Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


App review - Dayre


Look at these two dumbasses, aint they cute like me and nana LMAO cant wait for the showtime ಥ⌣ಥ

Assalamualaikum :]

Entry kalini nak share dengan semua pasal satu application baru ni. Aku tau app ni pun daripada instagram Keknis aka Hanis Zalikha. Dia yang promote dekat instagram dia. So i was curious, best ke app ni kan. Dan terbukti, besttt hihi :>

Nama app ni Dayre. Aku taktau macam mana nak pronounce dia tapi aku main taram je "diari" habis cerita takyah nak terbelit lidah menyebutnya. Nama pun diari, so aku anggap je dia macam diari bebetul lol. Haih zaman sekarang, mana ada buat diari dalam buku dah. Semua pakai teknologi terkini. Apa nak jadi aku pun taktau la U_U

Teetttt lari topik. Ok back to the main topic, Dayre ni macam live updates korang boleh buat tiap hari tiap masa tiap saat. Almost similar macam instagram tapi lain sikit. Kalau instagram ni macam menganggu orang punya timeline kan post gambar banyak-banyak. Orang pun rimas tengok kita post gambar banyak sangat sampai nak kena scroll bawah laju-laju semata sebab penuh dengan gambar kita je lol. So dengan adanya Dayre ni, tak mengganggu orang punya timeline but they still can see our updates dekat Home. And kita boleh like or share orang tu punya post, orang lain pun boleh buat benda yang sama kat post kita.

Cakap pasal diari, mestila korang nak tulis cerita panjang-panjang kan pasal apa dah jadi dengan kehidupan seharian korang. So macam tu jugak lah fungsinya Dayre ni. Boleh taip panjang-panjang sebanyak mana yang korang nak. Takde siapa marah, takde siapa bengang lol. Macam blog jugak la kan. Tapi yang ni dikira macam mini blogging app. Aku ni pulak jenis yang tak suka update blog pakai phone, sebab tu rasa macam app Dayre ni berguna sangat ಥ⌣ಥ thankyou.

[ click gambar untuk lagi jelas ]


Ni aku view pakai lappy, sebab tu besar godang camni.
Kalau dalam phone, besar ikut saiz phone masing-masing ye.
Yep, macam kat bawah ni.



Soooo jyeah. 


Oh app ni pun ada kasi banyak stickers comel-comel macam kyungsoo haktuih :>


Ok kalau korang nak view macam mana app ni berfungsi, ada aku letakkan link kat bawah header tu. Rajin-rajin kan diri lah ye click bendalah tu lol.

Kepada yang dah berjaya download app ni, jangan lupa follow aku haha. Aku pun baru buat bendalah ni, sebab tu followers dengan following pun tak banyak sebab aku taktau nak follow siapa -_- Kalau ada antara korang yang dah ada app ni, inform lah aku ye. Nak follow hehe. Nak jugak tau macam mana korang jalani kehidupan seharian. Takdelah mysterious memanjang je, kan. Heh.

Btw, Happy Pepero Day to people all around the world! Walaupun aku tak sambut and taktau ape benda hari pepero ni tapi, aku nak wish jugak lol. Urgh i wanna do pepero game with kyungsoo ಠ_ಠ

Ahaks that's all kot.

Kbye!

No comments: