Freebies Links Facebook Twitter Ask Instagram Dayre Home


Samura sentiasa di hati


Assalamualaikum :]

Jumaat lepas, pergi muar. Plan nye nak pergi ambik sijil SPM. Tapi niat lain nak jumpa kengkawan sebenarnya muahaha. And rindu sekolah, rindu dorm, rindu kelas, rindu juniors :) SM Sains Muar (Samura) tetap di hati. The best school ever after TMS :)

I miss school. I miss everything. Rindu nak tidur kat kelas masa cikgu mengajar, rindu nak stay up kat bilik study sampai 4-5 pagi, rindu nak study group sama-sama masa prep, rindu nak dengar cikgu bebel, rindu nak tidur dalam dorm, rindu nak nangis sorang-sorang dalam kelas. Urgh serius rindu semua :( Jumaat haritu ingatkan nak jumpa cikgu-cikgu tapi tak sempat sebab sampai sana dah pukul 12.30pm. Kelas dah habis, cikgu-cikgu dah gerak balik, super juniors pun dah balik. Yang sempat pun jenguk kelas lama, dorm, dengan adik-adik dorm ngehngeh ^^V

Tapi sedih sebenarnya sebab tak jumpa classmates pun :( Most of them tak cuti, ramai yang tengah nak final exam sekarang ni. Pergi pun dengan budak Bijak semua. Azam, mana korang? :'(







Azamumtaz-ian, aku sorang ni. Mana korang? :'(


Masa ni kat blok Sargeant/Pujeng. Ahha serius rindu.


Maaf sesat haha. Pastu pergi makan Sushi King. Yakininku Bento kalini tak berapa sedap. Haritu aku makan sedap je, ni lain plak rasa -_- Maybe sebab takda selera kot masa tu cewah.


Pergi Samura pun sebab nak jumpa budak ni sebenarnya. My forever best bedmate ever. Serius rindu nak tidur sebelah kau memalam, and having deep conversations with you about life, homeworks, teachers, dormmates and stuffs :( Miss you loads. Sedih tak dapat borak lama. Oh btw nama dia Nurul Faqihah Yusof. Prefer calling her Qiha or Qih. And she's Bijackredible-ian :) ILY Qih ♥



Hai adik-adik akak semua lol. Tau tak ade yang perli aku sebab aku guna word "AKAK" ni -_- Diorang kata aku ni tak nampak macam akak tapi dah jadi golongan adik-adik ni semua haha tak guna betul diorang tu LOL. Maaf la muka tak berapa nak ready masa ni. Menyampah mak nokx -_-

Oh btw guys, they're my adik-adik dorm haha. Akak rindu nak marah korang semua ni. Duty dorm tak betul la, keceriaan lambat siap la, dorm tak lawa la hahaha. Oh dulu aku ni AJK Keceriaan(AJK Kecer) dorm hahaha. Sebab tu selalu marah diorang ni bila buat kecer main-main pastu tak lawa pastu lambat siap lol #demand #likeaboss. Tapi akak mana ada marah sangat kan kan, akak baik orangnye kan kan *wink* teehehee! Ok lah goodluck SPM ye kalian semua, akak yakin korang semua boleh buat. InsyAllah :) Alaaa, kacang jela SPM tu. Taugeh, bendi, sayur kangkung pon boleh OuO #eh

Lepasni kalau nak keluar, aku nak jumpa classmates aku ok. Azam, dengar tak ni? :(

Kbye!

2 comments: