm Amal semata nak tanya soalan addmaths. Kengkadang aku rasa diri sendiri ni annoying sebab selalu kacau orang lain T.T

Tapi sampai ada sekali ni, Amal pergi Projek X A-Plus kat Melaka sampai 3 hari kot tapi aku still takleh terima kenyataan 3 hari belajar tanpa Amal. Lulzzz. Rasa macam lawak and gedik kan tapi aku seghius kat sini. Aku emo berapa hari tah tak bercakap sangat, then suka duduk sorang-sorang belajar kat bilik study. Kengkadang aku pergi dorm Sahi or Chuwa sebab nak mintak nasihat, pastu emo sengsorang balik -_- Rasa nak lempang diri sendiri pun ada bila ingat balik hahaha pfft.

So dalam masa 3 hari tu je, aku boleh kata 24/7 lah jugak belajar addmaths sengsorang. Tak 24/7 sangat sebenarnya kalau tolak waktu makan dengan waktu sekolah kan. Especially bila study tengah malam kat bilik study. Buat addmaths sengsorang tanpa ada facy kat sebelah. Aku cuma guna buku rujukan je kalau nak rujuk soalan tak paham. Semuanya aku buat sendiri. Memang subjek addmaths je aku bukak tak kira masa. Bila habis prep petang pun, aku tak balik dorm sebab stay kelas sampai pukul 6 petang buat addmaths kat kelas sengsorang T.T *kantoi tak pergi riadah kat sini haha* Rasa sedih ada jugak time tu tapi aku cuba kuat and tabahkan diri untuk berdikari.

Sampailah masa Amal balik dari program tu, kebetulan petang tu ada kelas addmaths. Aku boleh buat addmaths tu without tanya Amal satu soalan pun hahahaha. Then Amal pandang aku semacam. Then dia cakap...


" Kau tau tak, aku tengok kau ni dah macam apa? "

" Apa? "

" Kau ni dah macam bebudak kat Program X A-Plus yang aku jumpa kat sana tu "

" Diorang tu macam mana? "

" Yelah, buat kerja tak pandang kiri kanan. Fokus gila, serius sangat macam hapetah menyampah aku "


And i was like............taktau lah tu pujian ke sindiran -_-

Ayat Amal memang keras sikit tapi makna dia mendalam hahaha.

Pastu aku terus malas nak layan Amal, aku terus buat latihan addmaths tu sendiri. Then Amal tenung aku lagi macam hapeje. Aku cakap...


" Kau ni dah kenapa? "

" Aku susah hati ah "

" Asalak? "

" Aku susah hati bila kau tak tanya aku soalan. Macam bukan kau ah dooo~ "

" Hapebenda lah kau ni "

zzZ~

Sejak tu aku rasa belajar addmaths ni seronok gilaaaa sebenarnya hahaha. Yelah, seronoklah bila kita faham concept and apa formula nak guna. Tu apa yang Sahi cakap kat aku. Yang penting, CONCEPT. Tapi still kan, even aku dah boleh buat basic, result addmaths trial SPM aku still D jugak -_- 2 markah je lagi nak C hahahahaha. Tu pun kau bangga eh do? Ehhh of course aku bangga! Hasil usaha titik peluh sendiri dan didikan cikgu dan kengkawan kot. Hampir C pun dah kira ok bagi aku. Korang yang tak pernah merasa je, takkan paham perasaan aku ni Y~Y

Sehari sebelum exam addmaths pun, balik sekolah je lepas lunch terus pergi dorm Amal study addmaths. Memang serius gila ah time tu. Takde main-main gelak-gelak dah. Study sampai petang pukul 5 lebih kut then rest kejap, lepas maghrib datang balik study lagi sampai Al-Mulk.

Esoknya tu exam addmaths paper 1 alhamdulillah aku rasa dah buat yang sebaik mungkin lah. Then tetiba aku rasa pening kepala sebab stress sangat kut, lepas lunch terus tidur before exam addmaths paper 2 petang tu. Sempat jugak aku tengok bebudak dorm aku semua dok sibuk study addmaths paper 2 tapi aku sorang je baring kat katil, tidur. Pastu Qiha tegur, dia tanya aku pasal paper 1 tadi aku boleh buat ke tak, aku ni ok ke tak blablabla. Padehal aku pening kepala je masa tu hahaha. Aku bila emo ni lain sikit, muka nak kasi menyampah je ahaks.

Habis addmaths paper 2 terus happy gila excited, balik asrama pergi DM terus makan pizza dengan muka seronoknya hahaha. Qiha pun tegur, tadi kemain sedih tapi habis paper terus happy. Kehkeh lawak ah bila ingat balik. Mesti dia pikir otak aku ni ada something wrong somewhere ihik :3

Alhamdulillah, result addmaths aku lebih baik daripada yang aku sangka. Sangkanya dapatlah B ke, B+ ke kan. Paling sikit, A- pun jadiklah. Tapi taktau mungkin rezeki, dapat A solid kauu hahaha alhamdulillah tak sangka langsung. Kalau A+ tu memang jauh lah kan. A solid tu dah kira bersyukur sangat. Dahlah yang bagi slip SPM tu cikgu addmaths and cikgu BM aku sendiri. Happy sangat bila cikgu-cikgu happy :) Cikgu Fadzilah Suria ucap tahniah kat aku sebab dapat addmaths A. Cikgu Massu pun ucap tahniah sebab BM dapat A+ ^^

Lepas dapat result tu terus peluk Qiha sebab ternampak Qiha dulu haha. Bila peluk je, aku terus banjiaq habis ahh. Pastu dalam aku tengah nangis tersedu tu boleh pulak dia tanya result addmaths aku. Yang peliknya kenapa addmaths je?? o.O Hahahaha nak gelak ada jugak time tu tapi mood tak berapa nak mengizinkan.

Rasa seronok dan sedih memang bercampur baur lah masa tu sebab 3 subjek aku B. Aku suka sangat subjek Bio tapi taktau mana salah silap aku, rezeki aku dapat B+ je untuk Bio. Sedih bila tak dapat kasi A untuk Cikgu Noraini Samin ;( Dia cakap dia target aku as salah sorang yang dapat A dalam Bio tapi..........begitulah.

Meh aku tunjuk korang gambar-gambar pulak eh? ;)


Over tak over kau nyah? hahahahahaha.




Like seriously, ni chapter yang aku study sengsorang kat kelas lepas habis prep T.T
Dan ni jugak chapter yang aku paling tak suka Y~Y






Nampak tak betapa uniknya pemikiran aku untuk memahami addmaths? -_-

 

 Sampai formula addmaths pun aku conteng -_-


So yang ni nota-nota/modul sejarah dengan physics yang aku dah susun nak kasi ika :) Nota-nota/modul Bio and Chem masih dalam proses mencari dan menggali -_- hahaha.


Camnilah cara budak stress belajar.

Rindu sangat rasa nak study addmaths lagi. Tapi for sure ah kalau aku try buat lagi, mesti aku akan ended up dengan termenung je depan paper. Satu hapak pon tak ingat dah sebab otak dah karat hehe ^^V



Aku taktau kenapa aku cerita semua ni kat sini.

Aku rindu kengkawan aku. Maybe?


Keyboard off.


No comments: