Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


Result



Everybody..........stahp ლ(ಠ益ಠლ

Assalamualaikum :]

Hello November, alhamdulillah we meet again :) Sekejap sangat masa berlalu, sampai aku tak sedar pun result final exam dah keluar semalam -.-  Actually aku tau yang result keluar 1 Nov, tapi tah apehal aku punya result keluar awal. Tepat pukul 9.54pm 31 Okt tu tetiba phone berbunyi, kasi notification baru. Ada email baru masuk. Mula-mula aku ignore je, tapi bila tetiba phone aku makin rancak berbunyi, aku jadi curious la. Tah sesapa lah nak mengacau aku memalam macam tu. Last-last aku bukak jugak, mana lah tau ada peminat nak berkenalan ke kan cewah OuO

Ehem. So, rupanya whatsapp group yang bising tadi. Diorang inform result dah keluar. Aku time tu tah tengah buat apa tah tapi busy jugak la— oh wait aku tengah emosi dekat twitter masa tu... lol whatever, aku bukak terus email yang aku dapat tadi. Andddddddddddddd....................



(ಥಥ)

Gimme moments for me to cry please (TAT) lol nangis bukan sebab sedih. Tapi nangis sebab gembira. SANGAT. Aku tak expect pun boleh dapat result macam ni sebab, ohmaigod please lah apa je aku buat sepanjang aku sem 1.

  1. Aku banyak pikir pasal Exo
  2. Selalu tidur lambat sebab spazz pasal Exo
  3. Buang masa (kot lol) pergi MTVWS sebab Exo
  4. Baca fanfics setiap kali ada gap kelas kat dalam bilik sengsorang
  5. Tweet dalam kelas even masa ada lecture
  6. Camwhore dalam kelas masa lecturer kat depan
  7. etc etc


Aku tau aku teruk haha. Tapi alhamdulillah, syukur sangat walaupun tak dapat lah sampai 4flat kan. Memang tak ah orang perangai macam aku dapat 4flat /snorts/ . Aku actually dah fikir macam-macam masa keluar dewan untuk paper FAR(account) tu. Aku ingat lagi. Aku terus call ibu, suara nak nangis cakap aku tak boleh buat paper FAR tu. Aku siap cakap ;


Me : ibu, macam mana kalau kena repeat paper? /suara sebak hingus nak meleleh/
Ibu : takpe lah, repeat je.
Me : .......


Hah kau betapa cool nya ibu aku jawab cenggitu je -_- Aku ada gak tanya kengkawan aku cemana nak tukar course, cemana nak apply tukar U lain, cemana nak lari dari UiTM... over i know tapi aku depressed gila time tu sebab KAU INGAT ACC NI SENANG KE щ(ಥДಥщ) Aku dah lah takde basic pape pasal acc. Walaupun ada yang cakap, "ala budak takde basic tu ada je yang boleh bawak". Well, that is so not me. Aku ni jenis yang lambat sikit belajar, nak learn something mesti step by step. Sebab aku jenis cepat lupa. Bila lupa, patutnya buat revision. Tapi aku pulak jenis pemalas. Hah dah cemano tu -..-

Sebab tu bila habis paper semua, aku expect paper FAR aku failed....... And bila classmates semua asyik mengingatkan 1 Nov tu result keluar, aku buat endah tak endah je. Malas nak layan. Tapi bila bukak email.............. aku menggigil. Serius. Ni lagi parah daripada SPM u_u Tapi masa result SPM aku nangis, yang ni HAMPIR je nangis. Ada beza ok haha. Apepun alhamdulillah, paper FAR lulus :) Aku fikirkan F, rupanya B+ ahahah. Aku selalu over -_- Maybe kalau aku buat bebetul part bank reconciliation tu mungkin dah boleh dapat A- kot U_U tapi takpelah, takde rezeki. Aku pun careless nak mati masa tu dah kenapa /throw bricks/

And untuk subjek business, ha ha. Aku memang tak suka business. That's why B+ jugak lol. Oh ye, business ni in english ok. Kena jawab panjang berjela untuk satu soalan macam jawab soalan sejarah time SPM dulu in english. Siapa yang pikir aku jawab in bahasa, meh sini i slap u. Ada sorang tu dah kena kahkah OuO Urgh nasib baik aku tak terima tawaran UTP dulu untuk course business ni. Kalau tak, taktau la apa jadi kat aku sekarang ni. Tah pape tah -_-

Coughs, panjang sangat ni -..- Aku just nak cakap aku bersyukur walaupun aku ni pemalas ya ampun ya rabbi, alhamdulillah aku boleh dapat pointer 3.69 untuk sem 1 ni. 369 sounds cute kan? Macam 365 and me, me and exo, exo and me, we really are a perfect match fated to be together OuO /slaps/ Alhamdulillah jugak, dapat jadi DL untuk sem 1 ni hihihi :>

Congrats semua yang dah dapat result korang tu. Especially kengkawan aku. Kengkawan aku pun mostly dapat DL jugak haha. Korang punya result mesti lagi gempak kan? Congratsssss \^O^/

Aku hope aku dapat buat lebih bagus daripada yang sekarang ni untuk sem 2 yang akan datang nanti. Semoga Allah permudahkan :) Amin.

Ok dah.


DUDE.



i miss this idiot ಥ~ಥ

duhhh chanyeol is not good for my health. this is bad. i should stay away from him.
should i go to the jungle then? OTL



Kbye....


p/s : kalau taktau DL tu apa, sila click gambar kat atas untuk dapatkan definition. tq :)

No comments: